31 March 2016

✿Trip ke Pulau Kapas 2016 ✿

31 March
Assalamualaikum and Hai, 

Sedar sedar nak habis bulan Mac 2016, kejap je waktu bergerak sekarang 
Sihat ke semua? jangan lupa syukuri nikmat sihat yang Allah bagi..
mestilah sihat kan, kalau dah boleh bukak blog I  baca entry ni, 
hehehe :D

Alhamdulilah, 2016 ni warna warni sungguh jalan cerita aku dan suami. 
Bulan 1 kami ke Penang, explore keindahan dan keunikan sana. 
Kalau nak baca apa kami buat disana,
Boleh terus klik sini : Explore Penang 

Bulan 2, kami ke Langkawi sekali lagi. Tapi bawa family suami.
tapi tak up pun entry, sebabnya dah ada entry langkawi masa tahun lepas
klik sini bagi yang nak baca : Langkawi

Panjang pulak mukadimah T_T
Sorry!

Berbalik kepada tajuk kat atas tu haa
Baru baru ni direzekikan ke Pulau Kapas.
Memanglah dekat je kan dengan tempat aku tinggal ni, tapi tak pernah pun sampai sebelum ni,

Kali ini trip kami berbeza, aku pergi dengan kawan kenalan masa zaman poli dulu.
hehe. Mereka ni sekarang sambung belajar di UMT, terengganu ni so kami pergi sama sama.

Kami pergi Pulau Kapas, 2 hari 1 malam aje
Perjalanan dari Kuala Terengganu-Jeti Pulau Kapas dalam 20 minit

Untuk pengetahuan kalian, jeti pulau kapas terletak di Marang. 
Pulau paling dekat dalam Terengganu ni,
 sebabnya ke Redang pun dekat 2 jam kalau dari Jeti Shahbandar tu..
Kalau perhentian pun lama jugak sikit. Tapi pulau kapas ni, kejap je. Huhu
Jalan ke jeti pun dekat je, laluan tepi jalan besar, dekat lampu isyarat simpang 4,
 ada replika sotong udang tuuu yelahh! :D

Kami bertolak pagi jumaat 11 Mac, dari rumah aku dalam pukul 10.15 am
Bot kami dijadualkan pukul 11 am.
Masa pergi tu kami naik speed boat
Memang laju dan kejap je tiba di Pulau, within 5 minit plus gitu 

Nah picture view di jeti -:

Lawa view masa ni, kat jeti ni pun dah boleh nampak ikan 


Bot baru nak gerak, terus on camera, nasib jugakla terus bergambar sebabnya masa kat tengah laut tu, haaa kemain abang bot tu bawak melompat lompat, nasibla kejap je naik bot. So jangan risau, memang tak sempat nak mabuk laut pun dah sampai pulau :D
Apa lagi masa kami mula bergerak tuu, teruslah snap picture. Bermulalah non stop on camera selagi bateri tak drain, haha


Dari hujung tu kak scha, tasneem, yaya and last yang nampak macam ikan buntal. 
Tu pastilah saya :P

Wawa with yaya

Tu dia,nampak kapas island kejap aje merempit atas laut tu, 
merempit pun boleh :D

Masa sampai tu, jangan leka tau nanti abang bot tanya stay kat mana, Dalam trip ni, aku yang bertanggungjawab uruskan soal jawab, booking and so on dengan management resort, so haruslah tahu dan alert nama penginapan.. Kami stay di kapas coral beach resort. Bot akan stop depan tempat penginapan :)

Kami terus check in, even belum pukul 12. Sesampai tu rehat kejap kat dalam bilik, then pukul 1 kami keluar ke restoran tu untuk makan tengahari. Semua dah siap dalam pakej. Makanan kat sini, semua kebanyakannya sedap. Bukan mulut aku je cakap, yang lain pun cakap gitu.. Dari tengahari, makan malam dan sarapan. Okay and best.

Paling best malam tu ada buffet bbq dinner, kemain menambah masing masing makan,  
Ikan fresh kot, manis je rasa isi dia. Hiks ;D

Nah belanja gambar lagi 

Makan tengahari :)

lagi

Teringat pulak rasa makanan tengahari dia tuu, sedap. 
Nice matching, ayam macam masak lemon ke apa tah gitu, haha
then ada kerabu pucuk paku, ada sambal belacan. Ada ikan, macam2 lauk lagi.. yummyy! 

okay dah, sambung balik. Lepas makan tu kami jalan jalan sambil bergambar, 
pukul 3 baru snorkeling trip

view dari jambatan ni


Nak menari ke tu :p

Lepas dah jalan jalan kejap lepas makan tu, kami masuk ke bilik kembali solat then siap siap balik untuk keluar pergi snorkeling :)

Nah ni je satunya ada gambar dalam bilik 

Lupa nak snap masa bilik masih kemas lagi. HAHA

Then keluarlah kami bersiap untuk snorkeling, tak jauh mana pun naik bot slow tu

Selesa naik bot ni, slow and steady ;D

Air kat belakang! Cantikk kan


Boleh nampak Gemia Island dari port snorkeling ni,
kecik je. Kecik lagi dari Kapas :D
Sekitar gambar semasa snorkeling trip, mereka je turun sampai hanyut jauh. HAHA,
Aku? memang tak yakin sebab memang tak pandai berenang, niat nak mencuba  jugak. Dah turun sampai kat tangga je, naik balik 

