Ipoh
McDonald's
Reviews
Tempat Makan
Travel
Kejayaan Pengurus Besar Restoran McDonald's Meru Raya & Santai Bersama Rakan Blogger
12/26/2018 06:00:00 pm
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Moga akhir tahun 2018 ini baik baik saja. Sebelum husniey berkongsi lebih lanjut kisah bersantai di Mcdonald's Meru Raya, ingin berkongsi tentang kejayaan seorang lelaki biasa yang cuma pendidikan SPM tapi sekarang dah ada kerjaya yang dibanggakan. Kisah yang husniey ingin kongsikan ini mengenai Pengurus Besar Restoran Mcdonald’s Meru Raya Ipoh, dikenali sebagai Encik Azhar. Sudah 18 tahun bekerja di McDonald's, dan masuk 2018 ini merupakan tahun ke 5 beliau menjadi Pengurus Besar Restoran McDonald's Meru Raya.
Jujurnya husniey ingin akui, betullah persekitaran restoran Mcdonald’s lebih tenang dan staf mereka telah dilatih menjadi seorang yang professional, berbanding jika pergi makan di restoran fast food lain, kat restoran fast food lain staf buat kerja acuh tak acuh. Ye ini kisah benar. Krew Mcdonald’s sering tak lokek senyuman dan nampak tetap ceria bila berdepan dengan karenah pelanggan. Alhamdulilah ketika di Ipoh husniey dan rakan-rakan Blogger singgah di Mcdonald’s Meru Raya sebelum bermain di Taman Tema MAPS, itu yang berani husniey kongsikan disini tentang kejayaan Encik Azhar. Seronok dapat jumpa orang hebat ambil aura positif dan dengarkan kisah kejayaan beliau.
Menu makan tengahari di Mcdonald’s Meru Raya bagi yang dewasa adalah Burger GCB, ni memang sedap dan merupakan burger kegemaran husniey. Gembira betul kanak-kanak menjamu selera dengan set happy meal. Tak merengek dah si cilik ni bila jumpa set happy meal bersama toys.
Bagi anda yang berada di kawasan Ipoh tak tahu dekat mana nak makan tengahari, sambil makan lepas tu nak bincang tentang kerja ke. Haa baik masukkan Mcdonald’s Meru Raya ini dalam list tau. Suasananya santai, premis ini dua tingkat boleh pilih nak duduk lepak di bahagian mana pun yang anda suka. Layanan terbaik, cepat je buat kerja. Suka betul husniey lihat reka bentuk cawangan ni, serius cantik dan boleh dikatakan sebagai tempat makan best di Meru.
- Nama penuh : Mohd Azharmarudin Bin Che Aruh
- Umur: 35 tahun
- Status perkahwinan: Berkahwin
- Jumlah anak: 1
- Tahap pendidikan: SPM
Encik Azhar Pengurus Besar McDonald Meru Raya |
Semangat Encik Azhar Untuk Terus Berjaya
Untuk pengetahuan kalian, beliau bermula dari bawah bekerja sebagai krew restoran sahaja, dan kini berjaya memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Restoran. Dengan pelbagai peluang pembangunan diri yang ada di McDonald's, kenangan manis adalah apabila beliau mendapat kenaikan pangkat sebagai Pengurus pada usia yang masih muda dan kemudiannya terus menaiki tangga kerjaya sebagai Pengurus Besar Restoran. Alhamdulilah berbaloi usaha Encik Azhar selama ini. Tidak menyangka dari seorang budak lepasan SPM yang tak tahu apa-apa, kini mampu mengetuai dan menguruskan sebuah pasukan seperti sekarang.Persekitaran Kerja Di McDonald's Yang Menyeronokkan Dan Suasana Positif
Encik Azhar memulakan pekerjaan di McDonald's selepas tamat SPM pada tahun 2000 sekadar suka-suka. Tapi mula jatuh cinta dengan McDonald's disebabkan persekitaran kerja yang positif dan peluang untuk meningkatkan kemahiran diri seterusnya mengembangkan kerjaya. Antara titik tolaknya adalah apabila beliau diberi peluang menyertai pertandingan yang diberi nama Crew Olimpic pada tahun 2001. Kemenangan beliau untuk McDonald's Zon Utara melayakkan beliau ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di McDonald's Seksyen 3, Shah Alam dan bertembung dengan lebih ramai peserta dari McDonald's seluruh negara dan beliau telah memenangi tempat pertama bagi kategori lobi pada Crew Olimpic 2001. Bak kata perumpamaan Usaha Itu Tangga Kejayaan
Suasana dalam restoran McDonald's Meru Raya |
Sesuai untuk sambut birthday atau jamuan bersama rakan-rakan kerja
Menu makan tengahari di Mcdonald’s Meru Raya bagi yang dewasa adalah Burger GCB, ni memang sedap dan merupakan burger kegemaran husniey. Gembira betul kanak-kanak menjamu selera dengan set happy meal. Tak merengek dah si cilik ni bila jumpa set happy meal bersama toys.
Ceria semua si cilik. Husniey bergambar bersama anak blogger Shalimar Yusof.
Adik Nur yang ceria bila dapat makan set happy meal.
Adik Nur yang ceria bila dapat makan set happy meal.
Burger GCB with Fries must try 🍔
Restoran yang selesa. Besar keluasan restoran ini. |
Kenangan tercipta |
Sebelum terlupa husniey dan rakan-rakan diajak melawat ke kawasan dapur, tak percaya rasanya mata ni melihat pelbagai jenis alatan dan mesin untuk memasak, menyediakan dan menyimpan stok. Yang pasti bahan-bahan makanan disimpan kemas bersih dan ia HALAL anda tak perlu khuatir. Alhamdulilah untuk pengalaman best ini. Thank you Mcdonald’s Meru Raya! Anda semua jangan lupa masukkan McDonald’s Meru Raya ini dalam list ye
11 comments
Berjaya tidak diukur pada tahap pendidikan semata-matakan Husniey..ada nilai tambah lainnya menyokong seseorang itu boleh berjaya dalam bidang masing-masing.
ReplyDeletePendidikan tu extra point je. Yang paling penting usaha dan attitude. Tahniah En Azhar atas kejayaan yang dicapai.
ReplyDeleteTahniah untuk Encik azhar atas kejayaan sekarang ya
ReplyDeleteNak berjaya kena ada semangat yang membara. Memang best makan McD compare to yg lain. Tahniah untuk En.Azhar ni :)
ReplyDeleteAlhamdulillah kisas-kisah yang positif macam ni patut selalu diketengahkan
ReplyDeletegood one !
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah en.azhar atas segala kerja kerasnya. Bukan mudah nak berjaya
ReplyDeleteSebuah kisah bermotivasi
ReplyDeletebestnya muda muda jadi manager. hehe. tak give up start dari bawah, bagusss sangat!
ReplyDeleteAsalkan rajin dan kuat berusaha, tentu ada kejayaan menanti kan..
ReplyDeletesedapnyaaaa GCB..!!! kalo time GCB ada mesti nak p mekdi banyak kali hehe..
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.