Terjumpa Kedai Spek Viral Terlajak Murah Di Kuala Lumpur - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Thursday, 16 January 2020

Terjumpa Kedai Spek Viral Terlajak Murah Di Kuala Lumpur

Misi Mencari Cermin Mata Baru: Kanta Anti Silau Yang Murah Terbaik Di Kedai Eye Pro Vision

Menjadi keutamaan bagi si pemakai cermin mata akan berganti spek saban tahun. Setiap kali spek rosak mulalah kita yang rabun ini jadi buntu dan rungsing memikirkan spek dah nak kena buat baru. Mana nak cari kedai murah murah ni kan. Kebanyakan kedai spek meletakkan harga agak mahal. Payah sungguh nak jumpa cermin mata yang murah. Nak pula kalau ada silau kan mestilah nak tambah kanta anti silau. Sudah merata husniey cuba survey harga, nak tukar kanta saja pun mencecah RM 200 ke atas.


Travel ke Kuala Lumpur bagi trip pertama tahun 2020, kami suami isteri mulakan short trip ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Spek dah menunjukkan tanda nazak setahun tak tukar, husniey ni jenis lasak sikit. Kadang tak sampai setahun dah senget spek. Sebelum terlupa dekat kedai spek husniey pergi ini ada banyak pilihan spek jenis bingkai fleksibel.  Okay bersambung.. Siapa sangka di tengah bandaraya Kuala Lumpur ada kedai spek murah-murah. Ini merupakan pengalaman kali kedua husniey datang jauh-jauh dari Terengganu semata-mata nak buat spek di kedai viral. Ternyata memang harga jauh lebih jimat. Kualiti spek okay sangat! 


Eye Pro Vision Kedai Spek Viral Terbaik! 💓



Tak susah bergerak boleh menggunakan kemudahan awam untuk ke Sungei Wang Plaza, anda boleh menaiki MRT dan terus turun di Stesen MRT Bukit Bintang dan kedai spek itu dekat saja berjalan kaki dua tiga minit dan terus masuk ke pusat beli belah tersebut. Eye Pro Vision terletak di tingkat 1, kedainya bernombor G111. Nampak ramai pelanggan itu benarlah kedainya. Kedai Cermin Mata Viral ini menjual bingkai dan cermin sudah termasuk dengan harga tak masuk akal tau, hanya RM 65. SERIUS LAH, MURAH SUNGGUH? Dah dapat bingkai dan cermin pada harga RM 65. Patutlah selalu tak putus dengan pelanggan datang ke kedai spek ini. Harga ditawarkan memang terbaik.


Trending Design -- 


Di dalam kedai spek ini kelihatan terlalu banyak design spek yang trending. Terdapat 2,000 reka bentuk spek dijual disini. Sekarang jadi trend orang suka pakai spek comel yang ala-ala gaya macam orang Korea. Berkenan juga tengok tapi sebab terlalu banyak pilihan, husniey habiskan masa agak lama mengambil untuk memilih yang paling tepat dan okay. Rasanya buat spek tak lama pun, memilih bingkai yang lebih lama. Bagusnya servis di kedai spek Eye Pro Vision ini, pekerjanya disini tak lekang memberi senyuman dan tampil menghulurkan bantuan atau memberi cadangan kepada anda yang manakah bingkai spek pilihan terbaik. 

Kanta Anti Silau Terbaik Melindungi Mata Dari Cahaya; Alpha Blue 420

Jika anda sering bekerja menghadap komputer, laptop dan smartphone sangat digalakkan untuk menambahkan kanta anti silau. Husniey dulu tak tahu menahu juga kepentingan tambah kanta anti silau ni. Sangat bahaya bagi mata kita jika selalu terdedah dengan sinaran UV, lampu dan lain-lain. Kalau rasa mata tak selesa bila berjalan malam tu haa itu maknanya mata anda tak boleh kena silau cahaya. Untuk perlindungan terbaik, perlu menggunakan cermin mata kanta anti silau Alpha Blue 420. Husniey pernah survey di kedai spek biasa di bandar Terengganu, kanta anti silau itu memang mahal ada yang cecah RM 500 ke atas, lagi parah kalau rabun tinggi. Fuh mencabar betul nak buat seketul cermin mata yang ideal.

bingkai cantik , rambang mata memilih 

Flexible Frame, ini sesuai untuk ibu ibu di rumah, kalau anak melasak takdelah isu spek patah.

