Akhiri 2023 dengan 'Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y.'

KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2023 – Menjelang penghujung tahun, destinasi sehenti kegemaran Malaysia untuk keperluan perkakas rumah mampu mili...

KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2023 – Menjelang penghujung tahun, destinasi sehenti kegemaran Malaysia untuk keperluan perkakas rumah mampu milik, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] mengadakan inisiatif 'Jualan Mega Akhir Tahun' (YES) yang berlangsung sepanjang Disember, menawarkan rakyat Malaysia diskaun sehingga 40 peratus untuk 180 produk.


Pelanggan boleh meneroka pelbagai barangan diskaun yang menarik daripada perkakasan, barangan keperluan rumah, barangan elektrik, mainan, alat tulis, peralatan sukan, serta produk F&B dengan melawati cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara serta dalam talian di mrdiy.com.my.


Antara tawaran yang menarik adalah produk berikut; peneduh matahari statik [2's] [38cm x 44 cm] - berharga RM3.50 (Harga Biasa: RM5.30). Pelekat dinding dapur [90cm x 60cm] - pada RM2.30 (Harga Biasa: RM3.50). Pembersih pelbagai permukaan DETTOL [lavender/citrus - 1.5L + 500ml] - boleh didapati pada harga RM14.90 [Harga Biasa: RM18.30].


Rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun sehingga 40 peratus untuk 180 produk di MR D.I.Y.

sempena 'Jualan Mega Akhir Tahun' peruncit pada Disember ini.



Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh, berkata “Sebagai peruncit perkakas rumah, kami tidak berbelah bahagi dalam komitmen kami untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan nilai yang luar biasa. Jualan Mega Akhir Tahun kami bukan sekadar inisiatif biasa—ia adalah sambutan untuk penjimatan. Sertai kami untuk menutup tahun ini bersama-sama dengan nilai yang luar biasa dan pelbagai produk berkualiti yang meningkatkan kehidupan harian anda, semuanya pada "Always Low Prices".



Berita baik kepada para pelanggan Kumpulan MR D.I.Y.. Mereka yang layak menebus RM100 eMadani juga boleh menerima ganjaran pulangan tunai dengan membelanjakan minimum RM40 dan menikmati pulangan tunai RM2 apabila mereka menggunakan fungsi “Pay”  Touch ‘n Go eWallet di MR D.I.Y.,

MR. DOLLAR, dan MR. TOY yang mengambil bahagian.



Rebut peluang untuk menambah barangan keperluan, menghias semula ruang rumah dan menyambut tahun baharu dengan penjimatan dengan Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y.! Untuk maklumat lanjut, lawati laman web MR D.I.Y., mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, dan media sosial -  Facebook, Instagram, dan TikTok



-TAMAT-


Mengenai Kumpulan MR. D.I.Y. (M) Berhad 


Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad adalah peruncit tempatan dengan lebih daripada 1,200 kedai di seluruh Malaysia dan Brunei. Kumpulan ini menguruskan empat jenama - MR D.I.Y., MR DOLLAR, MR TOY, dan EMTOP. Jenama tempatan ini bermatlamat untuk menghasilkan impak positif kepada komuniti di mana ia beroperasi dengan menawarkan lebih daripada 20,000 keperluan harian yang "Always Low Prices" di lokasi-lokasi yang mudah dikunjungi di seluruh negara dan melalui platform e-dagangnya, mrdiy.com.my.


Kedai-kedai MR D.I.Y. menawarkan pelbagai produk meliputi lima kategori utama, iaitu perkakas, keperluan isi rumah dan perabot, elektrik, alat tulis, dan kelengkapan sukan, serta pelbagai produk lain seperti mainan, aksesori kereta, perhiasan, kosmetik, serta makanan dan minuman.


Syarikat ini sentiasa berusaha meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dengan mengendalikan model perniagaan yang inovatif dan fleksibel, menawarkan pelbagai produk yang berkualiti dengan nilai terbaik, dalam format kedai yang menarik. Semua kedai MR D.I.Y. diuruskan secara langsung, dengan kerjasama para pemilik premis kedai dan pusat membeli-belah.


Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., sila layari www.mrdiy.com.


You Might Also Like

1 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.