Merancang Bercuti Bersama Keluarga di Lexis Hibiscus, Port Dickson - Husniey Husain

Wednesday, 28 March 2018

Merancang Bercuti Bersama Keluarga di Lexis Hibiscus, Port Dickson


Kebelakangan ini semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk keluar melancong, tidak kira dalam atau luar negara. Destinasi pelancongan jauh ataupun dekat bukanlah menjadi ukurannya, setiap orang pergi melancong ada tujuan mereka tersendiri. Ada yang pergi bercuti untuk melepaskan lelah setelah berhempas pulas mencari rezeki. Kiranya melancong itu sebagai ganjaran bagi mereka. Ada juga yang melancong kerana mencari ketenangan jiwa setelah menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup

Sepertimana tajuk artikel ini, husniey ingin berkongsi perancangan bercuti di Port Dickson, memilih untuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Sebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang yang terletak di kawasannya yang cantik, iaitu di atas laut. Tertarik pada rekaan seni binanya dan lokasinya, sesuai untuk dijadikan tempat berehat dan bercuti bersama keluarga.
Lexis Hibiscus mempunyai beberapa jenis bilik juga bersertakan dengan pelbagai kemudahan. Hotel ini berbentuk bunga raya dan Husniey pernah mempunyai pengalaman melihat hotel mewah ini dari pemandangan atas udara ketika menaiki kapal terbang menuju ke KLIA 2. Indah sungguh!


Jenis Jenis Bilik Yang Terdapat Di Lexis Hibiscus Port Dickson

πŸ’Executive Pool Villa

Bilik ini merupakan harga yang paling rendah berbanding bilik yang lain dan ianya berpatutan. Letaknya di atas laut dan mengadap permandangan laut yang indah. Buka aje pintu balkoni anda dah dapat menikmati permandangan laut sekaligus mandi-manda di mini kolam yang tersedia. Sesuai untuk anda yang inginkan suasana privasi, ingin tenangkan fikiran dan rehatkan badan setelah menyibukkan diri di tempat kerja. Percutian disini pasti menjadi kenangan bermakna!

πŸ’Sky Pool Villa (Tower Block)


Cantik bukan? Ya, bilik ini juga menjanjikan anda menikmati panorama yang indah dan letaknya lebih tinggi dan agak terpisah dengan bilik yang lain. Sesuai untuk keluarga yang membawa anak-anak yang masih kecil dan mereka boleh mandi-manda di mini kolam renang yang terdapat di ruang balkoni bilik. Ruang balkoninya teduh dan redup, bolehlah anak-anak berendam lama di kolam kan. Seronoknya! Tak sabar nak mengajak keluarga husniey bercuti disini. Mungkin boleh masukkan bilik ini sebagai wishlist! :D

πŸ’Premium Pool Villa (Sea View)


Jenis bilik Premium ini juga terdapat keistimewaannya tersendiri, lebih besar iaitu berukuran 81.0 sqm dan mengadap laut dan anda boleh menikmati terus permandangan sunrise dan sunset dari balkoni bilik. Wah nyaman sekali, mencetuskan suasana romantik dan sangat sesuai pada pasangan yang ingin berbulan madu!


πŸ’Panorama Pool Villa

Ukurannya agak besar bersaiz 86 sqm, terletak juga di atas laut. Menariknya ia terletak di stigma bunga raya. Bilik mandinya dinding berkaca dan dapat menikmati terus suasana panorama keindahan laut dari dalam bilik air! Terdapat juga mini kolam yang privasi dan ruang sauna di balkoni

Antara kemudahan utama yang terdapat di dalam hotel mewah ini ialah; di dalam bilik semua mempunyai penghawa dingin dan juga kipas, kemudahan tempat letak kereta, kolam renang, kaunter depan yang beroperasi selama 24 jam, lif, restoran dan kedai kopi dan yang paling penting bila dah dating bercuti ke tempat ekslusif seperti ini mestilah nak update secara langsung di media sosial kan, ada kemudahan WiFi (dalam bilik dan tempat awam)


Cara-Cara Membuat Tempahan Bilik Menggunakan Traveloka

Pertamanya anda perlu mendaftarkan akaun Traveloka. Anda boleh memilih untuk mendaftar melalui alamat email, no telefon atau menggunakan akaun facebook. Mudah bukan?


