Kisah TTC, Prosedur Rawatan Kesuburan Yang Kena Hadap

Perkongsian Tentang Rawatan Kesuburan Di Hospital Kerajaan Assalamualaikum seperti mana yang anda tahu. Rawatan kesuburan kini menjadi tidak...

Perkongsian Tentang Rawatan Kesuburan Di Hospital Kerajaan


Assalamualaikum seperti mana yang anda tahu. Rawatan kesuburan kini menjadi tidak asing lagi bagi pasangan yang telah lama berkahwin yang lambat untuk menimang cahaya mata, Sebelum tu korang mesti ambil tahu tentang beberapa prosedur wajib dilakukan. Kadang memakan masa bertahun ye. Penuh drama airmata nak ke dapat seketul zuriat. Ramai yang tahu kisah keguguran husniey yang lalu. Alhamdulilah syukur Allah pilih husniey untuk lalui keadaan itu, sekurangnya banyak benda dapat dipelajari.  


Sempena tahun 2021 ini merupakan tahun ketujuh perkahwinan kami. Maka husniey mengambil peluang ini untuk berkongsi disini. Pejam celik kejap je dah masuk 7 tahun kahwin. Rezeki anak ini hak mutlak Allah, kita hanya mampu usahakan. Bila kata anugerah dari Allah tu, maknanya kadang pasangan tu sihat walafiat pun belum tentu dapat anak, kadang husniey jumpa orang banyak komplikasi ketika mengandung tapi alhamdulilah rezeki mereka akhirnya menimang cahaya mata. 


Allah lebih tahu. Keep strong wahai para pejuang dua garis sekalian ~ Jujurnya husniey sekarang dah masuk ke fasa redha, redha bukannya berputus asa. Tak, hanya nak berehat sekejap dari pelbagai prosedur yang menyakitkan dan penat mental fizikal :) 


Prosedur Biasa: Ambil Darah, On clomid 50 MG

Sejak keguguran June 2020, husniey tiap bulan kena pergi hospital refer ke klinik Pakar O&G dan kena buat pelbagai ujian. Ingat lagi waktu first time pergi appointment, banyak darah yang kena ambil, dekat 7 botol kecil. Fuhh, nurse cakap banyak nak kena check samaada ada penyakit kronik ke tak. Then ada nak tengok bacaan hormon semua tu. Ada juga kena minum air gula dekat Klinik Kesihatan Manir sebab nak tengok result kot lah kalau ada kencing manis. Ternyata tidak ada pun masalah itu. Tiapkali period memang kena alert dan selalu catat. 


Bila doktor tanya kena sedia jawapan dan kena bagi tarikh yang tepat, sebab itu kena buat catatan. Pergi klinik O&G pada hari ke 2 period dan hari ke 21. Ini prosedur biasa masuk bilik ambil darah; nurse cucuk ambil darah, terus balik. Biasanya jadi lama sebab tak jumpa urat darah then nurse kadang confuse nak buat ujian mende, nak asingkan warna botol. Haaa. Pernah tu tiga kali cucuk tak jumpa, sudah nya habis kedua lengan ni kena cucuk. Huhu bertabahlah!



Dibekalkan ubat metformin suruh makan supaya berat badan turun sikit. Bulan Oktober 2020 ada juga kena on clomid, start dengan clomid 50 mg. Effect makan clomid ni memang akan pening kepala hanyut macam orang mabuk, haha. Selalunya akan terus tidur lena lepas makan clomid. Then ada kena hadap banyak bulan juga forward appointment kepada tarikh baharu. 


Hasil Result Darah, SFA (Check Air Mani) Semuanya Normal

Dengan keadaan sekarang ni kes covid-19 yang tak reda lagi, memang banyak sop nak kena ikut. Ada sekali tu, bulan November 2020 husniey demam terpaksa cancel appointment, kemudian bulan seterusnya pula kena datang. Boleh kira dengan jari berapa kali je jumpa Doktor Pakar. Lepas kena cucuk ambil darah banyak kali, masa appointment bulan Februari 2021 haritu lega sangat bila Dr beritahu tak ada masalah serius, takde penyakit kronik. Bacaan hormon normal. Hasil ujian air mani suami pun normal, sperm yang aktif banyak. Takde yang cacat cela. 


