10/31/2019 07:02:00 pm
Bercuti Ke Pulau Kapas bersama Keluarga ~
10/31/2019 07:02:00 pmAssalamu'alaikum Percutian ini dirancang sejak awal tahun ini lagi, dari bulan Januari lagi tak silap saya. Siap mak...
Assalamu'alaikum
Percutian ini dirancang sejak awal tahun ini lagi,
dari bulan Januari lagi tak silap saya. Siap mak saudara saya buat group WhatsApp lagi khas untuk trip ini 😂
Tempahan semua telah dibuat dari bulan Februari.
Kami tempah empat bilik hotel pada harga berpatutan. Paling maksimum boleh muat satu bilik sehingga 5 dewasa.Alhamdulillah dapat juga saya dan keluarga, berlima satu bilik, nak jimat sebenarnya. . .
Kalau makin banyak bilik makin mahal pula nanti.. hihi kami sekeluarga semua ambil pakej lengkap untuk 2 hari 1 malam di Pulau Kapas
Kami tempah empat bilik hotel pada harga berpatutan. Paling maksimum boleh muat satu bilik sehingga 5 dewasa.Alhamdulillah dapat juga saya dan keluarga, berlima satu bilik, nak jimat sebenarnya. . .
Kalau makin banyak bilik makin mahal pula nanti.. hihi kami sekeluarga semua ambil pakej lengkap untuk 2 hari 1 malam di Pulau Kapas
Makan 3x, Bot Dua hala (Jeti - Pulau - Jeti), Penginapan Air cond, Berdekatan pantai,Bilik pun selesa sangat.. Ada TV, ada balkoni, sejadah, katil dan tilam tambahan diberi. Termasuk snorkeling trip dan peralatan.
BILIK 1 : Dua Dewasa : RM 195 x 2
BILIK 2 : Dua Dewasa, 2 kanak kanak : RM 195 x 2
BLIK 3 : 4 Dewasa, 2 kanak kanak : RM 165 x 4
BILIK 4 : 5 Dewasa : RM 160 x 5
✔️Kanak - kanak : RM 115/pax
Umur bawah dua tahun adalah percuma,
3 hingga 11 tahun kanak - kanak
Bersambung kisah ke Pulau Kapas :
Pagi sebelum jam 11, berkumpul di Jeti Marang.. Ada mak saudara saya yang datang dari Klang, ada yang dari Johor dan dua buah keluarga lagi dari Kemaman. Semuanya 13 Dewasa, 4 kanak kanak.
Ini pun masih ramai yang tak dapat pergi, ada yang kerja tak dapat nak cuti dan ada juga urusan lain
11.30 am : Bertolak ke Pulau Kapas menaiki bot. Perjalanan menaiki bot ke pulau ni tak lama pun, cuma 10 minit. Ini yang saya suka tentang Pulau Kapas, dekat je. Tak sempat nak pening dan mabuk laut pun ^_^
12 tengahari : Check in bilik. Duk rehat bergolek golek sebentar di bilik, sebelum keluar untuk makan tengahari
1 pm : Makan tengahari dan selepas makan kami ke bilik semula untuk solat zohor --
3 pm : Snorkeling Time. Happy sangat dapat snorkeling kat tepi pantai, mungkin boatman tu tengok kami ni bersama keluarga, ada kanak kanak dan boleh agak kot kami ramai yang tak mahir berenang tu yang dibawa snorkeling dari tepi pantai.. Cantik sangat permandangan kat sini air pun jernih, cuaca comel je haritu
![]() |
| Mak sedara saya dan sepupu sepupu saya ~ |
![]() |
| Saya dan suami, abaikan saya yang nampak gelap tu.. T_T Kami belakangkan cahaya kot tu nampak gelap |
![]() |
| Jernih kan air ~ Fuhh rindu laa pulak ^^ |
![]() |
| My hero ^^ Puas hati ayahnda mandi manda ~ |
![]() |
| Besar kan, geli jugak saya tengok ~ |
![]() |
| Memang nampak unik ciptaan seekor gamat ni ~ |
Tak sedar jari jemari dah kecut, duk berendam lama sangat. Bawa bekal roti habis tinggal plastik je, bagi makan kat ikan ikan, boleh tahan rakus juga ikan ni, haha.
