October 2019 - Husniey Husain

Thursday, 17 October 2019

Jelajah Busan Korea Ke Gamcheon Culture Village Dan Penulis   Kongsikan Bagaimana Cara Dapatkan Busan Subway Pass PERCUMA!
17 October1 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Marilah kita mulakan kisah ke Busan. Husniey takkan menulis pendahuluan dengan panjang lebar, ingin terus straight to the point aje. Ke Busan 3 April check in dekat Haeundae. Lewat malam sampai, tak sempat berjalan pada hari ketibaan. Esoknya 4 April barulah kembara bermula.



Dari Haeundae nak ke Busan Station untuk tebus Busan Subway Pass. Haeundae menuju ke Busan Station boleh pilih untuk menaiki keretapi atau bas. Lebih suka memilih bas dekat menapak dari guesthouse kami. Lagi pula tak perlu naik turun tangga, jika di stesen keretapi memang WAJIB naik turun tangga yang keadaannya amat tinggi kurang sesuai kalau anda melancong bersama ibu bapa yang tua, anak-anak kecil masih pakai stroller.


Menuju ke Busan Station ingin ke pejabat KTO. Busan Subway Pass bernilai 5K won siapa tak mahu kan. Cara menebus pass itu juga mudah, hanya menunjukkan pass dan passport nanti akan ditukarkan ke dalam bentuk tiket. Tiket itulah boleh untuk menaiki train. Nilai 5K won di dalamnya sila gunakan sebaik mungkin ermm maksudnya sehingga habis amaun tersebut. Hanya sah untuk pengangkutan jenis keretapi jika bas lebih praktikal dengan kad TMoney. Busan Subway Pass ini sangat membantu, jimat tambang pengangkutan semasa di Busan. Sehingga ke hari akhir di Busan masih ada baki amaun.

Cara Mendapatkan Busan Subway Pass PERCUMA

Bagaimana Mendapatkan Busan Subway Pass PERCUMA? Mesti tertanyakan. Untuk makluman korang ia boleh didapati secara percuma dengan cara yang mudah. Hanya perlu menjawab survey di laman sesawang Korean Tourism Organization (KTO). Masa menjawab survey pastikan anda sudah pun mempunyai tiket penerbangan ke Korea Selatan, itu antara syaratnya lah. Hanya untuk Malaysian Travellers. Boleh baca syarat-syarat di laman sesawang KTO. Bukan hanya dapat Busan Subway Pass tau, malah turut diberikan beberapa kupon diskaun.


Banyak kupon diskaun untuk anda yang nak masuk ke tempat menarik, ingin memakai pakaian tradisional Korea dan lain-lain aktiviti. Turut diberikan secara percuma kad TMoney. Kad TMoney itu memang perlu untuk bayar tambang pengangkutan macam Touch N Go fungsinya. Tmoney itu turut dijual tapi macam rugilah kan jika dibeli. Okay done cerita pasal Busan Subway Pass ini nanti husniey akan tulis selanjutnya bila gunakannya.

Gamcheon Culture Village Busan, Berbukit Permandangan Unik 

Untuk pergi ke Gamcheon ini tidak ada subway yang cover. Kalau anda lihat di Google maps sekali pun akan keluar pilihan seperti menaiki subway sampai kat tempat mana-mana kena naik bas juga akhirnya. So pilihan tepat adalah terus menaiki bas sehingga ke destinasi. Sebelum itu tak yakin, kemudian tanyalah sepatah dua kata dari penduduk tempatan. Mereka cakap memang kena naik bas.



Berdepan dengan Busan Station ada bus stop, bas berwarna biru nombor 87 setiap tujuh minit bas akan ada disitu. Tiket bas 1200 won bila imbas kad Tmoney. Perjalanan nak ke Gamcheon menaiki bas memakan masa kurang 30 minit. Kena alert nama hentian yang sepatutnya kita berhenti. Ada 10 hentian, turun di Yangseong Store. Kemudian berjalan kaki 5 minit lebih ke dalam kawasan itu. Kawasan berbukit memang semput sikitlah, masa nak balik okay turun bukit.

