Jelajah Busan Korea Ke Gamcheon Culture Village Dan Penulis Kongsikan Bagaimana Cara Dapatkan Busan Subway Pass PERCUMA! - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Thursday, 31 October 2019

Jelajah Busan Korea Ke Gamcheon Culture Village Dan Penulis Kongsikan Bagaimana Cara Dapatkan Busan Subway Pass PERCUMA!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Marilah kita mulakan kisah ke Busan. Husniey takkan menulis pendahuluan dengan panjang lebar, ingin terus straight to the point aje. Ke Busan 3 April check in dekat Haeundae. Lewat malam sampai, tak sempat berjalan pada hari ketibaan. Esoknya 4 April barulah kembara bermula.



Dari Haeundae nak ke Busan Station untuk tebus Busan Subway Pass. Haeundae menuju ke Busan Station boleh pilih untuk menaiki keretapi atau bas. Lebih suka memilih bas dekat menapak dari guesthouse tempat penginapan kami. Lagi pula tak perlu naik turun tangga, jika di stesen keretapi memang WAJIB naik turun tangga yang keadaannya amat tinggi kurang sesuai kalau anda melancong bersama ibu bapa yang tua, anak-anak kecil masih pakai stroller.


Menuju ke Busan Station ingin ke pejabat KTO. Busan Subway Pass bernilai 5K won siapa tak mahu kan. Cara menebus pass itu juga mudah, hanya menunjukkan pass dan passport nanti akan ditukarkan ke dalam bentuk tiket. Tiket itulah boleh untuk menaiki train. Nilai 5K won di dalamnya sila gunakan sebaik mungkin ermm maksudnya sehingga habis amaun tersebut. Hanya sah untuk pengangkutan jenis keretapi jika bas lebih praktikal dengan kad TMoney. Busan Subway Pass ini sangat membantu, jimat tambang pengangkutan semasa di Busan. Sehingga ke hari akhir di Busan masih ada baki amaun.

Cara Mendapatkan Busan Subway Pass PERCUMA

Bagaimana Mendapatkan Busan Subway Pass PERCUMA? Mesti tertanyakan. Untuk makluman korang ia boleh didapati secara percuma dengan cara yang mudah. Hanya perlu menjawab survey di laman sesawang Korean Tourism Organization (KTO). Masa menjawab survey pastikan anda sudah pun mempunyai tiket penerbangan ke Korea Selatan, itu antara syaratnya lah. Hanya untuk Malaysian Travellers. Boleh baca syarat-syarat di laman sesawang KTO. Bukan hanya dapat Busan Subway Pass tau, malah turut diberikan beberapa kupon diskaun.


Banyak kupon diskaun untuk anda yang nak masuk ke tempat menarik, ingin memakai pakaian tradisional Korea dan lain-lain aktiviti. Turut diberikan secara percuma kad TMoney. Kad TMoney itu memang perlu untuk bayar tambang pengangkutan macam Touch N Go fungsinya. Tmoney itu turut dijual tapi macam rugilah kan jika dibeli. Okay done cerita pasal Busan Subway Pass ini nanti husniey akan tulis selanjutnya bila gunakannya.

Gamcheon Culture Village Busan, Berbukit Permandangan Unik 

Untuk pergi ke Gamcheon ini tidak ada subway yang cover. Kalau anda lihat di Google maps sekali pun akan keluar pilihan seperti menaiki subway sampai kat tempat mana-mana kena naik bas juga akhirnya. So pilihan tepat adalah terus menaiki bas sehingga ke destinasi. Sebelum itu tak yakin, kemudian tanyalah sepatah dua kata dari penduduk tempatan. Mereka cakap memang kena naik bas.



Berdepan dengan Busan Station ada bus stop, bas berwarna biru nombor 87 setiap tujuh minit bas akan ada disitu. Tiket bas 1200 won bila imbas kad Tmoney. Perjalanan nak ke Gamcheon menaiki bas memakan masa kurang 30 minit. Kena alert nama hentian yang sepatutnya kita berhenti. Ada 10 hentian, turun di Yangseong Store. Kemudian berjalan kaki 5 minit lebih ke dalam kawasan itu. Kawasan berbukit memang semput sikitlah, masa nak balik okay turun bukit.

