Cara Menaiki Bas di Bandar Seoul / Busan, South Korea - Husniey Husain

Thursday, 11 April 2019

Cara Menaiki Bas di Bandar Seoul / Busan, South Korea

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, moga korang sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah 8 April haritu maka berakhirlah trip ke Korea Selatan. Dari 30 March 2019 husniey berada di Korea. 10 hari. Paling lama setakat ini. Duit pun dah kering. Hahaa. Kali ini mari mulakan kisah mengembara ke Korea dengan informasi tentang pengangkutan bas. Haa molek lah tulis sementara ingatan masih segar lagi ni.


Bila kita mengembara ke negara maju, antara perkara paling penting ialah mengetahui cara hendak berjalan dari satu tempat ke tempat lain. Perkara ini merupakan asas bagi traveller. Seeloknya sebulan dua sebelum mula mengembara anda perlu bersiap sedia dengan melakukan kajian serba sedikit tentang public transport di Korea. Ada banyak information yang kita boleh dapat bila buat research di Google.

Antara Pengangkutan Utama di Korea

Kalau tahun 2017 husniey travel di Jepun dengan menaiki keretapi. Manakala kini di Korea, husniey mencuba menaiki bas awam pula. Terdapat sangat banyak jenis bas dapat dilihat jika anda ke Korea. Husniey mula buat perbandingan kelebihan dan kekurangan naik bas, nampaknya menaiki bas di Korea juga pilihan terbaik dan efisien selain bergerak dengan menaiki metro (subway). Bas akan berhenti terus di hadapan destinasi kita nak pergi. Kalau naik subway kena gigih sikit banyak guna tenaga untuk naik turun tangga.. πŸ˜‚


Bas di Korea ini berjadual dan sangat tepati masa. Boleh dikatakan kurang 10 minit pasti muncul bas di setiap hentian bas. Tak perlu nak angkat tangan macam kat kita, di Korea bas pasti berhenti pada hentian. Dari Seoul ke Busan dan juga ke wilayah lain pasti ada pengangkutan bas awam. Rakyat tempatan Korea juga menggunakannya.

Baca disini artikel menarik:

Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci dan Pelembap dari Hansaegee Nature (Made In Korea) 

Cara Menjadi Pemandu Berhemah

Pengalaman Bawa Adik Umur Bawah 18 Tahun Travel Ke Luar Negara Tanpa Ibu Bapa

Langkah Menaiki Bas di Korea:

Pertama sekali, penting bagi anda memiliki kad T- MONEY (ia seperti kad touch n go). Boleh dibeli kat convenient store seperti CU, 7E, GS25 bila anda tiba di Korea. Dalam airport ada juga kedai macam ni. Macam husniey dapat kad T Money itu secara percuma sebab menjawab survey Discover Korea Your Way, yang dikelola oleh Korea Tourism Organization, (KTO). Nak bayar tambang bas secara tunai pun boleh, tapi guna kad T MONEY tu lagi senang, juga lebih murah tambang bas.



Kedua, anda perlu tentukan destinasi yang menjadi arah tujuan. Sila gunakan khidmat google maps untuk melihat penunjuk arah. Setelah membuat carian di Google maps pasti anda akan lihat beberapa pilihan bas berserta nombor bas. Semasa buat carian itu juga ada memberitahu bas akan berhenti dimana dan pada jam berapa ia bergerak, berapa hentian. So anda boleh selidik betul-betul semua tu penting untuk diambil tahu.

Contoh carian menggunakan Google Maps

Pergi ke hentian bas. Tunggu di perhentian bas. Untuk memastikan bahawa, ia betul ke tidak, rujuk pada nombor bas yang tiba. Anda juga boleh bertanya pada orang awam. Di Korea setakat pengalaman husniey mengembara bersama suami, ramai orangnya cuba membantu bila kita bertanya arah. Siap ada yang cuba bantu searching juga, walaupun perbualan antara kami agak terbatas. Dah macam ayam itik bercakap πŸ˜‚. Kalau orang tua (ahjussi ahjumma) yang berumur sikit macam takut takut nak bantu. Orang muda okay. Oppa Noona sporting! 😍

Informasi pasal perjalanan bas ikut nombor

Haa satu lagi tiba je di hentian bas, sila rujuk pada information board dekat situ. Nota kaki, jangan tertukar bas. Adakalanya kita tengok betul dah nombor 507, tapi bila naik dia menghala ke lain. Maknanya itu route yang berlawanan. Kalau jadi situasi seperti itu, sila cepat turun dan ke hentian bas yang bertentangan jalan.


Bila bas tiba, imbas T Money dahulu di mesin dekat pemandu. Kena cepat dan standby kad dah di tangan, kalau baru tercari cari kad masa naik tu, mahu kena pandang sinis.. Pemandu bas memang kejar masa. Dia akan tengok setiap orang dah bayar belum. Heee. Untuk bayar hanya imbas sekali je. Kalau tengok K Drama ada juga yang imbas kad T money masa nak turun bas tuh kan, itu hanya untuk check balance 😊

Semasa dalam bas, sila dengar pengumuman yang dibuat dalam bas tentang destinasi seterusnya yang bakal dia berhenti. Sesetengah bas tidak ada translate dalam bahasa Inggeris. So kena bersedialah buka Google maps dan rujuk. Kena try and error, lama kelamaan pasti cekap! Seronok tengok karenah Korean dalam bas. Dapat juga layan permandangan sekitar bandar.

Permandangan di Gamcheon Cultural Village

Sedikit maklumat penting. Husniey difahamkan bas di Korea ada banyak warna. Paling murah bas berwarna biru. Bas yang berwarna hijau serta berwarna merah (selalunya pergi lebih jauh dan tambang agak mahal sedikit). Yang nak pergi dekat ni selalunya warna biru. Tambang bermula sekitar 1,200 won sehala. T Money boleh ditambah nilai di semua convenience store. Anda boleh tambah nilai ikut kemampuan. Husniey selalu tambah nilai 5,000 - 10,000 won. Kalau dari airport Incheon tu nak ke tengah bandar, tambah nilai 10,000 won sekejap je guna, dah nak habis.

Rumusan? Best ke husniey naik bas. Tak renyah ke. Best je. Kalau korang pernah rasa naik bas rapid. Macam bas bandar tu, haa sama je konsepnya. Tak susah pun. Cuma kena study jelah sikit. Baru mudah urusan dan kurang buat silap. Semoga perkongsian ini bermanfaat.. Doakan husniey mood okay dapat siapkan entri cerita travel ke Korea secepat mungkin πŸ˜‚

6 comments:

  1. Cepat tu lebih kurang 10 minit bas dah sampai...tak buang masa dan tak sempat bosan nak tunggu bas Husniey..

    ReplyDelete
  2. kalu bas malaysia aku macam dop berapa nak try sangat, klu korea rasanya nak try sebab tepati masa and disiplin. dop bau kepam hop penting.

    ReplyDelete
  3. seronok mama baca pengalaman good info

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg sngt bermakna akak.. boleh dijadikan rujukan buat smua. <3

    ReplyDelete
  5. Public transport diaorg bagus kan

    ReplyDelete
  6. kalau ada rezeki ke sana lagi nak try naik bus lah pulak. sebelum ni dok naik metro je jenuh nak panjat tangga tinggi tu. hehe

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com