Belanja Ke Penang
Penang
Travel
Penang Part 3 ♥♥
1/12/2016 12:56:00 am
Salam and Hai semua ッ
InsyaAllah part last dah ni, nanti akhir entry ni,
akan saya selitkan tips and bajet untuk kalian. Bagi memudahkan kalian buat perancangan jika berniat untuk ke Penang. Oh ya, kalau nak baca part 1 dan part 2 boleh klik SINI dan SINI :')
Ada jugak tempat yang kami pergi kalian boleh skip, dan boleh juga add ons aktiviti lain. Nanti insyaAllah saya selit juga. hahaa banyak benda nak selit ni. Takut terlupa je :P
6 JAN 2016
Kami keluar lewat sikit, plus check out lambat sikit, memandangkan phone saya berpenyakit pagi tu. Sangkakan dah masuk charge malam tuu, sekalii charge tak masuk(bahagian cas phone tu dah rosak sikit, macam tak tersentuh sangat) GERAM SANGAT pagi tuu. Bangun awal pagi tuu, terus setelkan phone tu dulu. Ni buatkan makin tak sabar nak beli kamera, lepas ni tak payah dah berharap kat phone sangat bila pergi bercuti ke mana mana, Dan akan lebih jimat bateri phone bila tak guna sangat kan. Tapi memang trip kali ni, memang tak on sangat data internet, sebabnya nak pastikan bateri jimat. Yelah, nak snap picture lagi. Nak on tenet lagi. Memang lajuu la bateri akan habis nanti. Biar lah dah bawak power bank pun. Tetap sayang bateri phone tuu. hahahaa. Nasib la dia baik baik sahaja hari last tuu. Fuh, syukur sangat.. Even pagi pagi dah rasa spoil mood je. hahaa :P
Menapak la kami ke Komtar, untuk dapatkan bas CAT berjalan kaki lebih kurang 5 minit lebih je. Sebelum tuu, suami dah cakap, "yangg, esok abang nak gambor kat transformers ehh. huhu layankan jelahh dia minat benda benda macamni
Transformers with husband ~ |
Depan Times Square tuu belakang tu nampak tak M. Haa tulah, M mall :) |
Check out pukul 12 tengahari, Alhamdulilah, everything goes well sepanjang menginap.
Tak ada apa apa isu perkauman ke. Kekadang syiok juga kenalan dgn berlainan agama, kita lebih mengenali kaum tu sendiri. Selain mengambil yang positif drp sikap mereka, hehe
Misal contohnya masa kami menginap di homestay ni, Mr Kai ni bagitau rumah dia sepatutnya nombor 34 belakang, tapi dia tukar jadi 3A, oleh kerana kepercayaan chinese nombor 4 tu takde ong. First time dengar chinese bercerita perihal ong dia ni. Kami pun macam wow, uniknyaa. Sebabnya sebelum ni tahu macam tu je, tak detail sangat.
3A jadinya |
Turun makan di medan selera semalam yang kami makan mee sotong tuu. sini macam okay sikit(bersih). Dan banyak pilihan. Banyak makanan melayu dan makanan culture pun banyak, pendek katanya senang semua ada disini. So bagi yang malas nak gi makan jauh, boleh berhenti di sini je. Tapi bagi kami sini ada yang murah, ada yang mahal sikit. Jadi sebelum makan tu tanya dulu harga, risau kena 'ketuk' je. Sebabnya kami terkena jugak tengahari tuu, sebelum makan tu mak cik tu dah cakap yang nasi saya Rm 6.50, nasi dan lauk suami RM 4, dia suruh kita ingat gitu je.
Memang kami ingat, tapi bila nak bayar tu kami cakap balik ambik lauk apa, sekali dia cakap yang suami tu RM 6 pulak, kami cakap macam ni je : "RM 4 yang ni, lauk ayam dan sambal ikan bilis petai". Sekalii baru tadi cakap RM 4, jadi naik pulak. Sepatutnya dia bagilah kertas bertulis sbg bukti yg dia dah kira kalau takut ditipu, ayooo nasib la kami ni jenis redha jela kan, tapi kalau kena kat orang yang nak jimat cermat kesian jugakla. Takpela, cerita ni pun sebabnya nak kalian berhati-hati aje.