Sempat William menunjukkan sedikit demo perbezaan di antara jenis kanta-kanta yang ada, turut dijelaskan jika pakai kanta Multi Coated cahaya akan tembus sampai ke dalam mata. Manakala bagi kanta jenis Alpha Blue 420 ia menahan dan melindungi mata anda dari terdedah dengan secara langsung dengan cahaya atau lampu. Paling bahaya itu lampu telefon, siap Encik William pesan kurangkan mengadap telefon di dalam suasana gelap. Harga spek mata siap penuh dengan kanta Alpha Blue 420 ini hanya RM 125. Termurah di pasaran, memang tak jumpa harga ini dekat kedai lain.

Pilihan kanta di Eye Pro Vision

Pemeriksaan mata dibuat oleh William, sebelum proceed buat spek

Bingkai yang jadi pilihan 

Akhirnya cermin mata yang berkenan di hati telah dipilih. Husniey memilih bingkai jenis clear berwarna pink. Ingat nak angkat yang warna hitam atau kelabu boleh padankan dengan tudung berwarna, tetapi nampak warna pink itu lebih ceria bila dipakai. Keseluruhannya husniey amat berpuas hati dapat jumpa kedai spek murah ini. Memang bagus layanan pekerjanya. Tuan suami husniey asyik ulang ayat sama, lepas ni kita terus datang sini aje kalau nak buat spek. Jauh takpe, janji berbaloi duit yang keluar tu.



NAK TENGOK SUASANA DALAM KEDAI EYE PRO VISION? 
JEMPUT TONTON VIDEO DI YOUTUBE CHANNEL

Cermin Mata Siap Dalam Masa 1 Jam 

Menariknya, cermin mata anda akan siap dalam masa 1 JAM! Serius cekap betul buat kerja. Kedai spek ini paling cepat siap, ini pengalaman pertama husniey merasa dapat siap secepat itu. Tak sempat keluar berjalan-jalan dalam pusat beli belah itu. Dari langkah pertama memilih spek terbaik, buat pemeriksaan mata dan menunggu cermin mata siap. Memang tak lama menunggu. Hanya dalam masa satu jam. Seronok okay pergi berjalan-jalan dah boleh pakai spek baru. Terasa jelasnya penglihatan. Keyakinan diri terasa meningkat bila ugrade spek baharu, hihi.. Highly recommended. Really good customer service. Keep it up, Eye Pro Vision. Rating diberikan: 5 bintang!!! 🌟🌟🌟🌟🌟

Itulah spek baru! Thank you William for the great service!

Facebook Page: Eye Pro Vision

Alamat: G111, Ground Floor Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Waktu Urusniaga: 11 Pagi – 9 malam (Setiap Hari)

Hubungi: 016-3771304 (William, Director)

9 comments:

  1. terima kasih Husniey perkongsian.Bila ke KL boleh pergi ni.

    ReplyDelete
  2. bestnya.. staff pun friendly

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, puas hati kalau dapat spek mata yang sesuai dengan diri...

    ReplyDelete
  4. Menariknya kedai nie Husniey.. Kak Sue teringin juga nak datang sini nanti sebab katanya murah dan banyak pilihan..

    ReplyDelete
  5. orang pakai spek memang kena letak budget setiap tahun untuk tukar spek kan? sama la dengan suami ada je tarikh luput spek tu hihiihih

    ReplyDelete
  6. so affordable that people xyah pening fikir nak buat spek memahal.

    ReplyDelete
  7. Wow.. baru teringin nak buat yang baru..Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  8. pergh 1 jam siap.. sini la ni adik sedara ajak p buat. tp x snggop nak pi sana ehe..

    ReplyDelete
  9. sbb jauh.. tp fkir balik sejam je mmg cepatla...

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.