Tampil Lebih Yakin Kulit Wajah Cantik, Mari Berkenalan Dengan Tera Skincare - Husniey Husain

Tuesday, 30 July 2019

Tampil Lebih Yakin Kulit Wajah Cantik, Mari Berkenalan Dengan Tera Skincare

Impikan Kulit Flawless Tanpa Cela Jerawat / Jeragat. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga baik-baik dan ceria selalu. Rutin penjagaan kulit semakin hari semakin dipandang serius oleh ramai orang. Ramai yang dah mula sedari bahawa penjagaan kulit wajah sangat penting bagi menaikkan semangat dan mestilah jadi yakin diri bila berurusan dengan orang lain ketika bekerja. Seronok bukan bila kita punya kulit yang sihat tanpa cela. Kali ini husniey berkenalan pula dengan Tera Skincare yang di dalam satu set penjagaan terdapa Carrot Soap, Soft Pearl Peeling Toner, Flawless Day Cream dan Stardust Night Cream. Mari kita lihat bahan-bahan yang terdapat dalam set Tera Skincare.


Kandungan Bahan Dan Keistimewaan Tera Skincare

Carrot Soap. Bahan – Bahan: Carrot, Daucus Carota, Glycerin.


Carrot Soap berfungsi sebagai pencuci yang dapat mencerahkan kulit,
mengecilkan pori, melambatkan penuaan kulit, memberi kesan anjal pada kulit wajah, mengekalkan kelembapan wajah, sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Cara menggunakannya; guna semasa mencuci muka waktu pagi dan malam, dua kali sehari.

Soft Pearl Peeling Toner. Bahan – Bahan: Aqua, Arbutin, Allatoin.


Merupakan peeling toner yang berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati, merangsang pertumbuhan kulit baru secara semulajadi dan juga meratakan tona kulit. Peel toner pula sapu nipis di bahagian bermasalah di kawasan yang ada jerawat dan jeragat. Pakai hanya bila perlu dan setelah selesai tempoh proses peeling.

Flawless Day Cream. Bahan – Bahan: Cera Alba, Carrot, Paraffinum Liquidum


Ini pula berfungsi untuk menegangkan kulit, melindungi kulit dari sinar UV berlebihan, mencegah kulit dari kering dan berminyak, malah ia turut boleh dijadikan sebagai makeup base. Haa menarik kan, boleh buat makeup base juga.

Stardust Night Cream. Bahan – Bahan: Glycerin, Arbutin, Aqua.
Membantu dalam mencerahkan dan memutihkan kulit wajah anda, memudarkan jeragat, menghapuskan jerawat, merawat kulit wajah dari dalam, mengecilkan pori, melicinkan kulit, menegangkan kulit dan anti penuaan. Pakai nipis sebelum tidur (mula menggunakan night cream ini apabila proses peeling selesai).

Istimewanya Tera Skincare

  • Membantu dalam masalah jeragat kronik
  • Masalah jerawat teruk dan bernanah
  • Merangsang pertumbuhan sel kulit baru 
  • Melindungi kulit daripada sinar UV berlebihan
  • Mengecilkan liang pori, whitehead, blackhead
  • Melicinkan dan mencerahkan kulit 
  • Kulit wajah berseri-seri dan anjal 
  • Mengembalikan keseimbangan PH  kulit dan mengelakkan kulit kusam

Cara Menggunakan Tera Skincare; Proses Peeling Langkah Asas Untuk Kulit Cantik

Sila beri perhatian kalian semua. Proses Peeling itu penting bagi membuang lapisan atas iaitu kulit mati yang sentiasa terhasil setiap minit. Pengumpulan sel sel kulit mati ini akan mengakibatkan lapisan kulit di luar kelihatan kusam dan tidak bermaya. Ia juga turut menyumbang kepada masalah umum kulit jerawat, jeragat, liang pori terbuka dan blackhead. Amatlah penting untuk mereka yang menjalani prosedur pengelupasan ini mengikut steps yang dinasihatkan dan tip penjagaan yang diberi agar sebarang komplikasi dapat dielakkan.


Untuk penggunaan hari pertama sehingga hari ketiga ialah tempoh masa permukaan kulit dibersihkan dan dikeringkan. Dalam tempoh ini juga kulit muka akan kusam, kering dan gelap, kerana proses permukaan atas kulit sedang dijalankan. Selepas pada hari ke 14, anda barulah boleh mula mengguna pakai Stardust Night Cream untuk membantu dan memberi effect lightening dan glowing. Hanya apply jika perlu sahaja dan dikawasan yang bermasalah.

Rumusan Dari Penulis 

Dalam memastikan produk skincare yang kita pilih itu terbaik, maka wajiblah kita lihat produk tersebut mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan atau tidak kan? Bawah ini husniey sertakan gambar berkaitan, boleh double check di laman web tau. Yang penting ia berdaftar dengan KKM dan mempunyai bahan yang selamat untuk pengguna. Dari carrot soap hingga ke stardust night cream.





Testimoni ☺️



Jemput menonton video di YouTube Channel husniey cara menggunakan Tera Skincare.. ๐Ÿ˜ 



Lega bila husniey melihat kesemuanya berdaftar dengan KKM. Pertama kali melihat produk Tera Skincare ini tersuka tanpa sengaja pada cara pembungkusannya, cantik betul.


Gabungan warna yang lembut, berwarna merah jambu memang mesti tiap wanita pasti akan suka bila melihatnya. Dari kotak hingga ke pembungkusan produk, kemas sungguh. Fungsi yang terdapat dalam Tera Skincare juga membantu anda punya kulit glowing, putih serta kulit tanpa cela. Itu sangatlah menarik hati. Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini sila layari instagram Tera Skincare.

Untuk maklumat lanjut sila layari 
Instagram | teraskincarehq 
No Tel: 019-2161708

5 comments:

  1. Betul la Husniey..cute je warna dan botol-botolnya.lebih menarik carrot tu..

    ReplyDelete
  2. masalah skrg ni kenapa product dye comel sgt!!!

    ReplyDelete
  3. comel packaging dia. carrot soap tu nampak best. mcm sabun dulu2 kan.

    ReplyDelete
  4. suka beli produk yang one pakej all in one
    senang.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com