Bahayanya Asap Pembakaran Tembakau: Hentikan Pembakaran Tembakau Untuk Kehidupan Lebih Berkualiti

  Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya apabila di luar rumah. Asap kenderaan yang boleh mengakibatkan pencemaran udara. Di...

 


Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya apabila di luar rumah. Asap kenderaan yang boleh mengakibatkan pencemaran udara. Ditambah pula dengan bentuk pencemaran lain seperti asap rokok di mana masyarakat Malaysia yang rata-rata masih suka menggunakan produk tembakau dalam rutin harian mereka.


Misi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan negara Malaysia bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045. Pada pandangan anda, tercapaikah misi KKM tersebut? Pada kali ini husniey ingin menyentuh tentang bahayanya pembakaran tembakau serta perbezaan nikotin dan tar.


Perbezaan Tentang Tembakau, Nikotin dan Asap Rokok



Tembakau

Tembakau ialah merupakan sejenis tanaman yang terdapat di dalam rokok, dan bercampur pelbagai bahan-bahan lain untuk dijadikan sebatang rokok.


Nikotin

Nikotin secara semula jadi terdapat di dalam tumbuhan tembakau, nikotin yang digunakan dalam e-cecair (yang digunakan dalam rokok elektronik) umumnya berasal dari tanaman ini. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan dan tidak bebas risiko, tetapi ia bukanlah penyebab utama penyakit yang berkaitan dengan merokok.


Merokok

Sedikit info mengenai asap rokok. Apabila rokok dinyalakan, suhu tembakau mencapai hingga 900° C (jauh di atas 400 ° C, suhu minimum untuk tembakau membakar). Ketika terbakar, ia menghasilkan asap yang mengandungi lebih dari 5000 bahan kimia yang berbeza, kira-kira 100 daripadanya telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa kesihatan awam sebagai berbahaya atau berpotensi berbahaya.


Ciri-ciri Rokok Tembakau Dan Rokok Elektronik

Rokok Tembakau perlu dibakar untuk mengeluarkan nikotin, tetapi ia juga membebaskan asap yang mengandungi bahan berbahaya. Manakala bagi rokok elektronik pula; ia diperbuat dengan kandungan cecair nikotin dan tidak perlu melalui sebarang process pembakaran. Oleh itu, rokok elektronik juga dikenali sebagai produk alternatif yang bebas dari asap yang berbahaya. Inilah sebabnya mengapa rokok elektronik di anggap sebagai produk yang boleh mengurangkan kemudaratan tembakau dan majoriti rakyat Malaysia (51%) percaya bahawa strategi pengurangan kemudaratan tembakau melalui produk alternatif seperti rokok elektronik merupakan cara yang paling praktikal.



Penggunaan Vapor Inisiatif Terbaik Untuk Hidup Bebas Merokok

Melihat pada beberapa orang kenalan rapat yang jenis merokok; kesihatan mereka juga nampak tidak begitu baik. Mereka selalu batuk dan gigi juga kelihatan tidak cantik akibat kesan menghisap asap rokok. Namun husniey perasan lama kelamaan mereka yang ketagihan merokok ni terlihat beralih arah dengan menggunakan rokok elektronik; lalu seiring dengan perubahan itu dapat dikesan bahawa kualiti kehidupan juga semakin bagus. 


Dari segi kesihatan, ia menjadi lebih baik, sikap lebih positif serta berpenampilan lebih kemas. Bila seseorang merokok kita pasti dapat lihat dan bersetuju bahawa penampilannya agak selekeh dan kadangkala ia turut berkait dengan reputasi kerjaya seperti suka ponteng kerja dan mengular gara-gara ingin merokok. Itu belum masuk dengan kesalahan lain. Fuh, banyak kalau disenaraikan bahaya merokok dan kesan-kesan merokok terhadap individu dan keluarga.



Saban tahun makin ramai orang meninggal disebabkan kanser yang membunuh dalam diam, kita semua percaya antara faktornya ialah pencemaran asap yang masih kelihatan dimana-mana tempat awam. Kesedaran masih kurang walaupun berada di tempat awam dan berkumpul bersama keluarga. Perokok tegar boleh mengurangkan rasa ketagihan merokok dengan cara lain seperti menggantikan rokok tembakau dengan menggunakan produk rokok elektronik atau alternatif lain seperti produk heat-not-burn dan patch nikotine yang bebas asap rokok. Lebih bagus dan tidak berbau asap yang busuk (boleh mengganggu ketenteraman awam). 

Husniey cukup pantang dengan bau asap rokok, bayangkan betapa kuat baunya walau dah duduk jauh masih boleh hidu dan dapat kesan ini bau busuk asap rokok. Nasib baik tuan suami bukanlah seorang perokok. Lelaki bila tidak merokok, nampak lebih sopan dan makin tampan. Ya betul, benda baik kena puji!


Memilih untuk berhenti merokok adalah keputusan terbaik. Namun tidak semua orang mampu untuk membuat keputusan besar setelah bertahun merokok, pastilah berat bagi mereka. Jadi diakui penggunaan vapor (rokok elektronik) atau produk heat-not-burn adalah cara terbaik dalam mengurangkan pencemaran alam, dan individu tersebut perlahan-lahan berhenti merokok.


Sumber rujukan:

Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau (KKM)

https://www.who.int/publications/i/item/who-global-report-on-trends-in-prevalence-of-tobacco-us e-2000-2025-third-edition

www.moh.gov.my

Healthdetik.com 


You Might Also Like

0 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.