Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol

Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.  Pada setiap tahun, sepanjang bulan Ra...

Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. 

Pada setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalendar hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu! Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan. Seram bukan? Zaman sekarang banyak penyakit yang datang mengundang dari bakteria berbahaya.


Terdapat pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan. Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:

🌸 Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan
untuk sahur dan iftar;

🌸 Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh
membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air; dan

🌸 Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.




Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, jenama Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang untuk kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.


Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan Bagi Tahun 2019 ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol.


Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai! 

You Might Also Like

9 comments

  1. Sentiasa ada produk ni kat rumah

    ReplyDelete
  2. teringat zaman kecik2 dlu. mak kerja nurse. dia asik guna dettol ni je utk anak2 dia. rindu pula nak paakai dettol ni. singgah folow sini sekali. jom terjah blog rina. :D

    ReplyDelete
  3. Dettol ni satu jenama yang kukuh..sebab dari zaman kak PC sekolah dah guna dettol ni Husniey...

    ReplyDelete
  4. the only dettol product yg ray guna is their hand sanitizer. sbb senang nak bawak ke mana2 hee

    ReplyDelete
  5. cik en kat klinik memang guna dettol hari2.. untuk kebersihan

    ReplyDelete
  6. Sejak kecil mmg dettol pilihan hati

    ReplyDelete
  7. dettol memang pilihan ramai!!

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.