Kempen Moodmojee Trail | Anchor Perkenalkan Menu Minuman Best Memikat Kalbu!

Tahukah anda, semua produk Anchor diperbuat dari New Zealand. Bukan hanya diimport ke Malaysia, malah diproses di New Zealand. Syarik...



Tahukah anda, semua produk Anchor diperbuat dari New Zealand. Bukan hanya diimport ke Malaysia, malah diproses di New Zealand. Syarikat Fonterra akan memastikan makanan yang mereka jual di pasaran mestilah BERKUALITI DAN HALAL. 2018 ini Anchor fokuskan kepada memperkenalkan minuman seperti kopi, tea, ice blendded. 

Personal chef dari syarikat Anchor sendiri yang mengeluarkan idea untuk menu minuman baharu. Anchor Food Professionals (AFP) jenama perkhidmatan makanan terkenal dunia dari New Zealand. Anchor juga bertindak sebagai sebuah perunding yang bergerak di belakang tabir dalam mengeluarkan produk dan citarasa baru buat para chef, bakers, perkhidmatan katering, hotel, restoran, kafe dan sebagainyaPihak AFP turut membantu perniagaan dalam setiap aspek merangkumi operasi, front-of-house presentation, penentuan harga dan promosi dalam memperkenalkan citarasa dan menu baru. Hebat AFP ni dalam memastikan perniagaan industri makanannya berjalan dengan baik 

Minuman Best Terbaru Direka khas oleh Anchor dan bekerjasama dengan beberapa premis perniagaan makanan bagi memperkenalkan produk mereka kepada industri makanan seperti hotel, restoran dan kafe



Terdapat tiga jenis minuman yang husniey berpeluang merasai ketika majlis berlangsung di Overstepped Cafe Taman Sejati Indah, Sungai Petani dan Overstepped Perdana Heights. 



Ketiga minuman ini husniey yakin akan menjadi kegemaran rakyat Malaysia, minuman pertama yang husniey dan rakan Blogger mencuba ialah Kayanika Fusion. Dalam Kayanika Fusion ini lapisan ia dibuat daripada kaya tradisional, gula melaka, ada pulut juga kacang merah. Serius best! Macam cendol pun ye. Menggunakan produk Anchor Whipping Cream, Untuk makluman menu ini direka khas oleh Chef Firuz. 


Lemon Mint Meringue, ia kaya dengan rasa lemon mint dan dikisar bersama ice blended vanila, dihiaskan dengan fresh meringue. Ini juga minuman yang husniey suka, siap ada biskut lemon kat atas tu.. Sedap sungguh rasa yang rangup dan meringue tu seperti cair kat dalam mulut. Tak muak pun, ia juga menggunakan Anchor Whipping Cream dan menu ini turut direka oleh Chef Firuz.


Jangan pandang serong pada minuman White Chocoffee, ia juga minuman yang terbaik pernah husniey rasai. Dikisar rapi bersama white coffee serta digabungkan bersama coklat juga peanut butter. Minuman ini menawarkan ada rasa kekacang dan juga coklat. Memang menarik gabungan yang terdapat dalam minuman White Chocoffee ini. Ia direka oleh Chef Ichiro. Produk Anchor yang digunakan dalam minuman ini ialah Full Cream, Cream Cheese, serta Whipping Cream.

Menarik bukan? Terus kecur air liur ini, rasa teruja ingin mencubanya lagi. Minuman menarik ini dijual di kafe Overstepped lokasi di Taman Sejati Indah dan cawangan Perdana Heights (Sungai Petani, Kedah). Kayanika Fusion, White Chocoffee, juga Lemon Mint Meringue dijual pada harga RM 16.90. Sambil syok  anda layan minum ini boleh juga upload di instagram, sebab comel sangat! Anda semua jangan lupa rasai kelazatan minuman direka khas oleh Chef Anchor sendiri ini di premis terpilih. 


SENARAI CAFE & RESTORAN KERJASAMA DENGAN ANCHOR | MOODMOJEE CREAMLICICOUS BEVERAGES 

SELANGOR
  • Choon Guan Coffee Shop [Lorong Amarasegara, Kawasan 12, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor] 
  • Gafe Kafe [63, Jalan Semenyih Sentral 5, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih]
JOHOR
  • Love Tea F&B [No. 1206, Jalan Kasturi, 36/45 Indahpura, 81000 Kulai Johor]
  • Living Room [Plaza Mentari Sun City G-03 Jalan Kuning, Taman Pelangi Johor Bahru]
MELAKA
  • Cofeology Cafe & Restaurant [Shop Lot No 23, Ixora Apartment, Bukit Beruang, Melaka
KEDAH 
  • La Taste [Taman Gurun Jaya, Gurun & Taman Pekan Baru Sungai Petani] 
  • Overstepped Cafe [Taman Sejati Indah & Perdana Heights Sungai Petani]
PENANG 
  • Lavish Fusion Bakery  Georgetown 
  • Hive by Love a Loaf Bayan Lepas 
  • La Taste Butterworth 
PERAK 
  • Family Confectionery Kampar Perak 
  • Baker's Hut Seri Manjung, Perak 
SABAH 
  • Delight Factory [Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah]
  • Chubs Grill [Jalan Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu Sabah] 
  • Chiu's Cafe [Kampung Kepayan, Kota Kinabalu Sabah] 
  • Luck Bean [Taman Southern, Kota Kinabalu Sabah] 

You Might Also Like

14 comments

  1. Ya Allah...geram je tengok...semua nampak sedap ni..

    ReplyDelete
  2. sedapnyo... terngiang-nginag lg rasa kat anak tekak... hehe

    ReplyDelete
  3. manis je Husniey senyum..sm macam air

    ReplyDelete
  4. best awareness macam ni. sebab mek tahu anchor tu mentega je

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...hingga meerkats, minuman penuh berkrim..dah cuba rasa nk lg

    ReplyDelete
  6. Teringat-ingat air ni husniey. Nak minum lagi la nanti

    ReplyDelete
  7. MashaAllah those drinks looks soooo good! Nak cuba tapi area yang ada kat KL ni jauh dari kawasan.. hahaha

    ReplyDelete
  8. sedapnya husniey macam x nak minum jerr hii kat kelate x dop plok

    ReplyDelete
  9. Menarik dan terliur betul tengoknye.. Perfect sangat nampak chef menghidangkan.. Yummy

    ReplyDelete
  10. Tu diaa mcm2 dia letak kat air Tu sedapnya

    ReplyDelete
  11. Tak sangka anchor ada buat keluar minuman pulak setahu cik ash jenama anchor yg cik ash tahu cheese, wriping cream tu..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya nampak..biasa beli mentega je pun brand anchor ni, baru tau buat air jugak..

    ReplyDelete
  13. sedap minuman tu cuma di kelate blom ada cawangannya...

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.