MCTS Tok Jembal - Kedai Seafood Celup Tepung Popular Di Terengganu

Kedai Makan Celup Tepung Terbaik MCTS - Celup Tepung Station Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Diharapkan semuanya dalam keadaan ba...

Kedai Makan Celup Tepung Terbaik MCTS - Celup Tepung Station


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Diharapkan semuanya dalam keadaan baik yer. Dah lama rasanya husniey tak berkongsi pasal tempat makan best di blog ini. Apa kata kali ini kita baca pasal kedai celup tepung di Terengganu. Biasanya hari minggu memang husniey mencari menu celup tepung di tepi pantai.


Terdapat banyak kedai memang pening nak pilih, tapi ada satu kedai ini yang husniey suka berhenti singgah makan. Kedai celup tepung yang popular itu, MCTS asalnya terlebih dahulu dikenali sebagai Mr Celup Tepung Station. Untuk pengetahuan anda. kini menukar jenama kepada MCTS. MCTS  cawangan pertama adalah terletak di Kampung Penarik, Terengganu. 


Terletak berhampiran dengan Pantai Penarik Setiu Terengganu. Cantik permandangan dekat kedai MCTS Penarik. Tenang sungguh fikiran dapat makan sotong celup tepung sambil tengok laut membiru. Sedikit info untuk semua, MCTS mula beroperasi di MCTS Penarik pada 28 Januari 2017 manakala bagi MCTS Tok Jembal baru saja dibuka sejak 27 Januari 2022.


MCTS Tok Jembal

Husniey pernah singgah beberapa kali, biasanya kalau dalam perjalanan lepas balik dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu mesti singgah kedai MCTS Penarik. Untuk pelancong yang kali pertama datang ke Terengganu. Tak pasti hendak mencuba menu celup tepung yang sedap, husniey cadangkan mencuba di kedai MCTS cawangan kedua di Tok Jembal, Gong Badak, Terengganu. Dekat sikit dengan kawasan Kuala Terengganu. Lepas berjalan sakan bergambar di DrawBridge dan Pasar Payang korang bolehlah enjoy makan celup tepung pula ye.



Menu Signature Wajib Rasa di MCTS

Bila dah singgah ke MCTS korang wajib merasai keenakan menu signature yang popular di MCTS. Mestilah makanan laut yang digoreng celup tepung. Paling win mestilah sotong! Suka sangat makan sotong celup tepung. Rangup, lembut je sotong tu bila digoreng masih segar. Syok makan panas-panas. Selain itu turut terdapat menu nasi seperti nasi ayam geprek, set poligami, ikan bakar dan banyak lagi menu.

Set Abang Sayang untuk 2 orang makan


Lebih menarik lagi kan, korang boleh membuat pesanan mengikut set combo yang telah dinamakan dengan Set Poligami, Set Menantu Idaman, Set Abang sayang. Harga bagi set ini pun berpatutan dah tak perlu risau sebab dalamnya sudah termasuk sotong, ketam, udang, iakn dan bebola goreng lainnya. Memang syoklah kalau cicah cuka lada tu. Husniey sarankan kalau dah pesan menu seafood celup tepung kena padankan dengan air coconut shake ye, confirm makan tak pandang kiri kanan dah. Sedap tak terkata minum petang coconut shake tepi pantai, sorry lah mesti tak hirau dah pasangan kat sebelah, Hee.😜

Set Poligami untuk 3-4 orang makan

Set Menantu Idaman untuk 7-8 orang makan



Keistimewaan MCTS Berbanding Kedai Celup Tepung Lain

Makanan hasil laut yang segar. Biasanya letak aje panas - panas cepat habis, terus kena sambar oleh pelanggan. Laku panas mestilah sotong, ikan celup tepung, keropok goreng dan banyak lagi. Di MCTS memastikan pemilihan bahan mentah yang berkualiti untuk menghasilkan tepung yang sedap dan rangup. 


Kedai yang cantik dan bersih dengan pemandangan tepi laut. Walaupun lokasi di tepi laut tapi teduh selesa tempatnya. Bukan itu saja, kemudahan lengkap di sediakan seperti surau dan tandas untuk kegunaan pelanggan MCTS. Tak payah risau untuk mereka yang musafir, boleh singgah solat disini. 


MCTS Penarik

Paling rare tentang MCTS, ada sediakan tempat untuk bergambar yang cantik. Bolehlah nak OOTD tu kan. Suka tengok ada port love lah, buaian dan lain-lain. Wajiblah bergambar sekeping dua setelah kenyang makan-makan di MCTS. Jangan lupa masukkan port makan menarik ini dalam senarai korang apabila datang bercuti ke Terengganu! 


Lebih menarik lagi kan bukan orang biasa je suka datang makan dekat sini, Menteri Besar Terengganu pun dah beberapa kali repeat makan kat MCTS ini siap bawa satu keluarga lagi singgah makan disini. Hebat bukan? Jangan lupa singgah ke MCTS Tok Jembal di Gong Badak Terengganu yer confirm tak menyesal makan celup tepung dekat sini ~ 


@mrceluptepungstation TQ kak @nadia.brian singgah MCTS sebelum ke Pulau Redang😍 tapi mana @mamatgotnochill ?? #sibudaknadia #mamatgotnochill #mcts #celuptepung #seafood #pantaipenarik #terengganu ♬ BUM BUM TAM TAM - Rubiarblxx


MEDIA SOSIAL MCTS:

Facebook Page | Instagram | Tiktok


MCTS TOK JEMBAL 

Lot 31185-A Jalan Kubang Badak, Kampung Kubang, 

21300 Kuala Terengganu, Terengganu


MCTS PENARIK 

Lot 4067, Hadapan Kubur, Kampung Penarik, 

22120 Setiu, Permaisuri, Terengganu


WAKTU OPERASI

MCTS PENARIK – 10 pagi – 8.00 malam

MCTS TOK JEMBAL – 12 tengahari – 8.00 malam


Baca sini juga:

5 Tempat Menarik Terkini Di Negeri Terengganu!

Healing Trip - Pulau Kapas Terengganu


You Might Also Like

2 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.