Setiap Penyakit Ada Ubatnya, Atasi Penyakit Diabetes Dengan Eskayvie Phytax
4/14/2021 09:03:00 amAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Kini menjadi trend bagi masyarakat negara kita mencuba pelbagai kaedah untuk mempunyai k...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Kini menjadi trend bagi masyarakat negara kita mencuba pelbagai kaedah untuk mempunyai kehidupan lebih baik. Setiap kali husniey pergi jogging di taman rekreasi di Kuala Terengganu, nampak makin ramai anak muda yang keluar untuk beriadah dan memastikan diri sentiasa aktif. Tambahan pula sejak negara dilanda pandemik, kita hidup berkurung di rumah mungkin sebab itu masing-masing mencuba untuk bertukar ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Dalam Islam pun mengutamakan
orang Islam mengamalkan cara pemakanan yang bersederhana. Syariat Islam juga
memberi garis panduan apabila penganutnya jatuh sakit. Diajarkan Doa-doa Syifa’
sebagai penawar dan turut tidak menolak untuk berusaha mencari ubat-ubatan jika
penyakit menghidapi penyakit yang serius. Tahukah anda penyakit kencing manis
boleh mengakibatkan anda kehilangan atau mengalami kerosakan bagi organ yang
penting di dalam tubuh; seperti mata, kaki dan saraf. MasyaAllah, takutnya.