Cuma biasalah klinik kerajaan ni banyak kena check sebelum mengesahkan. Pada hari yang sama (17 Februari 2021), pagi itu Dr nak buat prosedur SIS nak tengok keadaan dalam rahim, kadang kata Dr kalau ada ketulan cyst kecil pun boleh jadi punca keguguran. Setahu husniey memang selalu scan takde pun fibroid ke cyst.


Kena Hadap Prosedur SIS Yang Menyakitkan ~

Diarahkan untuk buat prosedur Saline infusion sonohysterography (SIS) ni kiranya prosedur yang diaturkan secara mengejut, jarang kan dengar SIS ini. Ia lebih kurang macam HSG juga. Pukul 11 pagi disuruh datang balik ke klinik pakar. Masa awal pagi husniey datang dengan motorsikal. Huhu. Pukul 12.30 baru bermula, pukul 1 lebih siap. Masuk OT dalam 30 minit lebih berada dalam OT. Sedih sebab sorang je masa tu, tuan suami bekerja di Selangor. Dalam hati ni "time suami takde ni lah nak kena hadap prosedur menyakitkan"

    Kena salin baju ni, terus teringatkan kenangan masuk wad June 2020


Sedikit info tentang prosedur SIS


Dimasukkan saline water, nak bagi alat belon dimasukkan tu kembang kat dalam, kemudian boleh nampak jelas keseluruhan dalam rahim. Kalau scan biasa macam ultrasound, tvs tu tak jelas. Dr nak pastikan bebetul kat dalam kawasan rahim tak ada benda yang menghalang. Lega bila ditunjukkan dekat mesin ultrasound secara langsung, cantik je keadaan dalam rahim. SubhanaAllah Alhamdulillah. Nurse dan Doktor yang terlibat semua menarik nafas lega, "cantik je tu. Takde polyps." 


    Keputusan selepas prosedur SIS dilakukan. Yang dalam gambar tu ialah
alat yang dimasukkan. Boleh nampak wayar dari bawah?


Lebih melegakan, bila selesai Dr pakar beri penjelasan tentang punca keguguran. Hasil siasatan 95% bukanlah berpunca dari ibu. Maknanya si ibu sihat sahaja. Alhamdulilah ya Allah. Tapi tetap rasa sayu mengingatkan kes keguguran, mulalah overthinking salahkan diri sendiri entah kat mana silapnya padahal dah banyak bed rest. Yang pasti bukan senang penuh onak duri airmata darah pengorbanan kena sabar betul. Adakala rasa macam nak give up dah, mental penat sangat. Malu pun satu hal. Rasa macam malu sangat bila kita rasa diri sihat, tapi Dr nak check kat bahagian sulit tu :(


Dalam masa yang sama rasa lega bila diberi penerangan begitu. Tapi belum sampai situ kisahnya. Kemudian tetiba Dr pakar masuk then inginkan keputusan lebih tepat, sebab katanya sebelum ni husniey pregnant takde bukti kukuh contohnya gambar scan baby dalam kandungan ke ape. Masalahnya memang tak sempat pun nak scan nampak baby, kandungan bawah 2 bulan bukan mudah kan nak tengok dari atas. Boleh tahu beza diri ni bila pregnant lagipun BERTAHUN TAHUN KAHWIN dan MENANTI zuriat, mestilah selalu check dekat rumah. Cuma asal kandungan masuk je 7-8 minggu dia tak menjadi dan gugur sendiri. Itu memang tak tahu puncanya. Mungkin stress. Yelah kadang stress bila terlalu memikirkan survive ke tak baby kali ni, kita rasa semua perubahan. Satu persatu perubahan diri, ingat baby semakin membesar dan okay je. Husniey siap yakinkan doktor dah keluar semua dan janin yang nampak terbentuk. Tetap tak percaya ye. Nak kena HADAP HSG pulak. MasyaAllah.


