2/09/2019 09:00:00 pm
5 Sebab Anda Perlu Datang Awal Ke Lapangan Terbang KLIA2
2/09/2019 09:00:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua.. Sebenarnya telah lama terdetik nak kongsikan pengalaman yang lepas husniey dan tuan suam...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua.. Sebenarnya telah lama terdetik nak kongsikan pengalaman yang lepas husniey dan tuan suami di lapangan terbang KLIA 2. Dah dua kali kami hadapi perkara yang sama ketika di airport. Perlu membuat pengesahan di kaunter setelah print boarding pass di kiosk.
Jom baca artikel penuh dibawah apa sebabnya kena datang awal. Mungkin ada prosedur yang anda tak tahu 😁
1) Perlu Check In Bagasi
Husniey tahu mesti ramai dah sedar tentang hal ini. Kalau pengembara yang jenis 'travel light' tak ada masalah. So please datang awal kalau ada bagasi besar dan barang berat yang perlu anda check in di kaunter.
2) Cetak Boarding Pass Sendiri
Di KLIA 2 terdapat banyak kiosk untuk anda cetak sendiri tiket kapal terbang.
Jika dah check in secara online ketika di rumah, jadi mudahlah cuma perlu simpankan di telefon kod bar yang telah diberikan di email. Then jika belum check in, boleh je check in dekat mesin yang disediakan. Prosedur ini kejap saja. Peruntukkan masa 5 minit.
3) Pengesahan di Kaunter
Pada kembara yang terakhir kami ke Lombok dan Hatyai pada tahun lalu, 2018. Diminta untuk membuat pengesahan di kaunter. Patutlah nampak pelik je boarding pass kami tu. Ada cop hitam. Bila sampai di pintu perlepasan antarabangsa, tunjukkan kepada Encik Polis boarding pass dan passport. Katanya ni belum disemak dan disahkan.
Kena sahkan di kaunter. Masa tu terkejut jugalah. Eh dah kenapa pulak ni. Prosedur baru agaknya. Inilah kaunternya. Kalau musim cuti, memamng padat dengan manusia. Lekas kami beratur di kaunter untuk pengesahan dokumen perjalanan.
Rupanya orang lain turut sama kena buat prosedur ini. Jadi anda kalau nampak aje cop ini. Sila bergegas ke kaunter dengan kadar segera untuk semakan dokumen bagi mengesahkan pas masuk! Masa yang diperlukan disini lebih kurang 10 minit.
4) Pemeriksaan Keselamatan dan Imigresen
Pastikan anda semua mempunyai masa yang cukup. Ini merupakan prosedur terakhir sebelum berjalan ke Gate. Pemeriksaan keselamatan dan imigresen makan masa lama jugak walaupun ada banyak kaunter.
5) Berjalan Ke Pintu Gate Mengambil Masa 20 Minit
Selepas sahaja melepasi beberapa kali pemeriksaan keselamatan dan buat prosedur di kaunter imigresen. Anda perlu berjalan ke gate. Jarak untuk menuju ke pintu gate kita berlepas agak jauh lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Pernah dua kali hadapi pengalaman lokasi gate kami ditukarkan. Hmm kalut berlari.
Masa berjalan ini akan jumpa board so kena alert nombor kapal anda, waktu berlepas, dan nombor gate yang ditetapkan. Nombor gate tu adakalanya berubah lokasi. Hmm contohnya kita naik bas di TBS ada beberapa platform kan 1,2,3. Di KLIA 2 pula gate nya huruf. Buatnya dari P tukar ke Q, jauh kena menapak.
1) Perlu Check In Bagasi
Husniey tahu mesti ramai dah sedar tentang hal ini. Kalau pengembara yang jenis 'travel light' tak ada masalah. So please datang awal kalau ada bagasi besar dan barang berat yang perlu anda check in di kaunter.
Baca sini juga artikel menarik:
2) Cetak Boarding Pass Sendiri
Di KLIA 2 terdapat banyak kiosk untuk anda cetak sendiri tiket kapal terbang.
Jika dah check in secara online ketika di rumah, jadi mudahlah cuma perlu simpankan di telefon kod bar yang telah diberikan di email. Then jika belum check in, boleh je check in dekat mesin yang disediakan. Prosedur ini kejap saja. Peruntukkan masa 5 minit.
3) Pengesahan di Kaunter
Pada kembara yang terakhir kami ke Lombok dan Hatyai pada tahun lalu, 2018. Diminta untuk membuat pengesahan di kaunter. Patutlah nampak pelik je boarding pass kami tu. Ada cop hitam. Bila sampai di pintu perlepasan antarabangsa, tunjukkan kepada Encik Polis boarding pass dan passport. Katanya ni belum disemak dan disahkan.
![]() |
| Cop hitam pada boarding pass |
![]() |
| Dah cop merah baru boleh lalu perlepasan antarabangsa |
Rupanya orang lain turut sama kena buat prosedur ini. Jadi anda kalau nampak aje cop ini. Sila bergegas ke kaunter dengan kadar segera untuk semakan dokumen bagi mengesahkan pas masuk! Masa yang diperlukan disini lebih kurang 10 minit.
4) Pemeriksaan Keselamatan dan Imigresen
Pastikan anda semua mempunyai masa yang cukup. Ini merupakan prosedur terakhir sebelum berjalan ke Gate. Pemeriksaan keselamatan dan imigresen makan masa lama jugak walaupun ada banyak kaunter.
5) Berjalan Ke Pintu Gate Mengambil Masa 20 Minit
Selepas sahaja melepasi beberapa kali pemeriksaan keselamatan dan buat prosedur di kaunter imigresen. Anda perlu berjalan ke gate. Jarak untuk menuju ke pintu gate kita berlepas agak jauh lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Pernah dua kali hadapi pengalaman lokasi gate kami ditukarkan. Hmm kalut berlari.
Masa berjalan ini akan jumpa board so kena alert nombor kapal anda, waktu berlepas, dan nombor gate yang ditetapkan. Nombor gate tu adakalanya berubah lokasi. Hmm contohnya kita naik bas di TBS ada beberapa platform kan 1,2,3. Di KLIA 2 pula gate nya huruf. Buatnya dari P tukar ke Q, jauh kena menapak.
| Credit: klia2.info |
Tidak akan dibenarkan menaiki pesawat jika gagal berada di pintu masuk 20 minit sebelum waktu perlepasan. Selalunya memang agak awal husniey berada di airport, contohnya flight waktu pagi jam 10 am. Malam dah standby awal berada di airport. Lepas solat subuh di surau dan sarapan awal pagi, pukul 8 pagi macam tu husniey akan berjalan ke gate jika waktu boarding pada pukul 10 pagi. Sekian, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat ❤





