Review Camera Canon EOS M100 - Wishlist 2020 Hendak Memiliki Kamera Tercapai

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya. Semoga para pembaca blog ini sihat walafiat, berbahagia selalu ya. Mood menulis agak...



 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya. Semoga para pembaca blog ini sihat walafiat, berbahagia selalu ya. Mood menulis agak kelaut dalam setelah diuji keguguran haritu, bukan menyalahkan takdir namun ujian kali ini memang terasa meninggalkan kesan mendalam di dalam jiwa. Okay berbalik kepada tajuk, agak lama husniey tak berkongsikan review tentang gajet yang dibeli.

Sudah lama idamkan untuk memiliki kamera yang lebih canggih dan berkualiti tinggi dalam menghasilkan gambar dan video. Kini terdapat banyak pilihan dalam pasaran kan, tinggal kita sediakan wang mengikut bajet. Ada orang merasa cukuplah tangkap gambar menggunakan smartphone, tak perlu dah membazir beli kamera yang harganya lumayan mahal. Namun bagi sesetengah orang menghasilkan gambar yang berkualiti adalah satu keperluan. Contohnya bagi seorang wartawan, jurugambar dan pengembara mestilah wajib menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi dalam menjalankan tugas. Rasa puas hati sangat bila tiapkali gambar yang dihasilkan tampak sharp, focus dan lain-lain kriteria.

Sedikit Maklumat Tentang Kamera Mirrorless Canon EOS M100

Kenapa tak memilih kamera jenis DSLR? Husniey jatuh suka dengan design jenis mirrorless ini lebih compact, senang dicapai dan tak terlampau berat seperti DSLR. Penjagaan kamera mirrorless ini pun nampak lebih mudah, kalau kamera DSLR pula banyak setting manual untuk shoot gambar atau video. Haa belum cekap nak bermain dengan settings Apperture, ISO dan sebagainya. Haha.


Hitam manis pilihanku


Canon EOS M100 keluaran pada tahun 2017. Hadir dengan empat variasi warna (bergantung pada ketersediaan): merah jambu, putih, hitam dan kelabu. Reka bentuk EOS M100 tampak kontemporari, moden. Skrin yang boleh dilaras, sesuai untuk anda yang kaki selfie takde orang nak ambil gambar pun masih okay ye cuma perlu flip skrin ke atas. Then nampaklah bahagian muka. Reka bentuk melengkung dari belakang ke depan di permukaan atas memungkinkan jari pengguna untuk bersandar lebih semula jadi pada suis mod. Mudah dikendalikan bila reka bentuknya user friendly.
EOS M100 dilengkapi panel yang membolehkan anda TOUCH SCREEN. Hampir semua tetapan kamera boleh gunakan fungsi touch screen. Ini termasuk Sentuhan AF, touch shutter (klik di skrin dan terus auto snap) mod pengambilan gambar, dan pengaturan keseimbangan putih. Senang difahami sesuai untuk beginner yang baru nak belajar menggunakan kamera, dua tiga hari dah hadam cara-cara penggunaan kamera ini.

·         Dual Pixel CMOS AF
·         24.2-megapixel APS-C CMOS sensor and DIGIC 7
·         Full HD 60p
·         Wi-Fi / NFC and Bluetooth low energy technology supported (Ini paling BEST senang nak copy gambar direct dari kamera ke smarthphone anda, tak perlu buka kat laptop dah)
·         Image Format: JPEG, RAW, JPEG + RAW
·         Movie Format: MP4 (Senang nak edit video)




Shooting Mode: Scene Intelligent Auto, M, Av, Tv, P, Creative Assist, Hybrid Auto, Self Portrait, Portrait, Smooth Skin, Landscape, Close-Up, Sports, Food, Handheld Night Scene, HDR Backlight Control, Grainy B/W, Soft Focus, Fish-eye Effect, Art Bold Effect, Water Painting Effect, Toy Camera Effect, Miniature Effect, High Dynamic Range, Movie** Standard Movie, Manual Movie, Time-lapse movie, Shooting movies is possible with the movie button [Tengok, banyakkan shooting mode yang terdapat pada camera canon EOS M100) Terbaiklah!

