Pengalaman Bersalin 21 Minggu Part 2 - Kehilangan

[Kehilangan Part 2] Assalamualaikum. Bersambung cerita. Masuk kandungan 21 minggu husniey menerima jemputan dari Tourism Pahang untuk travel...

[Kehilangan Part 2]



Assalamualaikum. Bersambung cerita. Masuk kandungan 21 minggu husniey menerima jemputan dari Tourism Pahang untuk travel ke Temerloh Pahang dan review homestay serta tempat-tempat menarik di sana. Nampak je macam melancong tapi kena kerja tau. 4 Hari 3 Malam di Temerloh Pahang. Sebelum tu, awal pregnant husniey ada juga travel ke Kuala Lumpur, Muar Johor. Alhamdulillah masa tu kandungan tiada sebarang masalah. Oleh sebab itu husniey yakin kesihatan ibu dan baby di tahap yang baik. Berani lah nak travel ke Temerloh pula memandangkan kandungan sudah cecah 5 bulan lebih.


Semasa travel okay aje husniey sihat baby pun alhamdulilah kemain aktif, beberapa hari sebelum travel dah pergi klinik tengok keadaan baby dalam kandungan. Bila ibu happy dia pun turut sama ligat ye, bergerak ke atas ke bawah ke tepi, haishh. Sampai rasa senak kena tendang dengan dia, rupa-rupanya itu adalah saat terakhir baby dan ibu. Sayu hati ini mengenangkan. Malam akhir di homestay Kampung Stay Desa Murni husniey sedang tidur lena, tiba-tiba air ketuban pecah. Poppp habis basah katil, husniey dah binggung kenapalah ni takkan terkencing pula tak pernah macamni biasa nak kencing mesti sempat ke tandas, ni betul-betul jadi masa lena. 


Panik sungguh sebab tak pernah jadi gitu, kalau dulu ujian gugur dah ada pengalaman akan ada tanda iaitu keluar darah sikit-sikit sampai keluar ketulan. Tapi kali ini Allah uji dengan keluar air ketuban, banyak. Terus husniey ke tandas basuh tukar pakai kain batik. Masa nak ke tandas sekalI lagi air ketuban terkeluar, popp tapi tak banyak sangat dah. Tak sakit pun, cuma terkejut kan tetiba air ketuban pecah mengejut. Kemudian husniey rasa tak sedap hati terus kejutkan Izzat ajak pergi hospital waktu tu dah dekat pukul 4 pagi. Memula Izzat tak percaya itu air ketuban, tapi husniey yakinkan bahawa ia betul air ketuban kalau dah keluar tanda gini biasanya baby dalam bahaya (tanda nak bersalin).



Cepat capai mana yang penting dulu. Pukul 4 pagi tengah mamai. Capai sweater, tudung, buku pink, handbag. Tu jelah dah emergency kan. Masa dalam perjalanan tu rasa lah tak selesa dekat perut macam memulas, rasa gerakan baby tu macam struggle je bila air ketuban dah keluar. Tiba dekat emergency husniey kena refer naik ke dewan bersalin. Agak lama proses kena buat test COVID (RTK) dulu, nak tunggu result itu yang makan masa agak lama. Bayangkan dari pukul 4.30 pagi - pukul 6 pagi lepas subuh baru boleh dipanggil masuk untuk rawatan. Bila dah dapat result negative, baru boleh doktor check details. Doktor perempuan yang rawat husniey memang baguslah dia jelaskan semuanya. Macam biasalah kena buat Vaginal examination bila kejadian melibatkan pregnancy ni, doktor nak check bukaan jalan. Agak sayu masa ni bila dah 3 cm jalan terbuka, air ketuban betul dah berkurangan boleh tengok dari scan tu kering aje, tompok hitam air tu dah tinggal sikit. Sedih tengok anak ibu, memang ibu banyak selawat dan nangis sepanjang dekat wad. 


Sebak betul bila doktor cakap mungkin lama kena tahan dekat wad, macam mana sekalipun jalan penyelesaian kena keluarkan baby sebab bila dah berlaku pecah ketuban tu ada jangkitan kuman, Jangkitan kuman tu agak tinggi, bila buat ujian darah sel darah putih tinggi means ada jangkitan. Doktor pakar siap datang explain memang kena terminate kandungan ni. Luluh sangat hati.



Sepanjang dalam wad keadaan baby okay, and dah takde keluar air ketuban, darah pun takde keluar. Just ada sikit je itupun kesan lepas kena buat Vaginal examination masuk muncung itik tu kan sakit jugak, grr. Dekat wad hanya diberi beberapa botol antibiotik, nurse nasihatkan jangan banyak gerak, hari pertama memang husniey kena baring sepanjang masa, jalan nak ke toilet pun kepit. Tidur di katil wad tu kena angkat tinggi di bahagian kaki. Nak solat pun, husniey solat sambil duduk di kerusi. Memang tak boleh banyak bergerak.