1) Pergi ke menu utama, klik Hotels
2) Buat carian hotel di destinasi yang anda ingin menginap. Suka bahagian ini, kerana Traveloka telah pun menyenaraikan destinasi yang popular di dalam Malaysia. 
Boleh terus klik, jika terdapat destinasi yang berkaitan

3) Setelah itu anda boleh melihat senarai hotel, contohnya husniey memilih menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Jadi terus klik pada hotel tersebut


4) Klik View Room dan melihat jenis-jenis bilik dan gambarnya juga. Teruskan klik Select,
Sila perhatikan dengan betul maklumat yang tertera bagi jenis bilik yang ingin dipilih, ada antaranya yang tidak mempunyai sarapan pagi dan ada juga yang sudah dilengkapkan sekaligus

5) Seperti biasa anda harus melengkapkan maklumat diri seperti; Nama, Nombor Telefon untuk dihubungi, alamat email, dan nama tetamu. Disini perlu klik pada kotak kecil jika anda adalah tetamu yang check in. Sudah selesai mengisi maklumat, klik Continue
6) Melihat dan mengesahkan maklumat bilik yang ditempah
7) Buat pembayaran dan tunggu confirmation voucher dari pihak Traveloka



Terdapat banyak aktiviti yang menarik dan sesuai dilakukan bersama keluarga di Lexis Hibiscus seperti berjalan-jalan di private beach juga boleh bersantai di pantai.
Bagi anda yang bercuti bersama anak-anak, terdapat juga kolam renang yang dikhaskan untuk kanak-kanak.
Tidak ketinggalan juga buat anda yang suka bersenam, bolehla menggunakan kemudahan fitness centre. Aktiviti lainnya yang sering dilakukan oleh pengunjung ialah menyewa basikal dan bersiar-siar di seluruh kawasan hotel. Pasti anda tergoda melihat kecantikan, kemudahan hotel mewah ini? Let’s see the Online deal on lexis hibsicus port dickson


15 comments:

  1. patutlah ramai yang nak honeymoon dekat sini, memang cantik sangat view dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Berkenan jugak tengok ni.. Dah masukkan dalam wishlist hotel mewah yang teringin husniey nak menginap! 😍

      Delete
  2. Hotel ni antara tarikan orang datang bercuti ke PD..
    Memang best dan harga pun setanding dengan bilik yang ditawarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah menariknya ni sis LZ, sukanya tak sabar nak explore PD pulak 😍

      Betul tu.. Harga setanding dengan bilik yang ditawarkan

      Delete
  3. Aim nak duduk dkt premium pool Villa tu. Suka sebab atas air dan menghadap laut. Best ada pool dlm blk. InsyaAllah wishlist utk next year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal lagi dah aim kan, mesti tak sabar dah tu.. Hehe

      Husniey pun suka betul tengok premium pool villa tu.. πŸ’•

      Delete
  4. cantiknya view hotel ni.. suka busyra tngokkk. pandai kan dorang cipta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kreatif betul kan Busyra, bentuknya bunga raya.. Bilik mewah, kemudahan banyak yang ada disediakan 😍

      Delete
  5. Cantik sgt.Tp nanti husband confirm taknak honeymoon pd sbb dia dah 9 tahun terkandas kt situ dari form 4 sampailah kerja pun masih kat PD, haha. Jemu katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah lama dah tu menetap di PD, takpe Mai kalau mampu boleh pergi honeymoon jejauh sikit.. Hehe baru syok

      Delete
  6. Siqah aim nak Premium pool villa tapi mahal T_T Nak jugak merasa sekali kan. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita pun aim premium jugak,
      (padahal kalau dapat mana mana bilik pun dah rasa best gila ni) πŸ˜‚

      Tunggu saving penuhla nampak gayanya ni kan

      Delete
  7. adoi !! ngidamnye hakak dekkkkkkkk.. traveloka tanak sponsor akak ke ? hahahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bestnya kan kalau dapat rezeki sponsor menginap di hotel mewah bilik pulak ada pool gini.. Uih syok

      Kak Atie dah seru tu harap harap ada rezeki kita kan.. 😍

      Delete
  8. Antara wishlist hotel yang CR teringin nak menginap. :)

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com