Happy Birthday Suamiku♥

Ditemani sepi larut malam, Aku terasa ingin mencoret disini. Ya, sebelum terlupa. Happy birthday buat suamiku,  yang tercinta! ...

Ditemani sepi larut malam,
Aku terasa ingin mencoret disini.

Ya, sebelum terlupa.
Happy birthday buat suamiku,
 yang tercinta!
Yang ke DuaPuluh Enam. Ya, dah 26. 
Selalunya orang ingat kami sama umur Hahaha :D

Abang selalu cakap macam ni : 
"Abang nampok muda sebab kahwin dengan orang muda" Hamboii kan :P

Doa sayang utk abang :-


"Semoga Allah jaga abang selalu. Semoga panjang umur. Murah rezeki. Dikurniakan kesihatan yang baik, semoga dengan bertambah umur,maka bertambah amalan ibadat abang. Semoga kita direzekikan zuriat yang baik baik. Sayang abang sangat kerana Allah =)"




Wajah yg sentiasa ceria   ;)


Wajah yg sentiasa ceria.   ;)


Semoga segala yang dihajati abang, Allah akan kabulkan.
 Sungguh, malam ni syg tak dapat lelap. Terkenangkan kenangan kita.
 Kenangan manis mulanya percintaan halal ini.
Terkenangkan saat saat kita diuji bermacam dugaan.
Sungguh, penyayangnya Allah. Allah bantu kita.
Allah tak pernah tinggalkan kita bila kita diuji. 


Dimalam yang kelam ini samar kelihatan wajah abang,
syg merintih dalam hati.
Menitis juga airmata walaupun bermonolog dlm hati. 

Alangkah sayu lihat wajah abang sedang tidur dlm penat setelah seharian bekerja



:'(



Andainya kita punya 'permata indah' saat ni pastinya
penat seharian tak terasa kan. 

Sungguh. Syg minta maaf..
Kerana masih belum menyempurnakan keluarga kita. 
Namun biar kita tak sempurna dimata manusia,
cukuplah kita yang tahu betapa rasa sempurnanya kita
 mencintai dan membahagiakan antara satu sama lain =') 

Kan abang?
Bahagia bagi kita. Bahagia yang tak punyai apa apa syarat.
Takde anak tak semestinya tak berbahagia. Hati kita cukup rasa bahagia.
Syukur alhamdulilah, kita direzeki kan dengan rasa bahagia.
Cukuplah sementara ini kan


Tentang anak. Biarlah Allah yang menentukan bila tiba waktu yang tepat nanti.
I love you abang, semoga kita sama sama kuat untuk jalani takdir kita.
Semoga cinta ini semakin mekar hendaknyaa..







:)

You Might Also Like

0 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.