Next Procedure; HSG Test Nak Tengok Fallopian Tube!



Banyak google baca blog orang lain pengalaman kena hadap prosedur hysterosalpingogram (HSG). Mendebarkan. Untuk pengetahuan prosedur HSG merupakan cara untuk melihat samaada fallopian tube kita block atau tak. Kadang sebelah je okay tapi ada yang cakap still boleh conceive walau sebelah je. Jangan overthinking ye kaum hawa. Untuk makluman prosedur HSG ini kena buat semasa hari ke 10-14 kitaran haid. Jadi kalau dah suci dari haid janganlah bersama suami pulak. Dilarang sama sekali. 


Kemudian, bagi pesakit yang ada alergik gatal-gatal, kena makan ubat yang disediakan oleh Dr. Pahit gila weh ubatnya. Nak nangis habiskan, sekali makan 8 biji. Kena makan 12 belas jam sebelum dan dua jam sebelum prosedur. Jumlah kesemuanya ada 16 biji. Prosedur HSG ini dekat jabatan lain. Dekat bahagian X-ray, ada bilik khas siap ada katil. Memang kena buat appointment dengan bahagian radiologi ni baru boleh hadirkan diri. Tunjuk aje surat refer dari klinik pakar O&G. 


Bermula cerita seterusnya, ada kawan cakap tak sakit. Yang pertama kali itu tak sakit sangat takat masuk speculum. Masa keguguran dulu dah pernah rasa jadi boleh tahan lagilah. Terkejut sikit je. Alat tu memang agak tak selesa. First time kena masuk Jabatan Radiologi dan kali ini husniey dapat doktor lelaki. Maluu sungguh. Agak kasar cara Dr ni, haa seram!


Keadaan dalam bilik rawatan ini cantik tapi sejuk melampau ~ 


Memang cuba bertenang, rileks je. Husniey hilangkan nervous dengan bersembang dengan nurse. Ada sorang je nurse perempuan masa tu ramai lelaki je dalam bilik rawatan tu. Husniey kena buat dua kali, sebab pada awalnya Dr syak tiub belah kiri macam block. Rupanya cecair media kontras tu macam terkeluar balik, maybe longgar kot dipasang alat tu. Huhu. Kena repeat balik. Fuh. Masa tu banyak persoalan Dr tanya. "Awak ada kes mengandung luar rahim ke sebelum ni, ada kena buang tiub ke. Sebab saya tengok cecair ni tak pergi ke tiub belah kiri awak. Awak ada penyakit kronik lain ke?". Memang nak nangis dah masa tu. Tapi tetap cuba bertenang dengan selawat zikir 🥺

Credit: verywell.com


Yang kedua kali tu Dr guna alat lain pulak. Besi panjang terasa lebih ketat dimasukkan haih sakitnya ~ Selepas masukkan alat itu dan di cucuk masuk media kontras (dye), nak kena luruskan kaki sebab nak scan tengok (live x-ray). Nampak kan alat yang tergantung atas katil tu, warna putih. Haa guna yang itulah untuk tangkap gambar. Husniey pun tak faham macamana ia berfungsi. Canggih. Alhamdulilah kali kedua tu nampaklah cecair yang dicucuk bergerak masuk, sampai kepada dua belah fallopian tube, kiri dan kanan. MasyaAllah nangis lega masa tu. Dekat 1 jam dalam bilik rawatan itu.


