Skincare Terbaru Cosmoderm Perfect Balanced Series | 4 Langkah Mudah Untuk Kulit Cantik! - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Sunday, 7 February 2021

Skincare Terbaru Cosmoderm Perfect Balanced Series | 4 Langkah Mudah Untuk Kulit Cantik!

Jom Berkenalan Dengan Cosmoderm Pefect Balanced Series


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga para pembaca blog ini sentiasa dalam kesihatan yang baik, serta ceria selalu. Kadangkala mood boleh berubah tak ceria bila memikirkan produk penjagaan muka yang terbaik kan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Cosmoderm kini mengeluarkan siri terbaru iaitu Cosmoderm Skin Lab - Perfect Balanced. Pembungkusan yang lebih menarik iaitu berwarna pink serta hitam. Haa dah macam "Black Pink in your area!" Hahaha gitu vogue sangat. Kaum wanita mesti jatuh hati bila tengok pembungkusan macam ni kan. First impression win ~


Tonton video unboxing di Youtube Husniey. Jemput subscribe juga.


Setiap kali Cosmoderm mengeluarkan produk terbaru Husniey tidak melepaskan peluang untuk mencubanya, dari yang Set Vitamin E berwarna kuning, set tea tree oil berwarna hijau juga husniey pernah mencuba. Bahan-bahannya selamat bebas dari paraben, wangian, perwarna. Paling penting ia HALAL. Pengguna Cosmoderm boleh guna tanpa rasa was-was. Akhir akhir ini kita lihat lambakan produk kecantikan di pasaran. Namun tidak tahu yang mana satu menjadi pilihan tepat untuk penjagaan wajah. Skincare yang selalu menjadi pilihan ramai pengguna bila mana diuji dengan dermatologi dan dari bahan-bahan yang terbaik. Rasanya harga sedikit mahal pun tidak menjadi isu janji ia berkesan, kan?


Prebiotik & Calamine Bahan Utama Yang Terbaik 

Jom berkenalan dengan dua bahan utama di dalam siri perfect balanced. Prebiotik dikenali sebagai makanan untuk bakteria yang baik, untuk membantu ekosistem kulit anda. Ia berfungsi sebagai merangsang pertahanan (pertumbuhan) kulit secara semulajadi. Mencerahkan kulit serta memastikan mikrobioma kulit anda seimbang. 



Manakala Calamine turut dijadikan bahan utama di dalam siri kali ini. Ia digunakan untuk manfaat kulit yang menenangkan termasuk; Meredakan kegatalan kemerahan pada kulit muka, mengurangkan kegatalan dan membantu bagi kulit berminyak. Menariknya lagi, ia turut membantu bagi masalah ekzema.  Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit normal, kulit sensitif, kulit berminyak dan berjerawat. 



Langkah Pertama: Foaming Cleanser (RM 29.90) 


Mulakan langkah pertama dengan mencuci muka. Cara yang betul ialah bila kita mencuci dengan cara double cleanser atau dengan erti kata lain 'deep cleanses'. Membersihkan kotoran di kulit wajah dengan lebih mendalam. Ada sesetengah pencuci muka itu kita akan rasa tidak selesa dan muka tetap masih berminyak selepas mencucinya. Picitkan sedikit foaming cleanser di tapak tangan dan urutkan. Biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air.


Langkah Kedua: Toning Lotion (RM 45.90) 



Bertindak untuk seimbangkan level pH dalam kulit, membaiki dan melembapkan kulit. Toning Lotion juga tidak mengandungi paraben dan telah diuji secara dermatologi. Sebelum menggunakan toning lotion ni goncang terlebih dahulu. Sapukan pada kulit muka dengan amaun yang mencukupi. Ratakan pada wajah. 




Langkah Ketiga: Soothing WOW Cream (RM 65.00) 

Soothing WOW Cream bertindak sebagai krim seperti pelembap yang kebiasaan terdapat di pasaran, namun WOW Cream dari Cosmoderm perfect balanced series ini lagi best ye sebab teksturnya ringan, tidak melekit. Berfungsi untuk melembapkan kulit. Tiga kali ganda melembapkan kulit ia menggunakan teknologi WOW (Water - In Oil in Water).


Cara menggunakannya juga tidaklah susah. Letakkan sedikit pada tapak tangan, calitkan pada keseluruhan wajah dan leher. Pastikan urut sikit selepas ratakan ia, untuk kesan penyerapan yang menyeluruh.


Langkah Keempat: Sun Milk SPF (RM 65.00)


Fungsi Sun Milk yang mengandungi SPF 25PA++ untuk melindungi kulit anda dari sinaran UVA & UVB. Sun milk ini juga melegakan kulit wajah yang terbakar (sunburn) akibat terdedah dengan sinar matahari. Tambah lagi, ia turut berfungsi untuk masalah kulit kering. Cara menggunakan sun milk hanya tuangkan sedikit amaun yang diperlukan. Ratakan pada seluruh wajah. Selepas tu anda bolehlah memakai makeup macam biasa :)


Review Mencuba Cosmoderm Perfect Balance Series

Mudah saja rutin harian Husniey dengan 4 langkah. Di siang hari mulakan langkah pertama dengan pencuci muka iaitu Foaming cleanser, langkah kedua dengan menggunakan Toning Lotion manakala sebelum memulakan rutin harian samaada keluar rumah atau tak, Husniey tak lupa untuk calitkan sedikit Sun milk, wajib cuba pakai sun milk ni. Kesannya terasa kulit kurang berminyak. 


Yeay! Pada malam hari kalau tidur dalam aircond tu mesti kulit kering sikit kan, husniey akan ambil langkah kedua + ketiga; iaitu menyapu toning losyen dan WOW Cream. Suka betul teksturnya, baunya juga wangi. Alhamdulilah kulit muka husniey nampak perubahan semakin cerah. Kalau ada jerawat naik ia mudah surut. Husniey syak sebab ada kandungan Calamine kan. Ada rasa sejuk, lembap dan lembut aje muka ni bila apply toning lotion dan WOW Cream tu tidak terasa melekit pun. Very recomendded if you all want to try this product. 


Semoga bermanfaat. Selamat mencuba! 


Untuk maklumat lanjut rujuk dibawah:

COSMODERM For Healthier, Beautiful Skin

Website: www.cosmoderm.com.my 

Facebook: Cosmoderm

Instagram: @cosmoderm


3 comments:

  1. Comey!! Kita suka sangat tau

    ReplyDelete
  2. suka tgk packaging dia. bagus nya perfect balanced ni ada calamine & prebiotik sesuai utk kulit sensitif

    ReplyDelete
  3. Wahhh cantik nya kotak packaging nya tuuu

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.