LHDNM Peka Terhadap Tanggungjawab Sosial

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Semalam husniey berpeluang menghadiri program tanggungjawab sosial yang diadakan oleh pihak Lembaga Has...


Assalamualaikum dan Selamat Pagi,
Semalam husniey berpeluang menghadiri program tanggungjawab sosial yang diadakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (Cawangan Kuala Terengganu)

Dipanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar dan dengan adanya program sebegini kita akan lebih membuka mata dan minda tentang fungsi jabatan ini dan lebih jelas menyedari tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia

Sempat bergambar bersama tetamu kehormat juga Blogger jemputan lainnya, Blogger Sis Gee dan Sis Awa


LHDNM TERUS LAKSANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL


Setiu, 25 April 2018 – Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) diteruskan dengan penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu iaitu :

1.    Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Penarek
2.    Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Langkap
3.    Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Sungai Tong
4.    Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Putera Jaya
5.    Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Guntong
Pelajar sekolah bergambar kenangan-kenangan

Program ini diadakan di Laman Seri Rhu 10, Setiu, telah disempurnakan oleh
Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu.

Turut hadir sama dalam majlis ini ialah 
Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat.

Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”.

Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Sebagai rekod, pada tahun ini sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, diikuti dengan Penyerahan Sumbangan Cermin
Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di  kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan, seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah, penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini


Gambar 1 : Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu
(dua dari kiri),  Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM (satu dari kiri), Puan Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu (dua dari kanan), Encik Mohamad Rosli Mamat, Timbalan
Pengarah Cawangan LHDNM Kuala Terengganu (satu dari kanan) semasa  merasmikan Program Tanggungjawab Sosial LHDNM Bil 6/2018



Gambar 2: Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat



Gambar 3: Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan di Kaunter Hasil 4U yang dibuka khas bersempena dengan Program Tanggungjawab Sosial LHDNM Bil 6/2018 

You Might Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah..moga sumbangan yang diterima memberi sebaik-baiknya manfaat..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. tahniah LHDNM atas program CSR yang di jalankan. semoga bermanfaat buat semua yang menerima.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    bagus-bagus LHDNM

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.