Hari kedua masih takde apa rawatan susulan baby pun takde tanda nak keluar dan husniey rasa makin sihat sikitlah. Husniey tunjuk wajah ceria depan nurse doktor bila datang check keadaan pagi tu. Terus ambil keputusan untuk minta tukarkan ke Hospital Kemaman, doktor siap duduk di samping untuk explain keadaan husniey dan baby. 

Sangat tipis untuk selamatkan baby, husniey betul betul nangis je bila dengar ayat doktor. Soft spoken sungguh doktor pakar tu tapi husniey blur dan rasa macam kenapalah diuji sebegini. Berilah jalan keluar terbaik. Tak tahu dekat mana silapnya, bila tanya doktor adakah sebab travel, doktor cakap bukan gitu. Benda ini diluar jangkaan, doktor tak bagi husniey salahkan diri sendiri. Doktor ada memberitahu ukuran rahim agak pendek (cervical length tak sampai 2.5 cm). Apabila kita mengandung cervical length tu akan berubah, sebab keadaan baby yang menekan dan membesar. Normal ye semakin besar kandungan baby akan makin berat so kedudukan rahim tu makin memendek bila baby menekan di dalam. Faham kan?


Sahabat, yang bertugas di Hospital Temerloh. Dr Tia, department klinik gigi, sanggup datang melawat siap bawa nasi ayam lagi. Terharu sangat sebab tak boleh ada pelawat kan. Tiba-tiba sahabat ku ni sampai di wad. Menangis sama dia bila tengok ku diuji begini.

Ada ramai aje yang diuji begini waktu pregnant, malah lebih teruk. Tapi husniey tak sangkalah rupanya benda ini terjadi pada husniey, sepatutnya kes husniey memang kena rujuk pakar O&G tapi nurse di KK buat tak endah, even doktor KK pun banyak kali minta nurse buat rujukan dan selalu tanya dah dapat date appointment dengan pakar. Husniey sampai tahap tanya nurse begini "ke nak saya yang call sendiri klinik pakar o&g" nurse cakap tak perlu dia akan settle sendiri. Prosedur yang sepatutnya dilakukan untuk yang problem begini ialah kena Cervical Cerlage. Proses ini dipanggil ikat rahim bagi wanita yang hamil selalu keguguran ini merupakan jalan penyelesaian, ramai dah berjaya selamat bersalin pada waktu tepat bila dah buat cervical cerlage ni, doktor ada inform paling lambat bila kandungan masuk 16 weeks dah kena buat. Kemudian akan di buka balik bila dah dekat nak bersalin. Ia ada dua jenis sama ada ikat mulut rahim atau guna alat macam cincin, dipanggil Arabin pessary. 


Begitulah rumit betul kan, banyak sebenarnya masalah ketika hamil tapi alhamdulilah pada husniey masalah yang dihadapi tu takdelah besar mana, sekurangnya husniey masih ada dua fallopian tube, masih ada rahim yang normal. Takde masalah atau penyakit kronik lain. Rakan seperjuangan TTC ramai yang diuji ada fibroid cyst dan lain-lain lagi masalah berkaitan kesuburan. Doktor pakar pernah beritahu kat husniey masalah husniey ni lain, bukan trying to conceive but trying to keep or save baby. Itu saja perkongsian berkaitan cervical cerlage. Dapat ilmu baru? Alhamdulilah.

Baring dalam kereta. Menangis sepanjang jalan. Belum siap aku kehilangan dirimu..

Perjalanan balik dari Temerloh ke Kemaman menjadi sangat syahdu sebab dah tahu, balik ni nak kena serah diri di Hospital Kemaman, dan lagi menyedihkan husniey dah baca laporan doktor kena teminate juga baby ni. Husniey nangis semahunya sepanjang jalan. Paksa hati tuk redha. Jika itu yang terbaik. Tak sedar 2 jam berlalu tiba di kemaman sempat singgah umah mak untuk mandi dan ambik barang keperluan, kejap aje singgah solat. Family sempat buat bacaan Yaasin, solat hajat. Tapi husniey tak sempat nak join memang terus kena refer dewan bersalin, pukul 10 malam tiba di dewan bersalin hospital Kemaman, doktor check kena buat VE lagi. Sakit weh hadap muncung itik yang perit, fuh. Doktor cakap jalan dah lebih 5 cm ni, dalam 6 cm bukaan jalan. 

Allahuakhbar patutlah rasa tak senang duduk tadi, sepanjang tunggu doktor panggil giliran tu husniey dah tak boleh duduk kat kerusi rasa penuh kat bawah macam baby dah makin turun ke bawah. Bila scan bacaan denyut jantung baby masih normal macam biasa 154, baby still there berjuang bersama ibu. Kuat sangat! Doktor tengok kedudukan baby kepala dah mengadap ke bawah, dah nak bersalin ni. MasyaAllah. Anak ibu sangatlah cerdik dan dengar kata, husniey pujuk dia "bersalin dekat Kemaman ye sayang ibu"


Dengan izin Allah husniey bersalin malam tu jugak, emergency. Baby pun kat bawah dah. Kepala menghadap dah pun. Kuasa Allah hebat betul, tiba tiba baby dah pusing sendiri. Sempat bermaafan dengan semua ahlI keluarga. Terus kena masuk bilik bersalin, tukar baju di induce, masuk ubat itu ini kena juga buat ecg check jantung tu wayar penuh dekat dada dan badan, nurse bising bacaan blood pressure dan heart rate agak tinggi, mana tak berdebar first time nak beranak tak sempat nak study apa pun. Husniey banyak selawat nabi, istighfar, baca Doa Nabi Yunus. Tenang, take deep breath. Allahu sayu hati ini.



