BAKAL BERCUTI DI KELANTAN? NAH, PILIHAN HOTEL DI KOTA BHARU YANG MENARIK UNTUK PERCUTIAN ANDA!

Assalamualaikum. Sebut sahaja nak pergi bercuti mesti anda dah terbayangkan tempat menarik yang cantik, makanan tempatan yang popular di n...


Assalamualaikum. Sebut sahaja nak pergi bercuti mesti anda dah terbayangkan tempat menarik yang cantik, makanan tempatan yang popular di negeri tersebut. Siapa saja yang tidak terliur atau pun tergoda dengan destinasi popular dengan aneka makanan tempatannya yang unik. Kelantan antara negeri yang popular dengan tumpuan pelancong. Ketika hari minggu, musim cuti persekolahan jalanraya di sekitar Kelantan agak padat dengan kenderaan dari luar negeri. Maklum sahajalah negeri Kelantan ini terkenal dengan syurga membeli-belah dan syurga makanan. Tempat menarik seperti Wakaf Che Yeh, Pasar Besar Siti Khadijah, Rantau Panjang, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama Bachok dan banyak lagi tempat menarik, jangan lupa diletakkan sebagai senarai wajib singgah jalan-jalan ketika datang bercuti ke Kelantan.


Dah simpan senarai tempat yang anda teringin nak jalan-jalan tu, next mesti anda dah pening tefikir mana kawasan yang okay untuk menginap ketika di Kelantan, khususnya di area Kota Bharu. Terdapat banyak hotel dan penginapan di sekitar Kota Bharu yang anda boleh menginap mengikut bajet. Di Kelantan, husniey dapati harga penginapan agak berpatutan. Banyak pilihan yang murah.

1) Hotel Perdana Kota Bharu

Hotel ini terlihat mewah, reka bentuknya yang cantik dan ekslusif. Husniey sangat mencadangkan jika anda inginkan keselesaan dan suasana hotel mewah serta banyak kemudahan yang anda boleh dapatkan. 



Ramai golongan korporat dan VIP yang selalu menginap disini. Husniey pernah juga merasa makanan disini. Hotel Perdana ada acara Perdana Street Food pada setiap tahun, memang meriah gerai yang disediakan ketika acara itu. Mesti anda teruja puashati dengan servis di Hotel Perdana Kota Bharu. Lokasi hotel ini terletak di Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu.

2) Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu

Merupakan hotel yang terletak berdekatan dengan kawasan Wakaf Che Yeh yang jaraknya 100 meter sahaja, sesuai untuk anda yang sukakan kawasan berdekatan bandar. Yelah senang nak keluar shopping kan. 




Kemudahan disediakan juga agak banyak. Paling best siap ada kolam renang. Kanak-kanak pasti teruja dengan percutian di hotel yang punya kemudahan kolam renang. Pilih saja bilik yang bersesuaian untuk anda dan keluarga menginap. Bertaraf empat bintang dan pastinya anda akan rasa selesa dengan suasana hotel.

3) MR J Hotel 

Mr J Hotel ini kalau tak silap dah bertukar nama sikit jadi OYO Hotel, MR J Wakaf Che Yeh 2. Ia merupakan pilihan hotel yang bajet, pada husniey hotel ini sesuai untuk anda yang travel cara backpackers bersama kawan-kawan atau keluarga kecil. 



Yang penting hotel ini menyediakan kemudahan hampir sama lengkap dengan hotel lain, dekat juga dengan kawasan bandar. Senang nak cari makan tak perlu dah nak berjalan jauh. Restoran masakan panas juga ada banyak di sekitar hotel. Husniey pernah survey hotel ini sebelum ini semasa hendak travel ke Kota Bharu. Nampak suasana sekitar situ okay, happening. 

Jika inginkan lebih banyak pilihan hotel, penginapan terbaik klik sini; SENARAI 21 HOTEL DI KOTA BHARU, KELANTAN UNTUK PERCUTIAN BERMAKNA. 



Bagasi.my merupakan blog yang menyiarkan artikel tentang tempat percutian di seluruh Malaysia. Tujuan blog Bagasi.my ini adalah menggalakkan pelancong tempatan bercuti dan mewar-warkan destinasi pelancongan yang indah. 


Di laman web Bagasi.my anda boleh mendapatkan informasi padat serta tepat. Klik saja pada negeri yang anda ingin lawati dan anda akan jumpa pelbagai info tentang pelancongan. Semoga entri ini membantu untuk anda yang ingin merancang percutian ke Kota Bharu

Info lanjut sila rujuk, 

You Might Also Like

7 comments

  1. good sharing, thun ni memg plan nk ke pantai timur, jalan2 cari mkan gittew

    ReplyDelete
  2. Bagasi.com memudahkan cara dan menjadi solusi kepada yang sedang mencari-cari info sebelum memulakan perjalanan menuju destinasi.

    ReplyDelete
  3. Bagasi memudahkan kita mencari hotel terbaik di sesuatu tempat. Memang bestlah

    ReplyDelete
  4. wah bestnya ada list macam ni nanti boleh refer

    ReplyDelete
  5. kelantan x penah pegi lagi. taktau nak pegi ke tak hahaha

    ReplyDelete
  6. Pernah stay di HoteL Perdana. Selesa, reasonable dan dekat dengan bandar. Recommended.

    ReplyDelete
  7. Pernah pergi kelantan sekali je..tu pun masa kecik2, sebab makcik kawen dengan ore klate..teringin nak cuti2 malaysia kat kelantan nanti..tq untk list hotel ni Husniey!

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.