Review Filem Best 2018 Robin Hood & Aquaman - Husniey Husain

Friday, 21 December 2018

Review Filem Best 2018 Robin Hood & Aquaman

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kalian semua.
Moga sihat hendaknya ya. Dah ke penghujung tahun 2018. Tak percaya rasanya cepat betul masa berlalu. Husniey mengambil peluang untuk menulis ulasan tentang movie yang dah ditonton di pawagam pada hujung tahun ini.

Sebenarnya memang kaki wayang sejak dua menjak Kuala Terengganu dah ada pawagam ini, hee. Sedia maklumlah kami laki bini masih berdua jadi kadangkala rasa bosan juga. Pun begitu, tetap tidak bosan mencintai suamikuu :P kbai sesekali buat entri santai manja begini kan. haha mesti gelak tuan suami baca ni nanti.


Sedikit Info & Sinopsis Filem Robin Hood

Filem Robin hood ini mula ditayangkan di pawagam pada 21 November di USA. Merupakan filem pengembaraan dan aksi dari US. Pengarahnya Otto Bathurst. Cerita ini best kerana lakonan, heronya Taron Egerton. Mesti korang pun pernah melihat lakonannya dalam filem The Kingsman Golden Circle pada tahun 2017 yang lepas. Kira hebat jugalah Taron ini boleh bawa watak lawak dan aksi. Filem ini berdurasi1 jam 56 minit. Tak bosan.


Watak Taron Engerton sebagai Robin Hood dalam filem ini sebagai seorang anak bangsawan, diajak menyertai pasukan tentera dan pergi berperang lalu berjumpa dengan Jamie Foxx (berlakon sebagai Little John aka Yahya ibnu umar nama islamnya dalam filem ini). Husniey suka part lakonan Jamie foxx ini mengenalkan diri dan beritahu nama islamnya. Kiranya dalam movie ini lakonan utama ialah Taron dan juga Jamie Foxx.

Tengok gambar pun dah tahu mesti best ni 


Jamie Foxx

Sinopsis ringkas ialah Robin Hood adalah seorang tentera salib yang kembali ke negaranya setelah berperang. Lalu dia dapat tahu bahawa gabenor negara dan orang berkuasa dalam negaranya itu korup dan kutip cukai terlalu mahal sehingga menyusahkan rakyat. Robin Hood jadi berniat menjatuhkan penguasa Inggeris yang berbuat korup dan tamak tu. Kira Robin Hood ini bekerjasama dengan Little John dalam memastikan keadilan tertegak.


Ulasan tentang filem Robin Hood

Filem ini membuatkan penonton terkesima dengan aksi-aksi watak utama ketika bertarung. Mereka bertempur dan bertarung dengan musuh hanya menggunakan alat memanah. Serius nampak seperti nyata, handal dan tangkas betul Robin hood memanah. Tak beli popcorn pun masih okay tak rasa bosan, hehe. Part husniey suka masa Robin Hood berlatih dengan Little John. Mereka berdua ini asalnya musuh. Little john ini tentera dari pihak musuh sewaktu berperang. Dia berpakat dengan Robin Hood untuk menjatuhkan pimpinan tertinggi inggeris kerana anaknya telah dibunuh semasa dalam tahanan. Jadi niat mereka serupa, marah pada pemimpin inggeris yang tamak. Dah nama pun filem omputeh kan, mestilah ada juga scene cintan cintun. Scene romantik masa minit mula start je.
TONTON TRAILER DISINI

Dari segi sudut islamik sikit, husniey suka nilai yang ada pada movie ni. Dalam islam sendiri mengajar kita sunnah untuk belajar memanah dan berkuda. Filem ini sedikit sebanyak buka minda husniey (oh macam inilah umat terdahulu berperang, tanpa senjata api). Perbuatan Robin hood yang mencuri duit kutipan cukai negara itu tidak patut diikut, tapi niatnya jelas. Sedih melihat rakyat negaranya susah. Ada beberapa lagi nilai murni,tapi dah lupa dah nak selit apa lagi. HAHA tengok tu nak tulis sangat ulasan tapi lupa. Rating bagi filem Robin Hood 4.5/5. Aksi bertarung, jalan cerita terbaik, ada nilai serta pengajaran.

Aquaman Filem Fantasi Menarik 2018

Filem Aquaman ini mengisahkan tentang kehidupan orang di darat yang berkahwin dengan orang yang hidup di dalam laut. Unikya filem ini sepenuhnya cerita berkaitan dengan filem antara orang darat dan laut. Sedang ditayangkan di pawagam bermula Disember 2018. Masa husniey tengok tu ramai jugalah penonton. Full house. Pendek cerita ada banyak genre dalam filem ini fantasi, aksi dan sains fiksyen.