Dari jauh dah nampak bunga bungaan 😍



Bila dah sampai dekat kawasan pintu masuk dah teruja, cantik kawasan itu. Nampaklah banyak bebunga di bukit. INDAH SUNGGUH. Bangunan dekat situ nampak macam dah lama tapi masih indah di pandang. Husniey dan tuan suami, serta adik tersalah jalan tetiba masuk perkarangan sekolah, haha naik jejantas turun balik ke bawah. Tapi yang bestnya kami dapat view indah bila dekat atas jejantas. Suka betul hidden gems macam ni.






Masuk dekat dalam kawasan Gamcheon Culture Village perkara kami buat ialah mencari sumber minuman, makanan. Hahaa lapar dan dahaga bila dah jenuh berjalan kaki menapak ke atas itu lebih 500 meter.


Hotteok Sedap! 

Singgah satu gerai, beli Hotteok iaitu Korean Pancake serius sedap teringat – ingat rasanya. Husniey pilih Cheese Korean Pancake berharga 2,500 won adik pula mencuba Hotteok jenis Sweet Rice and Sesame seed yang itu harganya 1,500 won sahaja. Keduanya sedap. Yang jenis cheese, memang padu betul rasa dia. Macam tak cukup je beli satu! Sambil duduk di bangku, melayan view indah tengok gelagat orang. Nikmat betul suhu pula sejuk berangin cuaca cerah macam kat ladang teh cameron. Dalam hati terdetik "Cantiknya Busan".


❤️

Susah nak ambil gambar dekat sini, ramai orang. Kena pepandai la cari sudut. 

Setiap ceruk kawasan nampak unik, cantik. Ada juga port bergambar yang sentiasa penuh orang beratur, malaslah nak bazir masa. Haa coffee shop kat dalam Gamcheon juga ada view indah. Geram je tengok. Bagi yang nak membeli cenderamata ada banyak kedai menjual pelbagai jenis cenderamata. Sudu besi, chopstick, fridge magnet, poskad cantik-cantik.



Paling suka.. Warna warni, bersih je bangunan dekat sini. Boleh tengok atap tu


Bunga cherry blossom berwarna pink boleh dilihat dari jauh dekat sekitar situ. Kiranya waktu terbaik untuk layan cherry blossom di Busan ialah pada awal April. Sebelah Busan lebih awal bunga mekar (full bloom) berbanding di Seoul. Seoul pada pertengahan April.


💐

Rose berbentuk bulat. Comel 

Malam itu kami sambung jalan-jalan di area Haeundae, tengok apa yang menarik di Pasar Haeundae. Beli bahan basah. Lepas dah beli bahan nak masak, singgah ke pasaraya tengok ada buah strawberi.



Terliur tengok saiz dia, dengan warnanya nampak merah ranum. Ternyata memang sedap manis sungguh. Dalam perjalanan balik ke guesthouse, lalu dekat pekan Haeundae tu ada persembahan water dance. Pada mulanya ingatkan area situ ada paip bocor ke apalah kan, haha. Sekali keluar muzik serta dengan lagu Korea yang rancak, air tu berjoget menari nari, hahaa cantik weh.

Kos Perbelanjaan 4 April 2019 | Busan 

Day 5
✓Haeundae beach - busan station = 1700+1700won (bas 1003)
✓ Topup TMoney - 5k won CU mart
✓Busan STT - gamcheon = 1200+1200k won (Bas no 87)
✓ Beli makan & minuman - 7k won @ gamcheon village
✓ Souvenir @ gamcheon - 6k won
✓ Gamcheon village - busan STT = 1200+1200won (bas no 87)
✓ Naik subway guna pass ke haundae beach
✓Gmart 5300won
✓ Daiso 2k won
✓Haeundae market beli udang - 10k won


Okay rasanya cukup buat masa ini entri explore Busan, nanti akan bersambung lagi sharing ke tempat menarik lain. Macam dah panjang sangat ni, payah kang korang nak hadam semua info penting di atas. Nak tanya apa-apa yang berkaitan boleh email di husnieyg@gmail.com. Semoga bermanfaat ya!

Love,
Husniey Husain