Dari jauh dah nampak bunga bungaan ๐Ÿ˜



Bila dah sampai dekat kawasan pintu masuk dah teruja, cantik kawasan itu. Nampaklah banyak bebunga di bukit. INDAH SUNGGUH. Bangunan dekat situ nampak macam dah lama tapi masih indah di pandang. Husniey dan tuan suami, serta adik tersalah jalan tetiba masuk perkarangan sekolah, haha naik jejantas turun balik ke bawah. Tapi yang bestnya kami dapat view indah bila dekat atas jejantas. Suka betul hidden gems macam ni.






Masuk dekat dalam kawasan Gamcheon Culture Village perkara kami buat ialah mencari sumber minuman, makanan. Hahaa lapar dan dahaga bila dah jenuh berjalan kaki menapak ke atas itu lebih 500 meter.


Hotteok Sedap! 

Singgah satu gerai, beli Hotteok iaitu Korean Pancake serius sedap teringat – ingat rasanya. Husniey pilih Cheese Korean Pancake berharga 2,500 won adik pula mencuba Hotteok jenis Sweet Rice and Sesame seed yang itu harganya 1,500 won sahaja. Keduanya sedap. Yang jenis cheese, memang padu betul rasa dia. Macam tak cukup je beli satu! Sambil duduk di bangku, melayan view indah tengok gelagat orang. Nikmat betul suhu pula sejuk berangin cuaca cerah. Dalam hati terdetik "Cantiknya Busan".


❤️

Susah nak ambil gambar dekat sini, ramai orang. Kena pepandai la cari sudut. 

Setiap ceruk kawasan nampak unik, cantik. Ada juga port bergambar yang sentiasa penuh orang beratur, malaslah nak bazir masa. Haa coffee shop kat dalam Gamcheon juga ada view indah. Geram je tengok. Bagi yang nak membeli cenderamata ada banyak kedai menjual pelbagai jenis cenderamata. Sudu besi, chopstick, fridge magnet, poskad cantik-cantik.



Paling suka.. Warna warni, bersih je bangunan dekat sini. Boleh tengok atap tu


Bunga cherry blossom berwarna pink boleh dilihat dari jauh dekat sekitar situ. Kiranya waktu terbaik untuk layan cherry blossom di Busan ialah pada awal April. Sebelah Busan lebih awal bunga mekar (full bloom) berbanding di Seoul. Seoul pada pertengahan April.


๐Ÿ’

Rose berbentuk bulat. Comel 

Malam itu kami sambung jalan-jalan di area Haeundae, tengok apa yang menarik di Pasar Haeundae. Beli bahan basah. Lepas dah beli bahan nak masak, singgah ke pasaraya tengok ada buah strawberi.



Terliur tengok saiz dia, dengan warnanya nampak merah ranum. Ternyata memang sedap manis sungguh. Dalam perjalanan balik ke guesthouse, lalu dekat pekan Haeundae tu ada persembahan water dance. Pada mulanya ingatkan area situ ada paip bocor ke apalah kan, haha. Sekali keluar muzik serta dengan lagu Korea yang rancak, air tu berjoget menari nari, hahaa cantik weh.

Kos Perbelanjaan 4 April 2019 | Busan 

Day 5
✓Haeundae beach - busan station = 1700+1700won (bas 1003)
✓ Topup TMoney - 5k won CU mart
✓Busan STT - gamcheon = 1200+1200k won (Bas no 87)
✓ Beli makan & minuman - 7k won @ gamcheon village
✓ Souvenir @ gamcheon - 6k won
✓ Gamcheon village - busan STT = 1200+1200won (bas no 87)
✓ Naik subway guna pass ke haundae beach
✓Gmart 5300won
✓ Daiso 2k won
✓Haeundae market beli udang - 10k won


Okay rasanya cukup buat masa ini entri explore Busan, nanti akan bersambung lagi sharing ke tempat menarik lain. Macam dah panjang sangat ni, payah kang korang nak hadam semua info penting di atas. Nak tanya apa-apa yang berkaitan boleh email di husnieyg@gmail.com. Semoga bermanfaat ya!

Love,
Husniey Husain
Reading Time:

Saturday, 12 October 2019

Max Health; Tongkat Ali Essence Baik Untuk Kesihatan Lelaki
12 October 4 Comments

Perkenalkan Produk Tongkat Ali Essence Baik Untuk Kesihatan Lelaki | Dengan slogan "Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik", Matxi Corp sentiasa berusaha untuk membekalkan kehidupan lebih baik dan membawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan.