Memang senang lahirkan baby ni tak sakit sangat pun, pukul 12.57 am pada tarikh 18 February hari Jumaat selamat melahirkan, baby sempat hidup di dunia 15 minit. Masa anak ibu keluar terasa hangatnya, doktor nurse semua kagum tengok dia siap puji comelnyaa semua dah lengkap kaki tangan. Baby masih bergerak. Husniey mamai dan lena lepas bersalin tu then kena tolak ke dewan bedah uri baby terlekat tak keluar sekali masa bersalin, puas nurse doktor tekan perut ni lebih 3 orang duk tekan tak keluar-keluar uri tu, hampir sejam kena seluk tangan lagi. Sakit wehhhh. Menjerit kuat gila masa tu, rasa nak terajang je yang tukang seluk tu. Lagi siksa kena seluk tu dari bersalin. Husniey menjerit meraung Allahuakhbar sakittttt!! Sambil sedut oksigen bagi tenang. 

Bahaya kalau tak cepat keluarkan uri baby tu, boleh bawa maut pada ibu. Lepas tu terus tak sedar apa jadi, dibangunkan kejap masa dekat dewan bedah tu, pakar bius suruh sign borang. Nampak Izzat ada kat situ, terus sambung tidur. Puas pakar bius tu goncang badan ni mamai terukk "kesian weh patient ni teruk dia kena nii kenapalah tak cepat-cepat tolak ke sini tadi", dengar sayup je orang dalam dewan bedah duk sembang. Dibius separuh badan, agak sakit ye kesannya. Masa keguguran kena d&c dulu husniey merasa bius penuh tak rasa sangat effect tu. Ni cepat sakit pinggang. Husniey tak sedar apa dah sampai lah pagi esok tu baru bangun tidur, pukul 8 am tersedar dah kat dalam wad. 


Pesakit katil sebelah husniey cakaplah lama awak tidur, masa tersedar dari lena yang panjang tu husniey tak boleh nak bangun lagi terasa kesan bius tu, kaki tak boleh nak angkat. Nurse ada datang bagitau pukul 9 pagi baru habis kesan bius, berat betul dari pinggang ke kaki tak rasa apa. Ada akak sebelah husniey yang bantu pakaikan baju, kain, bila dah siap pakaikan baju akak tu juga offer nak suapkan bubur bagi minum air milo kotak dia. Masa tu memang betul lemah hilang tenaga yelah baru lepas bertarung nyawa keluarkan baby, then kena tolak lagi ke dewan bedah untuk keluarkan uri melekat.  Barang-barang husniey takde, nurse pulak tutup dengan selimut gitu je takde nak sarungkan pakaian tu bagi elok sikit. Malu haih. Lepas dah rasa lega kesan bius dah hilang, baru pergi toilet untuk mandi bersihkan diri. Sambil mandi tu menangis bawah shower

Ya Allah baby dah takde... Sayu hati ini merelakan pemergiannya..🥲


Perjalanan akhir anak ibu, Imanina Husna


Alhamdulilah pagi Jumaat baby selamat dikebumikan, kena lah uruskan cara yang betul. Dimandikan oleh ayah husniey, dikapankan dan di solat jenazah juga. Cuma tak payah baca talkin jelah, sempat husniey tanya ayah takde talkin? Ayah cakap nak baca talkin apa, baby tak ada dosa pun. Allahu. Sungguh indahnya pemergian kamu. Baby dah bernyawa dah umur 5 bulan lebih, sayu sangat. Dinamakan baby perempuan ini Imanina Husna. Rindu sungguh, sepanjang pregnant banyak berkongsi rasa dengannya tiap kali makan husniey akan beritahu baby Husna harini nak masak apa, nak makan apa. 


Terima kasih anak ibu untuk 21 minggu 2 hari yang indah ini. Banyak sangat nikmat ibu rasa bila mengandungkan awak, doa mudah makbul . Patutlah semuanya mudah dan cantik aje perjalanan selama 5 bulan lebih mengandungkannya, rupanya baby syurga. 


Allah lebih tahu mungkin ibu belum layak untuk miliki awak. Ibu dah redha.. Cuma sesekali rindu itu datang. Moga bersatu jumpa di syurga nanti, tunggulah ibu di sana, gapai tangan ini. Ibu jua ingin ke syurga bersamamu... Bantulah aku untuk jadi wanita yang baik akhlak dan beriman ya Allah ~


Love,

Husniey Husain


You Might Also Like

2 comments

  1. Sayu hati baca kisah husniey..semoga kasih bertaut kembali disyurga yang kekal hakiki...

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.