BAGAN DATUK; INDUSTRI AGRO PELANCONGAN BERPOTENSI TINGGI - Husniey Husain

Thursday, 5 April 2018

BAGAN DATUK; INDUSTRI AGRO PELANCONGAN BERPOTENSI TINGGI



Bagan Datuk secara rasminya telah menjadi sebuah daerah bagi negeri Perak, di kiri dan kanan semasa perjalanan dikelilingi dengan permandangan desa yang indah dan permai. Kelapa, ia merupakan buah yang menjadi simbolik Bagan Datuk. Raub terkenal dengan buah duriannya, manakala Sekinchan dan Kedah terkenal dengan padinya. Kelapa di Bagan Datuk popular dengan buahnya yang berkualiti tinggi dan antara yang terbaik di Malaysia sehinggakan dieksport ke luar negara. Industri agro pelancongan di Bagan Datuk terlihat berpotensi tinggi untuk lebih maju jaya.

Sehubungan dengan itu, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) memberi peluang kepada media, blogger, dan influencer untuk meninjau lebih lanjut potensi agro pelancongan di Bagan Datuk. 
MTC mengambil peluang ini untuk mempromosikan Bagan Datuk sebagai destinasi baru pelancongan. Sektor ini mempunyai potensi yang tinggi namun semua pihak harus memainkan peranan terutamanya warga Bagan Datuk

MITA TOURISM DAY  @ BAGAN DATUK




24 Mac 2018 baru-baru ini diadakan MITA TOURISM DAY dianjurkan oleh pihak Malaysia Inbound Travel Association (MITA) di Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Perak. 
Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Diraja Ahmad Zahid Hamidi. 


“Welcome to Bagan Datuk” itulah ucapan pertama Dato’ Seri kepada hadirin yang menghadiri majlis tersebut. Antara intipati yang menarik disampaikan oleh beliau ialah sebanyak RM 500,000 akan diluluskan kepada pihak persatuan yang ingin menaik taraf serta memajukan industri pelancongan di Bagan Datuk, juga insentif wang tunai sebanyak RM 100 bagi setiap seorang pelancong yang datang, ganjaran ini turut diberikan kepada penggendali dan penggiat industri pelancongan di Bagan Datuk dengan syarat pelancong yang datang adalah dari luar ASEAN




Selain  dari produk yang berasaskan agro, terdapat juga destinasi menarik yang wajib dilawati di Bagan Datuk antaranya ialah Blue Tears dan Sky Mirror, serta Pulau Sembilan. 
Destinasi ini pasti membuat pelancong yang datang terpukau dan jatuh cinta kerana kedamaian dan keindahannya yang semulajadi.

Seramai lebih 400 orang pengunjung dari kawasan sekitar Bagan Datuk yang turut hadir bersama di acara MITA Tourism Day ini. Turut memeriahkan lagi acara, kira-kira 30 usahawan mempromosikan kraftangan dan produk hasil kelapa kepada orang ramai.

Langkah bijak dibuat oleh pihak MTC kerana menganjurkan program Road To Agro Tourism bersama pihak media, influencer dan blogger wajar dipuji kerana berusaha mempromosikan serta mengembangkan sektor pelancongan agro di Bagan Datuk. Perubahan perlu dilakukan kerana semua pihak berpeluang memperolehi pendapatan lumayan melalui industri ini, kerana agro pelancongan kini semakin digemari oleh masyarakat bandar dan pelancong luar negara.

Trend terkini masyarakat di bandar dan pelancong dari luar negara gemar bercuti dan keluar daripada kesibukan kota untuk menikmati keindahan alam semulajadi sambil melakukan aktiviti menarik yang jarang dicuba mereka sebelum ini. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Bagan Datuk, nantikan entri seterusnya.


Sekian,
Husniey Husain

9 comments:

  1. Wah ada tempat menarik rupanya di Bagan Datuk ni. Tak jauh pun dari KL. Boleh lah plan ke sini pula. Tak sabar nak baca entri seterusnya.

    ReplyDelete
  2. Wahh.. best nya husniey dapat join trip pelancongan mcm ni.. mesti dapat belajar banyak benda baru kannn...

    ReplyDelete
  3. Bagusnya bila ada program seperti ini...memperkenalkan tempat-tempat menarik...secara tak langsung ianya dapat memperkenalkan satu-satu tempat menarik untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
  4. Bertuah husniey dapat berkunjung ke bagan dato.. Macam2 program ada dan pengalaman dapat tu

    ReplyDelete
  5. Perak ni byk tempat menarik selain Bagan Datuk..mmg best tgk aktiviti yg boleh diuat kt situ

    ReplyDelete
  6. wahhhh
    seronok lah lepas nih macam2 ada dkt Bagan Datuk

    ReplyDelete
  7. wow! menarik ni! inshaAllah akan berkunjung ke situ nanti

    ReplyDelete
  8. woww dah macam macam ada ya di bagan datuk nowadays.. tumpang happy..
    follow sini #301

    ReplyDelete
  9. Tak pernah ke sana lagi. One day maybe

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAlla, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com