Pengalaman Mengandung - Bersalin 21 Minggu 2 Hari

 [Kehilangan - Part 1] Assalamualaikum Hai, Salam Sejahtera. Semoga kalian baik-baik saja. Lama betul tak buat perkongsian tentang kisah TTC...

 [Kehilangan - Part 1]

Assalamualaikum Hai, Salam Sejahtera. Semoga kalian baik-baik saja. Lama betul tak buat perkongsian tentang kisah TTC husniey lalui. Hampir setahun berlalu, tapi takpelah kita publish saja kisah ni. Untuk rujukan para pembaca blog ini.

Pada tahun 2021 disaat sibuk bekerja husniey mendapat tahu diri ini pregnant. Pada awalnya ada tanda biasa saja, cuma pelik jugalah masa dekat tempat kerja husniey hampir pitam, tiba tiba gelap mata. Nasib tak jatuh je. Bila sedar dah lewat period beberapa hari (tak sampai seminggu) terus rasa nak check, tapi masa check pregnancy test tu husniey tak berharap langsung lagipun memang tak ada ikhtiar apa pun. Masa ni hanya doa je tak pernah putus semoga Allah kurniakan husniey zuriat, usaha biasa biasa saja. Check guna pregnancy test kit (upt), double line. Alhamdulillah ya Allah. Tapi masih berhati-hati dan berjaga jaga. Husniey diamkan perkara ni dari pengetahuan keluarga. Takut kalau family berharap sangat kan. Usaha jaga diri, makan ubat tambahan folic acid, minum susu.


Baca sini: Kisah TTC, Prosedur Dengan Klinik Pakar O&G

Seiring berlalu waktu, masuk 7 minggu lebih pregnant barulah husniey pergi buat scan perut untuk pengesahan dari pihak doktor. Alhamdulilah rezeki kali ini mudah sangat nampak kantung baby, terus nampak heart beat dan janin sedang terbentuk. Kecil comel je masa ni. Macam tak percayalah kan. Menangis gembira bila doktor cakap baby dah besar tu, dah lah husniey silap bagi tarikh last period. Hahaa. 

Last period 21 September 2021, tersalah bagi tarikh bulan 10. Sekali bila scan doktor cakap eh ni dah nak masuk 2 bulan. Sepanjang pregnant semasa trimester pertama (1-4 bulan) memang teruk juga alahan, muntah loya tak boleh busuk, masuk keluar tandas selalu, muntah kerap buang air, yelah makin besar kandungan makin kerap pergi keluar masuk tandas. Tandas rumah kedua bagi wanita mengandung kan?😅

Baby mengidam nak roti canai, meatball ikea😅


Nekad berhenti kerja untuk jaga kandungan, lagipun husniey fikir mesti akan banyak ulang alik pergi Klinik kesihatan. Takpelah korbankan kewangan, demi nak jaga baby. Buka buku pink di klinik kesihatan semasa usia kandungan 14 minggu, sepanjang itu takde masalah apa pun. Everything smooth, kesihatan husniey okay di tahap yang baik. Bacaan darah HB okay 12, normal. Pada mula check macam tak normal bila buat test full blood count baru dapat result tepat. Genap kandungan masuk 4 bulan (16 minggu) husniey kena minum air gula, kira-kira buka buku je terus kena minum air gula. Haihh seksa nak telan air manis leting tu! Part nak kena puasa lama tu jenuh laa, dari pukul 10 pm sehingga selesai ambik darah dua jam selepas minum air gula. Bacaan gula husniey sangkut, 9. 



Then kena selalu pantau, nurse arrange masuk kelas pemakanan, husniey masih di tahap tak teruk pun just kawal pemakanan. Diet Control. Tak ada kena makan ubat mujurlah tak sampai tahap insulin kan, memang husniey perasan kurang sikit selera makan pregnant yang ini. Berat cantik aje tak naik banyak. Bacaan gula (kena buat BSP) pun okay je, gula normal sokmo. Alhamdulilah. 


Semakin baby membesar semakin kagum rasanya perubahan badan, sungguh luar biasa kuasa Allah. Kandungan tepat masuk 4 bulan husniey dah start rasa baby tendang halus je, kalau makan je mesti dia aktif, time malam nak tidur dah rest makin dia aktif, memang ajak borak. Senyum sorang duk layan anak ibu.

MasyaAllah. Tiap 2 minggu rasa nak scan intai baby kat dalam, scan details pun penting untuk melihat ukuran saiz baby normal ke, berat dia. Sebak rasa tiap kali mendengar bunyi degup jantung baby semasa scan. Bacaan heartbeat baby selalu normal. 150 ke atas. 


Kemudian, masa scan baby 15 weeks gitu doktor ada bagitau macam girl lah! Hahaha, padahal usia kandungan kecil lagi. Genap 20 minggu pregnant husniey pergi klinik swasta untuk scan details. Ibu mengandung rasanya mesti tak sabar nak dating dengan anak. Tengok keadaan baby dalam tu tendang perut ibu. MasyaAllah sihat sungguh diaa. Tengok peha pun gebu, sonographer tu siap tunjuk ukur saiz tulang peha. Nampak jelas. Saiz baby, ukuran berat baby semua normal. Ibu happy bila dapat tahu awak sihat, dan rupanya geng ibu. 

Tak nampak macam pregnant 5 bulan kan😁


10 Februari rupanya itulah kali terakhir ibu scan awak, dalam keadaan okay sihat. Senang betul tunjuk jantina awak. Doktor sempat scan jarak dari placenta ke pintu serviks, katanya normal. Bila scan details tu doktor ada bagitau boleh je kalau nak bersama. Kedudukan uri baby juga normal berada di atas. Ibu berpuas hati, lega. Syukur sangat. Berat baby 320 gram. Makin tembam dia ~ 


Ubat tambah darah pada mula makan yang klinik kesihatan bagi Zinkcofer memang tiap kali telan tu husniey muntah teruk. Busuk sangat bau ubat tu. Ada baca tips suruh telan dengan air sunquick, pun tak jalan yer. Mual sungguh! Huhu, bila muntah pula sekali drama airmata lah, perit tekak weh habis segala isi perut keluar. Bau hanyir ubat tu eeee werkk. Pernah la muntah kat katil, depan tandas tak sempat berlari masuk tandas. Habis kotor ~ sabar jelah kan last husniey tukar kepada brand Iberet. Ubat tambah darah ni banyak jenis ada. So kalau ibu ibu rasa tak okay, bolehlah try and error. Nasib cuba makan Iberet tu okay, okay sangatlah tak hanyir. Memang boleh telan. Tapi masih minum dengan sunquick la. HAHAHA jenis payah nak telan ubat. Tak dilupakan yang selalu amalkan susu, sayur, buah pun selalu selitkan dalam pemakanan harian, untuk tambah HB dan pertumbuhan baby yang baik kan. 


Bersambung di entri sebelah. Kisah penuh belum habis lagi ni, husniey niat menulis disini hanya nak simpan sebagai kenangan dan mudahan menjadi sumber rujukan buat yang memerlukan.


Baca sini selanjutnya;  Pengalaman mengandung dan kehilangan baby syurgaku, Imanina Husna 🤍✨


Love,

Husniey Husain


You Might Also Like

3 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.