5 pm : Habis snorkeling trip, sambung mandi manda di kawasan pantai berdekatan resort juga, tapi kena jalan kaki sikitlah, Hehe
![]() |
| Belah sini sejuk |
![]() |
| Mak saya yang pakai topi tu, adik dan sepupu saya. Belakang nun ayah saya duk berendam ~ |
![]() |
| Family saya, ni pun ada lagi adik adik yang tak ikut. Ada yang kerja dan study |
![]() |
| Petang nan indah |
Gambar ni diambil waktu pagi lagi, haha tu yang tak buka lagi jangan salah buat andaian
CADANGAN :
Saya cadangkan kalau bercuti bersama keluarga ke tempat seperti ni, bawalah pelampung, seronok juga duk berebut pelampung dengan adik dan sepupu sepupu saya, haha.Sesambil tu pak cik saya duk ajar berenang la.. Pelbagai saat manis yang kami bina pada hari tu, bina?
Sesuai ke perkataan bina kenangan tu.. HAHAA
Kalau dapat main 'bola beracun' pun best ni.
Untuk yang bawa anak anak kecil tu, bawakan mereka cangkul kecil tu, ajak mereka buat istana pasir.
Mesti mereka suka!
6 pm : Balik ke bilik -- bersihkan diri, solat asar
7.40 pm : Selepas solat maghrib, ke cafe untuk makan malam. Lauk pauk pun memang meriah sangat.
Penuh pinggan duk cedok lauk, dah lapar sangat banyak telan air masin je petang tu..
8.30 pm : Ada persembahan nyanyian "live band"
Meriah juga malam minggu disini tak seperti saya datang setahun yang lepas, sunyi je masa tu.
Banyak dah berubah resort ni. Makin cantik dan meriah suasana
Banyak dah berubah resort ni. Makin cantik dan meriah suasana
Pulau Kapas ni biasa biasa je.. Tak semeriah Perhentian (selalu ramai orang kita yang sukakan Perhentian). Ya bagi saya yelah cantik Perhentian lagi,
10.00 pm : Balik bilik, rehat, tidur
7.30 am : Bersedia untuk sarapan pagi.
7.45 am : Sarapan Pagi. Menu : Kueytiaw, Nasi Goreng, Sosej, Keropok, Roti bakar, Kopi o, tea o.
8.30 am : Selepas makan pagi jalan jalan sekitar pulau, masa ni nak mandi tapi air pasang tak surut lagi.. Berjalan jalan dengan suami ambil gambar, cantik juga sebelah sini :
Mandi manda lagi depan resort sebelum bersiap untuk check out ^_^
Pukul 11 am : Check out. Hantar kunci kat reception. Duk layan view pantai depan resort, berteduh di bawah pohon yang rendang sambil tunggu bot datang pickup jam 11.30am. Tak jemu mata memandang pantai yang indah depan ni ~
11.30 am : Bot tiba -- back to mainland
Meninggalkan Pulau Kapas dengan 1001 kenangan yang indah.
Masa nak balik ni makin sayang nak tinggalkan pulau ni, haih cantik gila permandangan 😭
Pantai tu berkaca je, tahu tak berkaca tu rupanya macam mana? Jernih sangat air dan nampak 'bersih'.
CLEAR WATER ❤
Pagi tu sebelum balik, air pasang jadi nampak sedikit keruh, dan kasar sikit ombak.. Dah nak masuk tengahari panas tegak je cuaca, memang cantik gila warna air blue turqoise gitu. Cuaca panas tegak ni sesuai sangat kalau nak ambil gambar cecantik.. Pencahayaan yang sangat baik, (*Cadangan*)
Tapi bersedialah mental fizikal yang awak akan hitam. Eh takdelah hitam, cuma akan makin gelap sikit (kalau mandi laut masa tengahari memang tak sedar muka hangus), Yang peliknya, air laut tu sejuk je sebab tu akan ralit bila duk mandi laut. Haha
Alhamdulillah semua yang dirancang bersama keluarga besar sebelah ayah saya ni, berjalan dengan lancar. Semua nampak bahagia enjoy their holiday 
Bagi yang berminat nak bercuti ke Pulau Kapas, Pulau Redang atau Pangkor boleh hubungi
Contact Number : 017-9723165
Jangan lupa kenalkan diri, jika anda adalah followers blog ini
InsyaAllah, harga pakej dan servis yang berbaloi
SAYA TINGGALKAN ANDA DENGAN VIDEO PERCUTIAN KAMI KE PULAU KAPAS :
A post shared by HH Holidays ❤ (@pakejpulau_) on
Jemput follow instagram: @husnieyhusain









