Matxi Corp sentiasa bermatlamat untuk kepentingan terbaik untuk pelanggan, komuniti rakan kongsi dan pelabur. Perkenalkan beberapa jenis produk kesihatan yang dikeluarkan oleh Matxi Corp iaitu; Max X Collagen, Tongkat Ali Essence, Weight Loss Support. Tapi kali ini husniey nak berkongsi tentang produk Tongkat Ali Essence. Suami dah mencubanya, dia suka. Nice packaging, good product! Kandungan bahan yang terbaik khusus untuk kesihatan lelaki.

Fungsi Tongkat Ali Essence 

Sangat sesuai untuk lelaki yang ingin tingkatkan prestasi
Menaikkan hormon testotsteron dan kekal bertenaga sepanjang hari

Tongkat Ali Essence Meningkatkan Prestasi Lelaki 

Tongkat Ali Essence terdapat ekstrak ratio (100:1) dihasilkan dari bahan semulajadi iaitu buah Mulberi, paling terbaik produk ini bebas dari bahan kimia. Pilihan ramuan untuk Tongkat Ali Essence dari bahan-bahan yang terbaik iaitu Tongkat Ali Extract, Greengage Plum Enzyme, Mulberry Enzyme, Isomalto Oligosaccharides.

Fungsi Bahan-Bahan Yang Terdapat Pada Tongkat Ali Essence 

  • Tongkat Ali
Tongkat Ali juga dikenali sebagai PASAK BUMI (means Ali’s walking stick, walking stick in Malay means men organ). Jadi jelaslah  menunjukkan bahawa ia mempunyai nilai bermanfaat kepada lelaki. Ujian klinikal Universiti Malaysia untuk membuktikan banyak fungsi, ekstraknya juga terbukti meningkatkan kekuatan dan kecergasan fizikal, mengurangkan keletihan, anti-bakteria, anti-ulser.



  • Greengage (Plum
Kaya dengan pelbagai asid organik, flavonoid, asid fenolik dan sebatian antioksidan yang membolehkan meningkatkan metabolism badan.

  • Mulberi
Buah mulberi baik untuk ginjal, mengurangkan pening, gejala anemia. Menggalakkan pertumbuhan rambut hitam, serta bertindak mencegah dari hati berlemak.

  • Isomalto-Oligosaccharide
Serat pemakanan berasaskan tumbuhan secara semulajadi. Ia adalah prebiotik, larut, dan glisemik rendah

Soalan dan Jawapan Berkaitan Tongkat Ali Essence 

S: Berapa banyak botol yang perlu saya minum setiap hari?
J: 1 hingga 2 botol setiap hari sebelum makan pada siang hari.

S: Bolehkah saya mengambil ubat semasa mengambil Tongkat Ali Essence?
J: Tidak, perlu akan jarakkan masa mengambil Tongkat Ali Essence dengan ubat. Biasanya 2 jam kemudian selepas anda makan ubat.

Aliran Proses Penghasilan Tongkat Ali Essence (Penapaian) 

Memasukkan buah-buahan segar
Tapis atau asingkan buah-buahan yang rosak
Menyusun buah-buahan bergula
Penapaian peringkat pertama



Aliran Proses (Pengeluaran: Produksi) 

Menimbang bahan yang diperlukan
Pencampuran
Pengisian
Capping
QC untuk produk yang rosak
Pelabelan & Percetakan

Untuk Maklumat Lanjut Tentang Produk

Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)

Facebook Matxi Malaysia 

Instagram Matxi Corp


#matxicorp
#YouDeserveABetterLife 
Reading Time:

Thursday, 10 October 2019

Pengalaman Menginap Guesthouse Di Haeundae Beach, Busan South Korea
10 October 9 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera anda semua. Setelah beberapa purnama barulah kita tiba di entri travel to Busan! Yeayyy. So sorry sangatlah perlahan nak siapkan entri travel. Yang selalu menulis tentang travel di luar negara tahulah macamana payahnya nak ambil mood menyiapkan tulisan tentang perjalanan di tempat orang. Yelah travel 10 hari, bukannya 4 hari 3 malam. Semua benda nak dikongsi jika tertinggal mesti edit balik.

