9/14/2019 04:32:00 pm
Menang Percutian ke Genting Highlands Dari AirAsia Big
9/14/2019 04:32:00 pmTak menyedari tentang kempen @ Contest dijalankan oleh AirAsia Big. Tiba tiba dapat email inform kita terpilih memenangi percutian perc...
![]() |
Excited terkejut masa terima email dari AirAsia Big |
Urusan nak booking hotel juga kena buat dekat website Genting Reward. Sudah dimaklumkan bahawa tarikh boleh kita tebus penginapan itu sehingga penghujung bulan June 2019. Kena pandai cari tarikh, kalau jatuh hujung minggu atau hari cuti sekolah agak mahal.
![]() |
Alhamdulillah rezeki 😍 |
Hotel terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai 7000 lebih buah bilik. Tujuh ribu lebih tu, serius besar gila hotel ni. Patutlah semua urusan semasa mendaftar masuk atau mendaftar keluar kena buat sendiri oleh tetamu yang datang. Kalau anda nak juga check in di kaunter akan dikenakan cas. Pada mulanya rasa macam nak marah jugalah, dah la kami check in agak lambat dah nak maghrib baru tiba di Genting Highlands, jadi rasa nak cepatlah urusan check in. Tapi bila sedar tentang saiz keluasan hotel First World ini memang wajarlah pengurusan buat sistem untuk guest check in sendirian berhad, hehe.
![]() |
Suasana di lobi hotel |
![]() |
Nampak je dalam gambar ni lengang takde orang, hakikatnya penuh dengan manusia. Huhu 😅 |
Pada mulanya agak blur nak menggunakan mesin self check in tapi mujurlah tak susah nak paham. Caranya senang saja masukkan kad pengenalan. Nanti terus akan dibaca tempahan anda. Kemudian semasa tekan tu ada pilihan lain jika anda ingin menambahkan apa sahaja permintaan. Tapi mestilah ada surcharge ya. Antara permintaan tambahan yang boleh dipilih ialah connecting room, bilik berdekatan lif, nak tambah kemudahan seperti cerek elektrik dan lain-lain. Husniey cadangkan dekat tuan suami apa kata kita pilih bilik yang dekat dengan lif. Ternyata bebetul dapat bilik yang berdepan lif.
![]() |
Di tingkat 13 bilik kami |
![]() |
Twin bed diberinya. So malam itu kita rapatkan saf jelah. Hahaa |
![]() |
Tandas dan bilik air |
Tak perlu kami menapak jauh. Kos dikenakan hanya RM 5. Bilik kami sangat basic. Dapat yang dua katil single. Queen bed dah tak ada katanya. Kemudahan di dalam bilik tak banyak sangat disediakan. Tapi masih okay, nak complaint lebih tak bolehlah kan dah dapat free stay tu kena bersyukurlah Puan Husniey oii . Dalam bilik tak ada kemudahan aircond ya, hanya kipas. Okay je sebab suhu waktu malam terasa sejuklah juga. Parking untuk tetamu yang menginap di hotel ada disediakan tapi dikenakan cas.
Pertama kali husniey menginap di hotel serba serbi ada cas tambahan. Sabar jelah. Waktu check out agak awal sebelum jam 11 pagi. Jadi kalau anda masih nak berjalan-jalan dekat situ husniey suggest boleh aje tinggalkan bagasi atau beg pakaian di Tempat Penyimpanan Bagasi Percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Tapi jujurlah ada juga bahagian yang patut dipuji. Ya, tiada cas dikenakan untuk simpan barang anda. Ia percuma bagi tetamu hotel. Bagusnya bila ada kemudahan letak barang ni, kami dapat sambung jalan-jalan tanpa memikirkan mana tempat nak letak beg. Kos hangus untuk penginapan di First World Hotel hanyalah RM 5 sahaja.
Terima kasih banyak kepada AirAsia Big kerana memberi peluang kepada Husniey memenangi 2D1N Free Stay at First World Hotel Genting Highland. Kalau tak kerana ini mungkin sampai sekarang masih tak sampai lagi ke Genting Highlands. Pertama kali ke Genting bersama dengan tuan suami. Last pergi ke sana sebelum ini masa kecil dulu ada rombongan sekolah. Sekian perkongsian kali ini semoga ada manfaat dari tulisan ini.
Love,
Husniey Husain