Medan selera padang kota ~ |
Nasi suami tu ayam dan sambal petai, RM 6 jadi nya, sebelum tu mak cik tu cakap RM 4. bila nak bayar, fuhh kena ketuk! hahaa |
Lokasi Made in Penang Interactive Museum, alamat No 3 Pengkalan Weld, Penang.
Kalau kalian baru turun dari feri belok ke kanan, lebih kurang beberapa meter akan nampak bangunan ni di sebelah kiri. Kalau dari padang kota tadi, ke atas sikit je lagi. Kena alert bangunan belah kanan. Warna putih. InsyaAllah, akan nampak sebabnya signboard besar.
Bayaran masuk ; RM 15 dewasa. Kanak-kanak ; RM10
Bagi pelajar jangan lupa bawa kad siswa tuu, ada less. Kalau tak silap pelajar hanya RM 10 dikenakan :)
Bahagian depan museum~ |
Laluan ni free untuk snap picture, hehee yang berbayar di dalam ~ |
wall painting ~ |
Nahh waktu operasi, dan bayaran ~ |
Boleh tinggalkan beg kat sini, kami tinggalkan beg kat sini. Bawa masuk yang penting je k~ |
Uncle handsome gunting rambut ~ |
Mak cik comel jual nasi lemak ~ |
Duriannn duriann ~ |
Adik adik duk main batu seremban. Rindu pula zaman kecil tanpa gadget~ |
ni sejarah dulu dulu kat area Pengkalan Weld ni~ |
ikut je sign kat tangga ni ~ hee |
kutip kutipp, nanti boleh buat sambal telur, haahahaa :P |
Aummmm~ saya rasa akan bocor je puting botol susu ni, tengoklah gigi rimau ni! :P |
semalam lari daripada dinasour, harini boleh pulak berani duk depan dia kan~ hahaa |
teh tarikkkk satu anneyy, kasii belit sikit tarik tuu~ |
Monkey tu pelikk dah, sejak bila aku ada kawan dgn manusia ni :p |
Pancit dah aunty ni naik, ke bocor terus dah tayar tuu. haaa ayokkk tak tahuu ! |
al kisah tomyam terbakor, lalu saya cuba menjadi penyelamat |
Awak ni merepek sungguh bang! Dah kahwin kannnn -_- |
ibarat tukul dan pemahat eh? apa tu perumpamaan tuu. hadui tak reti dah nak falsafah sangat. beku dah otak lama tak pergi sekolah :P |
HAA, sudahh ni takde sape nak siapkan makeup dia~ |
part ni best, ada lagu P Ramlee disni |
laju betui adik ni tarikkk. mengimbau kenangan zaman legend dulu~ |
Ya. Janji. Harini tak nakal lagi. Harini jer janji esok buat perangai lagii, haahaa :p |
Baru nak bergambar sini, sekali aunty ni curahh susu pulak. Nasib tak basah :D |
kait buah pala tu, nak buat jeruk ke bang? |
nak satuuu roti canai, yang ada cheese ada tak anneyy? ahahahaaha |
yeayy dah pandai menyelamm~ |
Fuh, setel duk tengok lukisan 3D dalam museum tuu. Banyak lagi sebenarnya gambar, tapi penat dah nak masukkan :D maaf ya. Tulah sebabnya saya cakap museum ni lagi best dan menarik berbanding trick art yang di Lebuh Penang tuu, heee. Okay after habiskan masa disini. Hampir pukul 4pm jugak, dari pukul 2pm masuk, kami pun keluar dan jalan kaki ke Jeti. Dekat saja. Beberapa meter, tapi panas yang tak tahan tuu. Haha berlari lari nak dapatkan tempat teduh. Jalan sikit, minum air. Habis air mineral, beli lagii air. Kami naik bas CAT lagi untuk ke Komtar, haa dan kali ni baru kami masuk ke dalam Komtar tu. Ada shopping mall. Lawa jugak bila masuk dalam, dari luar nampak biasa biasa sahaja. Kalau anda kaki shopping, bolehla masuk sini cuci mata ッ
KOMTAR :) |
ni bas yang ada kat jeti ni, turun je dari feri tu terus boleh nampak di sebelah kiri ada bas banyak banyak. free ada, berbayar ada :) |
Ni kita boleh refer bas dah dekat mana, lagi berapa minit nak sampai ke jeti ni :) |