Ketika memilih untuk meneruskan perjalanan ke Busan, husniey agak buntu kawasan manakah yang sesuai untuk pelancong menginap. Disebabkan selalu saja dengar pasal Haeundae Beach jadi husniey decide mencari penginapan di kawasan Haeundae. Okay sangat kawasan ini happening. Cuma di Haeundae sangat susah nak mencari kedai makan HALAL. Setiap hari rutin di guesthouse adalah memasak. Tapi ada masalah juga pada mulanya sebab dapur dekat guesthouse tak boleh guna, dapur itu hanya wujud tapi tak ada gunanya.. HAHA geramnya rasa bila ingat. Jom baca seterusnya sampai akhir entri.


Lokasi penginapan dekat untuk ke tempat menarik di sekitar Haeundae. Seperti Haeundae Beach, Haeundae Market. Hentian bas juga terletak tak jauh dari guesthouse. Tentang tempahan guesthouse ini husniey buat melalui laman Airbnb. Semua cantik aje macam dalam gambar. Yang best nya semasa tempahan dibuat ada jadual pembayaran. Tak perlu bayar sekaligus. Alhamdulilah bagus juga. Pembayaran pertama dibuat pada 1 Februari cas dikenakan RM 325.63 dan bayaran baki seterusnya dijadualkan pada 19 March 2019 pula sebanyak RM 318.30. Airbnb akan tolak terus dari kad anda, sebelum itu akan ada email sebagai peringatan.

Kemudahan Yang Terdapat Dalam Guesthouse 

Katil dan tilam yang disediakan agak mencukupi, rumah ini boleh menginap sehingga 5 orang. Saiz rumah luas. Ada loft dekat dalam rumah, nampak macam ada dua tingkat. Tandas disediakan ada bidet, senanglah sikit nak membuang. Dalam bilik mandi meriah dengan stok mandian dan syampu.

Tingkat atas bilik kedua

Tingkat bawah

Tilam di tingkat atas

Dekat bersebelahan tandas juga ada mesin basuh sekali dengan dryer tak payah dah hantar baju di dobi. Perkakasan untuk memasak ada disediakan lengkap. Pinggan mangkuk, rice cooker, microowave semua ada. Tapi sayangnya stoove dekat dapur tu entah mengapa tak dapat guna. Jenuh husniey mencuba gunakan rice cooker jenis Cuckoo, tak faham sepatah apa yang dituliskan pada rice cooker, semua tulisan Korea. Nasib ada apps google translate untuk scan ayat yang terpapar. Banyak juga menu masak dekat guesthouse. Serius syok kenangan ketika di Busan.

Ruang tandas, bilik air dan ruang mendobi 


Tandas ada bidet yeayy

Rice cooker Cuckoo


Penginapan di Haeundae ini hanya akan best jika tuan rumah upgrade services, perbaiki kekurangan kerosakan pada barang di rumahnya. Ada juga beberapa plug tak dapat guna. Pelik rasanya. Seterika tak disediakan. Sarung ajelah baju dan shawl yang berkedut nasiblah tutup dengan jaket. Yang lain semua okay, cuma part kemudahan dalam rumah itu banyak yang tak dapat guna. Lokasi okay, nak ke pasar dekat. Nak jalan-jalan juga dekat. Nak check in juga mudah. Simpan password yang diberikan oleh tuan rumah, haaa kena tekan pada keypad pintu tu. Suka tekan kat keypad tu, then dengar bunyi pintu tu auto lock. Bawah bangunan ini ada kedai serbaneka CU mart. Setiap malam mesti pergi membeli di situ. Wajiblah beli banana Uyu, ramen dan lain-lain makanan yang tak rasa was-was.




Selama 3 malam disini rasa selamat suasananya kami check in waktu malam jam 10.30 pm, lewat tiba naik train Mugunghwa dari Seoul Station ke Busan Station. Jumlah kos hangus untuk penginapan RM 643.93 termasuk cleaning fee dan service fee. Kos Penginapan dibahagi 3 orang. BOOKING MELALUI AIRBNB, KLIK DISINI. Sekian saja perkongsian pada kali ini.

Love,
Husniey Husain 
Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com