So gambar yang dalam air yang ada, tu mereka la yang snap. HIHI ;D




Haa jauhhnyaa mereka terhanyut dibawa arus

Nasib la ada mak cik tu sorang duk borak ngan aku, sambil tengok dia bagi makan ikan. Haaa comel ikan datang kat kami ~









After trip tu, kami sambung mandi manda kat pantai depan resort tuu,
cantik weh





Dan dan masa jalan jalan sini, nak mandi pantai tuttt habis bateri kamera, hahaa
tinggal kamera phone je nak snap picture pun :D


Kami mandi manda area sini laaa petang tuu, hihi

Selain mandi manda, kalian boleh jugak nak berkayak. 
Dah penat bermandi pantai tuu, bateri phone pun dah turut drain sama, then terus balik ke bilik. 
Sebelum tu layan sunset sikit, sempat jugak sekeping dua snap view ni ;D



When sunset :)

Balik ke bilik, bersihkan diri, solat. Pukul 8 pm tu, kami ke restoran untuk dinner ;D

Full :P

Banyak juga menu malam tu, ada ayam bakar, ikan bakar, bihun goreng, nasi goreng, sosej bakar, ada kuah blackpepper, mushroom soup, puding cocktail, coleslaw. Haa entah apa lagi yang tertinggal, banyak kot. :D


------------------------------------------------


DAY TWO

breakfast day two , nasi lemak ikan :)

lepas breakfast memang buat hal sendiri je, hihi 
duk rehat rehat kat bilik. Kemas barang, bersiap then check out pukul 12,
kami berjalan cari the other side of Pulau Kapas, hihi 
Kalini lagi cantik viewnya,
rugi tak explore dari hari pertama tu

Nah belanja view area resort tuu dan the other side of kapas. 
Satu lagi kami tak berkesempatan nak buat ialah hiking

Area resort  :)



Pinjam dinding chalet, haaha wajib bergambar sini.
 Cantik sangat!


Dah puas bergambar di area resort 
 kami singgah dekat ombak kapas cafe, nice cafe.
Santai je, dengan dekorasinya menarik
Minum fresh orange je RM 7, standard la harga kalau di pulau cenggini kan.
Serba serbi agak pricey. Nak pulau murah makan minum langkawi jela kot, HAHA :D
Eh yeke murah kat Langkawi? 

Ombak kapas cafe ~

cantik kan cafe ni, mengadap pantai ;)


Lepas sejukkan tekak di ombak kapas cafe tu, kami pun berjalan sebelah sini pulak.
 Jalan jalan naik jambatan ni terkejut tengok view kat sini!


melting rasa tengok air tuu~




view yang sangat memukau ~ 
Rasa nak berkelah je bawah pokok sini, tapi apakan daya dah nak balik dah haritu,

Nanti lain kali datang lagi~
Dapat day trip pun dah okay ;D








Dah rasanya, sekian sahaja cerita trip kami di Pulau Kapas, maaflah panjang lebar kisah kami ni walhal cuma 2 hari 1 malam :D
Terlalu banyak pictures yang nak dikongsi sebenarnya tapi dah penat menaip
  -_-'

Baii kapas Island, Jumpa lagiii~


PERHATIAN : 
Bagi anda yang berminat bercuti ke Pulau Kapas atau Pulau Redang 
Saya suggestkan booking pakej fullboard. Banyak keistimewaannya dan lebih jimat tak perlu fikir nak bawa bekalan makanan dah 

MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK DI BAWAH INI

    INSTAGRAM  
Email  :- hholidays17@gmail.com
-- Contact Number : 017-9723165  (WhatsApp)



Kami pergi haritu berlima satu bilik
RM 150/ pax, termasuk semua yang penting tu, bawa diri aje :)
(2016 kan dah lama murahlah masa tu)

Makan 3x, snorkeling trip, boat returns, penginapan 1 bilik. Biliknya besar jugak, dapat katil 1 double bed (muat 3 orang), 1 single bed and 2 mattress. 
Ada TV, bilik air selesa besar and cantik, ada balkoni boleh sidai kain baju basah, disediakan towel, sejadah 💙




Untuk rujukan
pakej yang ditawarkan adalah tempat yang sama kami menginap dalam entri ni :)

 Klik bawah ini untuk lihat senarai harga

RatePulauKapas2017

Rate Pakej Pulau 2018 



Pakej Pulau Redang fullboard juga ada disediakan

A post shared by HH Holidays ❤ (@pakejpulau_) on



Entri berkaitan :

- INFO PULAU PULAU TERENGGANU


- TRIP PULAU KAPAS BERSAMA KELUARGA


AMARAN : DILARANG SAMA SEKALI MENCURI GAMBAR GAMBAR MILIK SAYA!
TERIMA KASIH

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com