Cool Things you can do with Huawei Honor 8 Pro - Husniey Husain

Monday, 16 April 2018

Cool Things you can do with Huawei Honor 8 Pro


Huawei kini semakin menempa namanya di Malaysia dan lain lain negara. Kali ini husniey nak berkongsi tentang Huawei Honor 8 pro, ia didatangi dengan dual camera dan dilengkapi pelbagai ciri ciri khas yang menarik.
Antara ciri ciri khas yang ada pada telefon Huawei Honor 8 pro ialah :



Camera Features 
Dual Camera : 12 MP, f/2.2, phase detection and laser autofocus, dual-LED dual-tone flash
Front Camera : 8MP, f 2.0, 1080P

Mode of Honor 8 Pro's Camera 



Pro photo
Pro video
Monochrome
AR Lens
3D Panorama
HDR
Night Shot
Time Lapse
Slow Mo
Filters
Watermarks
Audio Note
Artist Mode 

Mode Wide Aperture membolehkan gambar anda terhasil dengan adanya kesan bokeh dan subjek akan terlihat lebih menyerlah. Paling husniey suka setelah snap gambar menggunakan mode ini kita boleh edit dan letakkan semula kesan blur di kawasan yang diingini

Lain lain mode yang ada Mode Moving pictures dan Potrait Mode. Potrait mode dicadangkan gambar ingin diambil perlu jarak 0.5 sehingga 2 meter. Barulah anda dapat lihat kesan bokeh pada gambar.  Sesuai untuk mengambil gambar imej orang. Terdapat banyak lagi mode yang boleh digunakan.
Lihat pada gambar yang husniey selitkan

CONTOH GAMBAR YANG DIAMBIL MENGGUNAKAN HUAWEI HONOR 8 PRO

Gambar Mode Wide Aperture


Nampak kesan blur di tepi :')

fokus pada buah ~


Gambar Selfie mempunyai kesan bokeh juga jika mengaktifkan mode Bokeh,
boleh gunakan beauty mode, juga boleh adjustkan level beauty tersebut ikut kesesuaian



Gambar Permandangan Indah




Penggunaan Bateri Honor 8 Pro

Menggunakan ia sejak Februari lalu, husniey sangat berpuas hati dengan prestasi penggunaan baterinya. Terdapat power saving mode, ultra saving mode. 
Jika anda menghidupkan mode ini, penggunaan telefon akan bertahan lebih lama.
Lebih 10 jam penggunaan seharian. Oh ya turut hadir dengan keistimewaan 
fast charging. Dalam masa setengah jam dah naik 50% bateri dari 10%

Catatan Penggunaan Bateri

13 Februari 2018 jam 8.15 PM (Bateri penuh 100%)
14 Februari 2018 jam 3.00 PM (Bateri tinggal 36%,
masih boleh digunakan sehingga beberapa jam lagi jika aktifkan power saving mode)


Aktiviti yang dilakukan menggunakan telefon ini 
- Scroll media sosial 
- Mengambil gambar dan video 
- Menonton cerita selama 2-3 jam
- Menaip entri blog
- Edit gambar-gambar
- Update story di media sosial 
dan pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang penggunaan seharian telefon ini


Phone features 
Battery - 4000 MAH 
EMUI Version - 8 
Android Version - Android 8.0
CPU - Hisilicon Kirin 960 
RAM - 6 GB 
Phone Storage - 64 GB 
Resolution - 1440 x 2560 (5.7 inci panjangnya)

klik pada gambar untuk melihat dengan jelas

Tools yang tersedia di dalam telefon ini;

SCREEN RECORDING
ini paling favourite, dah tak perlu nak install aplikasi lainnya dari play store. 
Hanya perlu akses terus di bahagian notification bar


Torch Light, Mirror, Compass. Selain itu ada juga ciri khas terkini bagi telefon yang premium mesti dah ada fungsi sama ni juga iaitu Smart Controller, ia membantu anda mengawal remote control TV di rumah menggunakan telefon. Smart controller ini bukan sahaja dapat menjadi alat kawalan TV sahaja, ia juga boleh mengawal suhu penghawa dingin dan pelbagai lagi alatan elektronik. Menarik bukan? Ada lagi yang best, iaitu fingerprint. Fingerprint bukan sahaja shortcut untuk buka password di telefon, tapi anda juga boleh browse photo album, check notifcation bar, close alarm clock