Hasil Gambar Diambil Menggunakan Kamera EOS M100

Bila dah beli kamera mestilah nak tengok hasilnya kan? Canon Eos M100 ini nak kata tersangat cantik hasil gambarnya itu tidaklah kan, tapi sangat memuaskan hatilah. Gambar lebih sharp berbanding menggunakan telefon. Terdapat banyak mode yang boleh cuba guna sesuai dengan keadaan. Suka guna creative assist, then boleh touch screen untuk memilih titik focus pada gambar. Ingatkan banyak destinasi menarik dapat bercuti tahun ini sekaliii haaa datang si covid-19 yang nakal terus batalkan niat hendak bercuti ke negara orang. Dalam negara pun takut nak pergi, sempat ke Tasik Kenyir dan menginap di resort saja bersama suami sebelum keadaan menjadi makin rumit haritu. Alhamdulilah bersyukur seadanya, sabar sajalah sekejap kan moga cepat pandemik ini berakhir dapatlah kembali travel seperti biasa. Jomlah tengok hasil gambar yang husniey dah rakamkan sepanjang menggunakannya sejak January 2020.

Dari dalam houseboat - Indah tenang nyaman

Hijau Tasik Kenyir


Reflection

Zoom in -
Husband. Duyong Marina Resort Feb 2020

Nampakkan husniey pegang kamera tu, tak besar sangat saiznya :)
Pantai Batu Buruk

Mac 2020 -- Landmark baharu Kuala Terenganu. DrawBridge

Hanya Beli Di Shopee, Banyak Dapat Free Gift

Banyak tempat cuba survey tapi kata orang kalau nak murah dan berpatutan boleh cari di atas talian.  Memilih membeli kamera ini di Shopee. Alhamdulilah rezeki husniey bila dapat pada harga sangat berbaloi. Bukan hanya mendapatkan basic kamera, tapi juga ada beberapa free gift turut diberikan oleh penjual. Hadir dengan kotak kamera Bersama lens, beg kamera berjenama Canon, tripod, UV filter, peralatan membersihkan lens dan kamera, charger, bateri tambahan. Paling menarik dah ada memory card turut tersediakan. Lengkap semua barang asas serta siap free gift bonus yang tak berapa penting macam tripod tu kan. Syukur sangat. Kos hangus? RM 1,574.50 all include, yang best dapat Shopee coins sehingga 15k masih belum habis digunakan, tiapkali shopping di Shopee bolehlah tebus. 



Ada kawan blogger yang punya kamera serupa ni dia bagitahu harga dia beli tahun lalu hampir dua ribu, sangat jauh beza harga yang husniey dapatkan di Shopee. Fuh mencekik kan.. Jadi berapa rating untuk kamera CANON EOS M100 – Rating diberikann 8.5/10. Really recommended untuk kegunaan bergambar merakam video, sesuai untuk semua golongan. Like bloggers, vloggers, beginner, peminat kamera yang malas nak bawa DSLR sesuai gunakan kamera ini. Rasanya cukup sampai disini perkongsian pada kali ini, apa saja pertanyaan pasal kamera boleh bertanyakan di email husnieyg@gmail.com. Semoga bermanfaat! 😊😊


📍 Jom berbelanja online dapatkan cashback daripada Shop back, Husniey dah guna Shopback selama 4 tahun. Alhamdulillah tiap 2 bulan withdraw cashback! Sign Up Here ✨

You Might Also Like

5 comments

  1. Compact dan nampak mudah utk bawa ke mana2 terutama kaki travel...tq for info

    ReplyDelete
  2. wow.. kak liez hr tu mmg la nak jugak beli tapi makin lama dah hilang selera nak beli.. fikir benda lain yg penting..

    ReplyDelete
  3. thanks Husniey share info.. wishlist ni

    ReplyDelete
  4. ingatkan husniey beli walk in kedai,, beli kat shopee rupanya cantik jugak gambar

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.