Google Photos | How to Share your Original Format/Size Photos to Others People - Husniey Husain

Monday, 30 April 2018

Google Photos | How to Share your Original Format/Size Photos to Others People


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog. Harini merupakan hari terakhir bagi bulan April, esok 1 Mei cuti hari pekerja pula kan? Husniey mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja dan bercuti 😎

Harini husniey ada sedikit ruang masa untuk menulis di blog, cuma nak berkongsi bagaimana caranya berkongsi gambar (yang asal dari telefon kita kepada orang lain). Bila anda berkongsi gambar melalui aplikasi Whatsapp gambar tu menjadi kurang cantik, tak seperti gambar asalnya. Mesti rasa tak puashati dan terdetik di hati "eh masa ambil gambar tadi sharp comel je bila tengok di telefon kita tak menjadi pulak kan?" Haha okay inilah penyelesaiannya 


Yelah husniey faham, anda semua nak mudah,  itu sebab berkongsi di whatsapp aje kan.. 
Ini antara pilihan lain selain anda berkongsi gambar di whatsapp. Baca sampai habis langkah demi langkah yang husniey kongsikan dibawah ini

Step by Step Share your Original Format/Size Photos to Others People (Using Google Photos) 

Aplikasi Google Photos 


1) Buka aplikasi Google Photos di telefon, biasanya telefon android sedia ada satu folder macam atas ni kan. So gunakanlah ia sebaik mungkin jangan biar ia tersadai sepi πŸ˜‚
Klik pada Sharing

Klik start new share

2) Okay, nah bila dah masuk ke aplikasi Google Photos, lihat dibawahnya. 
Barisan tu ada photos, albums, assistant, dan sharing. Klik pada Sharing, kemudian klik pula Start A New Share 


Select Photos

3) Select Photos You Want To Share. 
Suka hatilah nak pilih berapa banyak sekali pun. 10 keping, 100 keping gambar ke atas juga masih dibolehkan. Selesai pilih gambar, klik NEXT 


4) Isikan maklumat ditempat kosong 

To: Alamat Email Penerima (Boleh isi sehingga beberapa orang) 
Title: Letakkan tajuk yang berkaitan dengan gambar. Contoh gambar dikongsikan semasa anda bercuti ke Krabi. So letaklah tajuk album tu; Travel to Krabi 2018. Sudah selesai? klik SEND


5) Uploading. Haa ada pesanan ringkas dari husniey. Sila gunakan internet yang berkelajuan tinggi so cepatlah sikit selesai nak upload photos tu πŸ˜‚. 
Pergilah kunjungi KFC, MCD atau lepak dimana yang ada Public WiFi yang laju, hehehe. Cadangan lain, upload lah sedikit demi sedikit jangan sekaligus ya 

Contoh photos album yang dikongsikan oleh Tuan suami kepada akaun google husniey ~

6) Siap upload penerima akan dapat notifications di Email, klik pada View Album, dan buat sedikit tetapan dan sudah selesai! So bolehlah penerima  download your photos direct from the albums.



Contoh gambar asal selepas di muat turun dari album di Google Photos 

Contoh gambar asal selepas di muat turun dari album di Google Photos

Gambar akan cun, sharp dan bersaiz asal.  Sebelum terlupa anda juga boleh tambahkan gambar yang anda inginkan pada album tersebut. Maksudnya walaupun anda bukan owner album tu, anda boleh tambahkan juga koleksi gambar berkaitan

Okay lah sampai di sini sahaja perkongsian husniey yang tak seberapa kali ini, jika terdapat cadangan lain dan pengalaman berkenaan yang husniey tuliskan ni, tuliskan diruangan komen, Husniey sangat alukan komen dari anda 

Terima kasih membaca perkongsian ini. Semoga bermanfaat ya! 😊

20 comments:

  1. Good sharing Husniey, baru Kak Sue tau. Boleh cuba nanti nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak sue..semoga bermanfaat ya 😍

      Delete
  2. kin pun dah lama guna Google Photo ni, serius mudah sangat nak share gambar dengan semua org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mudah je.. Hehe btw husniey baru tahu bulan lepas.. Baru explore.. πŸ˜‚

      Delete
  3. Baru tau ada cara lain. Selalu Ana Bluetooth je. Leceh dan slow. tq for sharing Husniey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bluetooth agak slow kan.. Lagilah kalau file tu bersaiz besar

      Delete
  4. Oo kalau iphone dia ad sharing airdrop. Cantik gambor tk jejas pixel. Hih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tahu ni, boleh lah husniey beritahu pada kawan2 yang guna iPhone.. Thank you kak yunieπŸ‘

      Delete
  5. Baru tau, selama ni mai guna facebook setting only me tu untuk transfer gambar untuk edit blog. hehe. Tp kualiti mmg drop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bijak juga cara Mai tu, so kita boleh share photos buat album kenangan secara rahsia disitu 😍 aah lah kan bila nak download gambar tu balik droplah..

      Delete
  6. Kalau dari Android ke iPhone camne ek? πŸ€”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tak pasti Siqah, maybe kot ada solusi contohnya install apps Google Photos or Google Drive di iphone

      Delete
  7. oh baru tahu boleh share mcm nie. tq sharing this info.

    Husni, if sudi . Jemput join GA Nadia . hihi . Thank you <3

    http://www.nadiaizzaty.com/2018/04/spring-duck-giveaway-by-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah senang nak share gambar berkualiti kan..
      InsyaAllah nanti husniey menyusul ya.. πŸ‘ŒπŸ˜

      Thank you jemput kita

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com