Aplikasi Music, husniey suka sangat sebab ada Timer
Ini akan menjimatkan penggunaan bateri. Canggih betul telefon sekarang ni ya?
Contohnya waktu tidur husniey selalu pasang zikir dan akan menggunakan fungsi ini untuk menetapkan masa off the music setelah 1 jam


Macam mana pula dengan Sound muzik? Sound kuat, sedap didengar.
Pernah sekali husniey memainkan lagu di telefon, adik husniey dari jauh bebel sambil datang mendekat lepas tu dengan yakinnya beritahu kita ni, bunyi bestkan bila pasang lagu dekat Speaker..  Husniey pun menjelaskan, "mana ada guna speaker ni haa along pasang kot telefon je"๐Ÿ˜‚ Masa tu kebetulan duk mengadap laptop duk siapkan kerja.

Apliikasi Heatlh, ini juga turut sudah tersedia di dalam telefon. Husniey suka sebab bolehlah sedarkan diri untuk bersenam dan jaga kesihatan diri. Setiap hari telefon ini akan merekod jumlah anda berjalan kaki, dan turut disediakan kemudahan gps untuk anda berlari atau marathon

Harga Huawei Honor 8 Pro yang husniey beli ini pada Februari 2018 yang lalu
RM 1,750. Setakat ni this is best phone for me!
Ini jenama Huawei yang kedua husniey gunakan.
Pernah berpengalaman menggunakan jenama Oppo, Lenovo, Samsung dan awal tahun baru-baru ini suami menggunakan telefon Mi A1.
Really love gadgets and I love to share with people about the phone I use

Cerita pasal kelebihan aje, mestilah nak tahu juga kekurangannya kan.
Ya, ada. Lebih banyak kelebihan dari kekurangan
Kekurangan Honor 8 Pro ni, butang screen lock / power off terletak ke bawah sangat, banyak kali juga jadi bila minta tolong orang ambilkan gambar mesti tersilap tekan butang tu, then phone locked ๐Ÿ˜‚

Dan kelemahan kedua, gambar yang terhasil memang kebanyakan cantik dan menarik,
tapi ada juga kelemahannya iaitu 'warnanya terkadang terlalu terang'.
Kena pandai adjust mode atau alihkan butang fokus tu ke arah lain..
Itu saja rasanya kelemahan yang ada buat husniey rasa menyampah sikit jelah, hahaa Overall very good, really in love with the phone system ~
Harapnya boleh berubah if update new version (gambar too bright tulah)

nah layan video, ada screen record, contoh video dari telefon  :)


Baca sini juga artikel berkaitan

Semoga bermanfaat ya, klik share jika post ini membantu. Terima kasih 

10 comments:

  1. Ramai yanh dah beralih ke huawei. Teringin juga tp baru beli hp last year. So berhuhu je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, takpe Ana ini bukan kepentingan pun.. Kalau mampu bolehlah beli lagi.. takpun nanti trade in je,, heee

      Delete
  2. Mai guna Honor 7 tu pun dah puas hati, hehe. Memang rasa Huawei paling awesome setakat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honor 7 pun best.. Memula haritu teringin jugak Honor 7x murah je tapi berbaloi

      Delete
  3. Hoh!! tlg laaaa jgn pengaruhi dakuuu.. tulonnnnn.. Haha.. lawo molek gambo.. adoiiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bawa bertenang sis lea.. Takpe phone apa pun yang penting skills

      Delete
  4. tetiba rasa tangan gatal...aihhh....hp udah usia masuk 3thun niii...macam menarik jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama jugak dah tu cikmari.. Dah boleh dah tu usha phone lain hehe

      Delete
  5. mmg ramai feedback ckp huawei bagus.. busyra ja belum beralih ni. hehe. maybe lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huawei okay, buatannya yang berkualiti.. Husniey suka system dia details sangat

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com