Review Tempat Makan Sedap Di Bandar Chukai, Kemaman | Darryl's Kitchen 2 - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Tuesday, 30 March 2021

Review Tempat Makan Sedap Di Bandar Chukai, Kemaman | Darryl's Kitchen 2

Port Best Makan Bersama Kawan-Kawan Di Bandar Chukai ~ 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah lama rasanya husniey tak menulis entri tentang kedai makan. Baru-baru ini husniey pulang ke kampung halaman, Kemaman. Lama juga stay dekat kampung, kalua tak silap dalam 5 hari 4 malam. Ingatkan nak balik kejap aje tapi tiba-tiba banyak pula urusan nak kena selesaikan jadinya dua malam tak cukup. Alhamdulilah lega bila dapat balik kampung, maklumlah tak boleh rentas daerah dan negeri semua kena duduk rumah sepanjang PKP dilaksanakan.

 


Suasana waktu senja. MasyaAllah cantik ~



Sepetang di Kuala Kemaman dengan adik, Che Engku Balqis. 


Bila lama kat kampung baru ada masa terluang nak jumpa kawan, ajak keluar. Seronoklah lama betul tak jumpa. Kadang setahun sekali pun payah. Hahaa. Tegur di alam maya jelah biasanya. Dapat jumpa seorang dua kawan kita pun dah happy. Sedia maklum sejak musim pandemik nak kena sentiasa berhati-hati. Tak merancang awal pun main serang hendap je tetiba whatsapp Aya Aida, “Assalamualaikum Aya, ada mana. Busy ke, jom minum air malam ni”  Haha. Tak susah mengajak temanku yang satu ini. Kemudian duk bincang kejap tempat makan best yang menjadi pilihan ramai di Kemaman. 

 

Seketul Aya Nur Aida - since sekolah menengah. Partner dalam kelas :D


Teringatkan kedai Darryl's Kitchen 2 yang baru sahaja beroperasi di Bandar Chukai. Pada awalnya Aya Aida mengajak singgah makan di kedai dalam Kampung Mak Chili aje. Sebenarnya dah lama Husniey duk terliur tengok warga Kemaman update di facebook, hee. Selepas solat maghrib kami bertemu. Aya ada cakap kalau nak pergi situ kena awal nanti penuh orang. Betul lepas kami masuk, makin ramai pelanggan datang ada yang sudah awal reserved meja.


Cantik deko ~

Konsep di sini kena layan diri yer,  ambil buku menu dan duduk di meja. Tulis order dan hantar di kaunter. Yang penting servis makanan cepat, dan sedap sungguh. Boleh dikatakan semua menu yang kami pesan malam itu kena dengan selera anak tekak ni. Uiih. Pening nak pilih menu western, ada beberapa jenis. Chicken grill, lamb grill. 


Penuh pingan




Bahagian pasta juga ada beberapa pilihan. Bolognese, Carbonara, Aglio Olio. Kawan husniey Aya itu memilih menu Aglio Olio serius sedap, tak kedekut portion banyak. Siap letak kupang banyak. Menu makanan lain menjadi tarikan disini ialah dessert. Lain dari yang lain.


Ini win ~ rangup dan tak terlalu manis

Ini hidangan waffle ice cream dengan coklat meleleh sebagai hiasan. Fuhhh. Serius sedap. Banyak jenis dessert terdapat dalam menu. Pancake ala macam dekat Thailand tu pun ada. Sorry lupa nama asal menu tersebut. Nanti korang tengok dekat instagram Darryl's Kitchen neh. Meriah ~ Menu husniey pesan ialah Chicken grill dan minum blue ocean. Hidangan dalam pinggan memang lengkap semua sedap, dari coleslaw then ada siap ada side dishes, kuah blackpepper tu sedap mengancam! Bukan kaleng-kaleng.

 


Total hangus belanja makan malam di Darryl's Kitchen 2 itu; RM 43.60. Berpatutan, murah kan. Makanan ala barat dengan bilangan pax tiga orang. Masing-masing muka kenyang. Kalau dalam loghat Terengganu kata; Kenyang nyandor. Hee. Berpuas hati dengan servis dan menu. Terbaik! Sedang tunggu menu sampai kat meja makan barulah owner perasan kehadiran Husniey. Owner kedai ini kawan sekolah dulu. 

Pertemuan tak dirancang.
Bila semua dah kahwin, jarang dapat macam ni, kan?

Lama betul tak jumpa. “Wehh C.e! Sampai jugok c.e sini” kata Erra dalam nada teruja. Alhamdulilah sedap belake menu sini. Overall husniey beri 4.9/5 rating! Dekorasi kedai cantik sangat, suasana selesa. Semoga semakin maju jaya! InsyaAllah nanti repeat lagi ajak family. Warga Kemaman kena cuba, kalau anda kebetulan datang jalan-jalan ke Daerah Kemaman bolehlah singgah ke sini. Lokasi berdekatan dengan Pasaraya Cola. 

Terima kasih sudi membaca blog ini. Semoga bermanfaat. 


Rujuk peta di Google Maps

Maklumat Lanjut Tentang Darryl's Kitchen 2
Facebook Page: Darryl's Kitchen 2
Instagram: @darrylkitchen2


3 comments:

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.