Aquaman atau Arthur

Filem ini dilakonkan oleh Jason Momoa sebagai Arthur Curry dalam cerita ini. Kisah bermula apabila ayah Aquaman menyelamatkan Puteri Atlanna, puteri itu berasal dari kerajaan bawah air. Keduanya jatuh cinta lalu lahirlah anaknya Arthur (Aquaman). Arthur ini ada kuasa untuk berkomunikasi dengan kehidupan marin. Puteri Atlanna terpaksa meninggalkan anaknya arthur dan suaminya kembali ke Atlantis. Puteri Atlanna menyuruh penasihatnya Nuidis Vulko membimbing anaknya dalam seni pertahankan diri. Plot filem ini agak panjang dan juga part mencabar bagi Arthur (Aquaman). Diterimakah Aquaman ini menjadi Raja bagi kerajaan Atlantis sedangkan beliau ini adalah berketurunan campuran iaitu darat dan laut.

Ulasan Bagi Filem Aquaman 2018

Filem ini berdurasi 2 jam 22 minit, agak lama. Namun husniey suka walaupun minitnya panjang tapi best je. Jalan cerita okay. Permulaan filem ini ada juga part lawak bila mana ibu Aquaman tu baru je kenal ayahnya. Ibunya makan ikan dalam akuarium. HAHA dah ibunya itu bangsa laut dah biasa makan ikan jer. Nampak ikan emas dalam akuarium pun dia baham jela. Ayahnya siap pesan "jangan makan anjing saya yer".


Ibu Aquaman berasal dari kerajaan Atlantis dalam laut 


TONTON TRAILER DISINI

Part kedua suka masa Aquaman tu kecik lagi, dia dibuli dan diejek ketika melawat Aquaria. Ketika kawan-kawan dia ejek tu secara tiba-tiba ikan jerung marah dan siap rempuh cermin akuarium tu, nak beri amaran pada kanak-kanak yang ejek tu. Fuhh power laa. Kecil-kecil cilipadi. Part lain yang menarik, suka tengok masa dia selamatkan kapal selam, kapal selam diserang oleh sekumpulan lanun. Hebat betul cara dia bertarung. Lanun tu jadi bermusuh dengan Aquaman sebab dah bunuh ayahnya. So dia berpakatlah dengan kerajaan laut Atlantis untuk hapuskan Aquaman. Aquaman turut dibantu oleh Puteri Mera. Watak puteri ini kiranya heroin lah. Banyak bantu dia dalam menghadapi cabaran. Sebab orang Atlantis (di dalam laut) ni nak serang dia, dan juga mengamuk kepada orang darat. Siap macam ada kuasa ajaiblaa laut bergulung macam tsunami, gituu. Dah nama pun cerita fantasi kan. Best walaupun fantasi!

Husniey tak nak potong mood bagi yang belum menonton. So agaknya dapatkah Aquaman diterima menjadi raja bagi kerajaan atlantis? Nilai yang ada dalam filem ini ialah sikap Aquaman tu sendiri suka membantu orang yang di dalam kesusahan. Dia juga menyatakan tidak teringin dan tidak mahu memiliki takhta sebab rasa tak layak (walaupun dia sebenarnya raja yang sah, bukan adik tirinya yang sombong). Cerita ni macam okay untuk dilayan bersama keluarga tapi ada juga part romantik tu (pada minit permulaan filem). Sayu juga tengok ayah Aquaman setiap hari tunggu puteri Atlanna pulang di jeti tepi laut. Rating diberikan 4.2/5.

Semoga bermanfaat.. Jumpa lagi di lain entri. Terima kasih singgah baca disini! ๐Ÿ˜Š

11 comments:

  1. Aquaman macam best.. tah bila dapat masuk wayang lagi nih hahaha

    ReplyDelete
  2. Ramai yg recommend tengok Aquaman. Rasanya memang betul best lah kan hehehe

    lenne | blog

    ReplyDelete
  3. seronok tengok movie. lama tak tengok movie..
    nak tengok Mary Poppins nanti hehe..

    ReplyDelete
  4. Review kartun The Ralph tu tanak buat ke Husniey? Keluarga kitorang kena tengok kartun je kat panggung, kalau tak kakak asyik cakap bukan cerita dia je la..

    ReplyDelete
  5. Dua-dua nampak best la Husniey..

    ReplyDelete
  6. peeewit ucaptama untuk izzat tuu sweet tehh...huhuhuh...

    ReplyDelete
  7. Aquaman tu bila nak pergi tengok hahaha tak sempat lagi nak dating suka gak filem sains fiksyen ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com