Dah bosan round sekeliling mall tu ( alah, tak habis pun round tapi tengok waktu dah petang kan)
decide nak ke Jalan Chowrasta, beli jeruk jeruk dan baju. Memang kami suka, bila dah nak balik baru shopping. Takde lah kita bawak beg berat atau pun beg plastik ke hulu kehilir kan :D
Tiba di Chowrasta, kami jalan jalan sekitar situ. Sebelum tu sejukkan tekak lagii, plus nak merasa pasemboq. Ada gerai gerai situ. Macam macam ada, pasemboq, kuih muih, cendol. ais kacang, dan banyak lagii. Ramai jugak orang makan sini :)
tenggelam sikit signboard jalan ni , haha |
cendol, marveless. RM 2.00 |
Pasemboq sodapp jugakk, RM 8.00 |
Gerai yang ada disini |
jalan cuci mata, cari souvenir untuk diri sendiri, haaha ~ |
Apa lagii, cari jeruk yang sodap la |
jeruk 3 paket, RM 10.60 |
Selesai membeli belah tu, kami tengok jam dah lewat petang dalam pukul 6pm macam tu. Tunggu bas CAT kejap je di Chowrasta, then sesaja habiskan masa sikit lagi sebelum balik ke Butterworth.
Turun dan naik disini bila beli belah di Chowrasta :) |
Sempat jugak kami jalan jalan ke Prangin Mall kejap petang tuu, dan solat maghrib di Komtar. Kali terakhir lah kami naik bas CAT, sesudah solat maghrib tu terus je ke Jeti Feri dan bergerak pulang naik feri untuk ke Penang Sentral, Butterworth. Customer suami di seberang Prai pun dah calling nak jumpa suami di sana, sebelum kami bertolak balik malam tu pukul 11pm.
Alhamdulilah, everything was okay. Banyak juga tempat kalian boleh pergi yang kami tak sempat pergi, contohnya [ Rumah PRamlee, Persiaran Gurney, Tanjung Bungah, Teluk Bahang if kalian ingin cuba permainan adventure, Pantai Batu Feringghi) Kalau nak naik bas Rapid ke Batu Feringghi atau Teluk Bahang, bas yang sama. Bas 101. Teluk Bahang destinasi last. So, akan jumpa Batu Feringghi dulu :)
Banyak juga pengalaman duk di tempat orang. Kadang terasa macam bukan di Malaysia pun ada masa disana. Hahaha. Sebelah pulau penang ni tak ramai pun melayu. Boleh kata 10% je kot. Hoho
So masa di sini banyak berinteraksi dengan kaum yang berbeza dgn kita. Penggunaan bahasa pun more to speaking English, ada juga kena berinteraksi dgn tourist. Mereka mencari cari bas untuk ke Kek Lok Si Temple, haa Kek Lok Si Temple ni jalan yang sama untuk ke Bukit Bendera, akan jumpa temple ni dulu. Bukit Bendera last destinasi. Bas bernombor 204. Bayaran RM 2.00 sahaja. Kagum dengan backpacker non muslim ni, mereka datang jauh jauh pun rilek je pakai map yang kertas tu atau refer pada buku yang mereka baca. Serius, suka tengok. Betapa mereka praktikkan sikap suka membaca dan mengkaji. Masa tourist tu tanya pasal temple tu, dia tunjukkan pada saya dengan buku dia baca! Tak sempat cam buku apa. Mesti lah buku tentang tempat yang dia lawati :))
(moralnya disini saya ni kena praktikkan english, kasi fasih) hihi. Banyak pengajaran juga dapat dipelajari, Juga mendidik sabar bila dalam musafir, selain mengenali keindahan budaya yang ada disini. Okay, disini saya nyatakan bajet dan perbelanjaan kami ke sana.
Total perbelanjaan kami, tapi diingatkan ni berdua :) haa, tengoklahh dah terbalik ayat tiket ferry pergi dan balik tuu! Sorry |
Sekian, harap maaf kalau ada kekhilafan. Semua ni hanya lah sekadar perkongsian untuk rakan rakan mahu pun yang mencari cari tentang trip ke Penang ni. Wssalam ♥
Thanks for reading! ッ
0 comments