Tempat Menarik Yang Dilawati di Bagan Datuk, Perak (2) - Husniey Husain

Friday, 13 April 2018

Tempat Menarik Yang Dilawati di Bagan Datuk, Perak (2)


Bersambung cerita tempat menarik yang dilawati di Bagan Datuk (2

Baca tempat menarik yang dah dilawati 
klik bawah ini 


7) JETI BAGAN SUNGAI BURUNG



Setelah itu lawatan bersambung ke Bagan Sungai Burung, melihat perkampungan nelayan tempatan,disini kampung nelayan terdiri dari kaum cina. Merupakan jeti untuk ke Sky Mirror, Blue Tears atau Pulau Sembilan. Untuk ke tempat menarik seperti yang dinyatakan perlu menaiki bot dan ia mengambil masa beberapa minit, ada juga pakej lengkap yang disediakan siap dengan makan. Anda boleh cuba google maklumat lanjut ya 
Jom layan gambar.. Indah permai permandangan di jeti ini





Warna warni hariku..
Gituu tau, acah candid padahal gambar tak bebetul sedia lagi
tapi macam okay je kan hihi

Bot bot nelayan ~


8) BAGAN DATUK WATERFRONT

Cantik


Bagan Datuk Waterfront 

Ini tempat wajib korang datang kalau ke sini. Ini merupakan lokasi lawatan terakhir ketika kami di Bagan Datuk. Suasana sunset disini sangatlah cantik! Tak puas mata ni memandangnya. Di Bagan Datuk Waterfront ini meriah dengan pengunjung yang datang bergambar, terdapat banyak spot cantik untuk photoshoot, kalau husniey berpeluang datang berkunjung ke Bagan Datuk lagi pasti akan datang sini lagi sebab banyak
food street dijual dan kawasan ini meriah dengan pelbagai aktiviti.


Basikal untuk kanak-kanak boleh disewa 


Lawa kan view? Layan sunset kat sini pun best


9) BETING BERAS BASAH, BAGAN DATUK


Beting Beras Basah merupakan tempat yang bersejarah dan telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah 1. Ini merupakan tempat wajib untuk istiadat pertabalan. Raja perempuan juga harus melakukan istiadat disini. Ianya terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datuk. Beting Beras Basah boleh dilihat ketika air Sungai Perak surut dan akan tenggelam semasa waktu air pasang. Cantik suasana disini ketika matahari hampir terbenam 

Tempat ini juga dianggap keramat oleh penduduk kampung kerana banyak peristiwa aneh yang berlaku.Kalau anda berkunjung ke sini sila jaga tingkah laku dan tutur kata anda ya :)



Suasana ~

Suasana di Beting Beras Basah 


Kita sudah berada di penghujung entri,
Husniey mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang menganjurkan Road To Agro Tourism iaitu Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) serta barisan penaja yang lainnya Malaysian Inbound Tourism Association (MITA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kraftangan Malaysia, FAMA, MARDI Bagan Datuk, Homestay Bagan Datuk, dan krew yang mana terlibat dalam menjayakan program agro pelancongan ini seronok mengenali kalian semua.
Terima kasih di atas peluang ini, sudah jatuh cinta dengan keindahan alam di Bagan Datuk!

Kalau rindu memangnya husniey layan lagu Bagan Datuk by Dato' M Daud Kilau,
Lirik Lagu Bagan Datuk:
Kalau teringat, teringat atuk rasa nak pulang ke Bagan Datuk 
Kalau teringat, teringat atuk jangan lupa pulang ke Bagan Datuk
Jemputlah sayang jemputlah masuk
Kasih kita tidak pernah lapuk, berpanjangan walau pernah merajuk..  
Kalau dah ingat pesanan atuk, pulanglah lekas ke Bagan Datuk,
Kalau dah rindu, rindukan atuk pulanglah pulang jangan merajuk
Resam budaya peninggalan atuk, berbaktilah di setiap pelusuk
dan tak lupa pulang ke Bagan Datuk

Altimet:
Kalaulah tuan berlayar jauh
bawakan balik sedikit udang, lega rasanya melabuh sauh
ke ganggang juga sirih kan pulang
Kalau saudara keluar kembara
Jauh jalannya jarak saujana 
Jemput singgah kami pelawa 
Orang sini alukan saudara


Terima lah video di Bagan Datuk
Terlupa nak upload di Youtube Channel, lepas tu dah terdelete video yang sudah diedit itu
so tengok kat instagram jelah ya :)
Semoga entri ini bermanfaat 



13 comments:

  1. menarik! i like PERAK..walaupon bukan penduduk disitu..huhu.Perak ni macam ada satu tarikan yang memanggil.. Nanti nak carilahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak Ina..

      Perak dah memanggil manggil kak ina nampaknya.. Hehee
      Jom cuti cuti Perak ๐Ÿ˜

      Delete
  2. Replies
    1. Best Rabia..
      Bercuti dan sambil bekerja ๐Ÿ˜‚

      Delete
  3. syok giler!!! bestnya kalau dapat ikut huhu

    ReplyDelete
  4. Tak sangka banyak tempat menarik di Bagan Datuk. Tempat baru untuk orang ramai explore :D

    ReplyDelete
  5. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  6. seronoknya kalau dapat g sini

    ReplyDelete
  7. banyaknya tempat menarik!!Memang rugilah tak join ritu!!

    ReplyDelete
  8. Mirror sky tu macam menarik. Nak google more info lah pasal sky mirror ni.

    ReplyDelete
  9. opah akak ada kat banga datuk tapi asal la akak tak pernah jumpa tempat2 cantik nih kalau balik kampung.. hahahaha~

    ReplyDelete
  10. dekat perak mmg bnyk jgk tempat menarikk. best tngokkk. <3

    ReplyDelete
  11. menarik !!!

    Tak sabar nak baca travelogue Husni tentang Lombok <3

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com