Ada Dr perempuan masuk dah last minute masa tu, tenangkan husniey sebab masa tu Dr dah pesan akan sakit sikit ni puan. Kalau sakit beritahu ye dan ternyata memang sangat sakit lebih teruk dari sengugut. "Alhamdulilah tiub puan normal ni, puan boleh mengandung dan bersalin nanti ni. MasyaAllah hebat puan dapat tahan sakit sekarang ni. Nanti senang bersalin ni. Lembut sangat suara doktor perempuan tu dia faham perasaan seorang wanita yang tersakiti disitu fuh, "sabar sikit ye lagi nak habiskan media kontras ni"

    

Kesan HSG ada pendarahan sikit, tak banyak pun. Doktor pesan jangan bersama selepas buat HSG ni, takut ada kesan negatif sebab media kontras tu bahaya sikit. Kalau kita ter 'mengandung' risau ada kesan pada janin. Sehari je rasa tak selesa bawah perut, maybe sebab dua kali kena kan. Sungguh bukan mudah perjuangan ini nak dapatkan seorang zuriat. TTC memang kena lalui. Mental kena kuat sungguh. Kagum dengan semangat kaum perempuan yang berjuang untuk membahagiakan suaminya dan keluarga. Dengan hinaan, cacian mulut orang lagi. Allahu. Perjalanan yang berliku, penuh cabaran. Allah sahaja tahu. 


Syukur Alhamdulillah lega bila tahu dengan details bahawa diri ni takde masalah. Fallopian Tube normal keduanya.Ikutkan boleh je proceed untuk rawatan IUI, setiap kali Dr sebut IUI husniey bayangkan anak kembar. Bestnya kan kalau dapat, tapi risiko tinggilah dari awal pregnancy sampai melahirkan bukanlah mudah. Tapi lagi best kalau tak payah melalui proses IUI tu, alangkah indah dapat conceive cara natural je. Sebab Dr pun ada mention, kes husniey ni lain sikit. Bukannya to conceive sebab pernah mengandung, just want to keep the baby. Gitu! So kalau ada tanda mengandung ke, UPT double line lagi ke, kena inform kepada doktor pakar O&G di hospital. Rasa macam tetiba mental ni tak bersedia nak hadap pelbagai prosedur, rawatan demi rawatan. Monolog dalam hati ni; 'takpelah sabar jelah kejap biar masa mengubat rasa ni terlebih dahulu'. Trauma sangat bila tiapkali pregnant ada pendarahan and miscarriage. Sungguh penat, sakit kehilangan sakit keguguran lagi. Nak pulihkan semangat perlukan masa.


Baca sini artikel lain;


Diuji lagi Keguguran Warded Hospital




Sekarang mood kelaut, nak rehat kejap dah penat usahakan itu ini. Bukan berserah, tapi dah gunakan konsep redha. Hati lebih tenang. Lagipun pandemik covid-19 nampak belum ada tanda ia akan tamat. Nak kena pause/hold semua usaha ini. Keadaan ekonomi pun belum stabil, sedar diri tak mampu. Doakan saja yang baik-baik buat Husniey dan Izzat, moga Allah hadirkan zuriat tepat pada masanya dan dikurniakan kesihatan yang baik. Aaamiiin 😊


Semoga bermanfaat.


Love,

Husniey

You Might Also Like

5 comments

  1. Aamiin. InshaAllah. berat dan sakit yang Husniey dan suami alami sekarang satu perjuangan yang bukan sia-sia. Hujungnya inshaAllah berbals hikmah dan nikmat luar biasa.

    ReplyDelete
  2. Amin... Inyaallah husniey... byk sabar, husniey tabah dan kuat. Betul tu allah akn dtgkan rezeki tepat pd masanya. Setiap pengorbanan ada hikmatNya... smg husniey dan Izat cpt2 dpr bby...

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan mereka yang sedang menanti kehadiran cahaya mata

    ReplyDelete
  4. Semoga kakak dikurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah ❤ Aamiin

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan husniey... kak dah lama terstop rawatan di hospital semangat xkuat nak hadap, sesama la kita bersabar dan berdoa nak ada zuriat sendiri nanti. InsyaAllah

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.