Raikan Hari Lahir Tersayang Dengan "Cake Explosion Gift Box"

Review Cake Explosion Gift Box Dari Cake Rush Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai korang semoga dalam keadaan sihat dan baik-baik saja....

Review Cake Explosion Gift Box Dari Cake Rush



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai korang semoga dalam keadaan sihat dan baik-baik saja. Hari lahir pasangan makin dekat? Buntu merancang kejutan hari lahirnya? Mestilah mencari kelainan dalam memberi hadiah, husniey ada cadangan! 

Apa kata sambutan hari lahir pada tahun ini diraikan dengan havoc, lupakan beri hadiah dengan kotak biasa, jomlah cuba tukar gaya beri kejutan dengan Cake Explosion Gift Box. Best betul servis dari Cake Rush. Mari berkenalan dengan Cake Rush.


Cake Rush Bantu Anda Hantar Kejutan Pada Yang Tersayang!

Cake Explosion gift box bukan kotak hadiah biasa-biasa, membolehkan anda mencipta hadiah yang benar-benar istimewa, unik untuk orang tersayang. 


Apabila penerima membuka kotak, mesti teruja dan terkejut disambut dengan kejutan apabila tengok rama-rama terbang, menambahkan sentuhan keajaiban lagi pada kotak ini. 


Apa yang Disertakan Dalam Kotak?

Untuk pengetahuan anda, setiap kotak dilengkapi dengan produk asas yang menarik, iaitu gabungan kek diserikan dengan empat rama-rama dan anda boleh tambahkan dengan kad ucapan juga. Ada beberapa pilihan untuk memilih daripada tiga varian Cake Explosion gift box ini, selain kek anda boleh memilih memberi coklat juga.

  • Kek Pelangi
  • Coklat Fudge
  • Pandan Gula Melaka
  • Kek lobak walnut
  • Ferrero dome 
  • Teddy bear

Hadiah hari lahir yang ditujukan pada kaum lelaki husniey suggest bagi hadiah seperti coklat atau kek. Memang sesuai sangatlah. Kek pula ikut citarasa masing-masing lah kan. Menariknya lagi, anda boleh menambah keseronokan dan drama letupan dengan menambah pelbagai alat tambah yang mendebarkan. Ini termasuklah;

  • 4 unit rama-rama tambahan untuk paparan yang memukau
  • 4 keping gambar sesuai untuk nampakkan kejutan ini lebih personal
  • Bunga tambahan untuk menambah daya tarikan
  • Gula-gula tambahan sebagai pemanis

Cara-Cara Membuat Pesanan Cake Rush

1) Anda masuk ke website Cakerush.my, dekat situ boleh tengok beberapa jenis kek yang anda berkenan dan untuk makluman kek dari Cake rush ialah HALAL dan menggunakan bahan yang terbaik.

2) Pilih Aksesori tambahan untuk nampakkan lebih istimewa

3) Pilih tarikh untuk penghantaran. Penghantaran kek hari yang sama sebelum jam 3 pm.

4) Tunggu maklum balas dari pihak Cake Rush.


Ulasan Mengenai Cake Rush

Apa yang husniey suka tentang service Cake Rush ni, mengikut kehendak dan citarasa pelanggan. Husniey ada juga menambah 4 keping gambar peribadi berserta kad ucapan. Kotak hadiah kejutan yang tiba di rumah sangatlah cantik, dibalut dengan kemas dan tiada kerosakan. Suka sangat dengan kotaknya berwarna ceria, kena pula rama-rama berterbangan menambah keriuhan suasana saat encik suami menerima dan membukanya, teruja bila dapat kejutan ni sempena hari lahirnya. 

@husnieyhusain

♬ Hal Hebat - Tereza Fahlevi


Jemput tonton video di Tiktok husniey. Suami ingat kotak biasa-biasa aje tak sangka isinya menghangatkan suasana. Alhamdulilah bahagia hati ini bila tengok pasangan kita gembira ~ semoga ini akan menjadi kenangan indah buat kami. Anda jangan lupa cuba khidmat Cake Rush ni tak perlu pening lagi memikirkan kejutan hari istimewa untuk sambut bersama keluarga. Rating: 4.8/5. Keep it up Cake Rush!


Cake Rush MY
Website: www.cakerush.my/
Instagram | Facebook | TikTok
T: +603 3099 4380
E: info@cakerush.my

.
.
.

#cakerush #suprisedelivery #suprisebox 

You Might Also Like

1 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.