Rezeki Hujung Tahun 🎀

AXIA FACELIFT 2017 SE 1.0 Selamat Membayar Hutang Baru to me, haha 😂. Tahun depan haruslah kena kerja kuat lagi buat pakej p...



AXIA FACELIFT 2017 SE 1.0


Selamat Membayar Hutang Baru to me,
haha 😂. Tahun depan haruslah kena kerja kuat lagi buat pakej pulau.. dan berharap lebih banyak peluang rezeki yang lain.. 
Mudah mudahan.. Bersangka baik, usaha doa tawakkal.. InsyaAllah 💟

3 tahun bersusah susah dengan suami 🌸
Sudah lama niat nak ada kenderaan yang baru supaya lebih selesa bergerak. Sebab memang kami selalu travel ulang alik perjalanan jauh.. Kalau ke KL pun selalunya naik bas Kuala Terengganu ke Kemaman (kampung Husniey) pun dah dekat 3 jam. 

KENDERAAN SEBELUM INI NISSAN VANETTE 🌸


Van kesayangan suami 😘

Bila guna kenderaan yang agak lama, memang agak lambat nak tiba ke destinasi.. Kesian bila dia dah tua.. Dekat 20 tahun dah usianya.. Tapi bersyukur juga.. Suami selalu bertanggungjawab membaiki dan menjaganya dengan penuh kasih sayang..
Rosak sikit baiki terus, tak pernah rosak teruk.. (Disebabkan sikap kesedaran suami dalam menjaga kenderaan dengan baik) 

Awal kahwin banyak kali juga merasa jalan jauh dengan baby Nissan Vanette ni.. Kenangan berkonvokesyen di Johor 
ke Melaka, Kuala Lumpur rombongan kahwin keluarga, ke Kelantan.. 
Dan banyak lagi destinasi selamat pergi dan balik dengan van ni.. Tak pernah ada masalah berat dengannya.. 
So dah jual ke? Tak pun. Sayanggg nak jual.. Keluarga kami ramai bila nak jalan jalan susah juga nak kena ada kenderaan yang besar.. Suami pun sayang, sebab tu kenderaan pertama dia beli.. Cash 

MUNGIKIN INI DIKATAKAN SUDAH TIBA MASANYA (REZEKI KAMI) 



Akhirnya rezeki untuk merasa kenderaan yang baru tiba jua..  😊
Moga baik baik aje semuanya. Sungguh, Allah aje yang Maha Tahu betapa susah payah usaha untuk mendapatkannya.. 

Ada beberapa orang manusia ni, selalu duk kutuk van kami dan berkata macam macam, pada masa tu bukannya kita tak mahu tukar baru.. Dan banyak lah situasi orang suka menyakitkan hati kami, yang berkaitan kenderaan lama kami ni.. 

Pada husniey buruk atau baru, mahal atau murah bukan ukurannya.. Asalkan dapat bergerak itu sudah lebih cukup.. 

Sengaja husniey berkongsi disini, sekadar menyimpan kenangan indah ini

27 November 2017 tarikh keramat baby Axia Yellow ni.. 🌸

Terima kasih untuk yang ada disisi susah senang.. Terima kasih suamiku.. Mak ayah. 

You Might Also Like

14 comments

  1. Sekali tengok ingatkan Myvi Baru, cantik lahh Axia ni, :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah Husniey. Hihihi. Semoga murah rezeki untuk kalian suami isteri,

    Eh husniey, blog dah hampir siap, mai tinggal header, blockquote, dan masukkan link kat menubar dan social icons je.

    Kalau ada apa nak tambah inform kat facebook messenger tau sebab phone masih tak tukar lagi, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihh Mai! 😘
      Aamiinn
      Moga yang terbaik untuk Mai juga..

      Okay Mai noted.. 😘
      Thank you so much, nanti husniey inform kat facebook messenger 👍

      Delete
  3. Alhamdulillah..syukur...kenderaan sekarang keperluan...yang menjadi kehendak adalah jenisnya..syukur..moga lebih dilimpahi rezeki di permudahkan setiap urusan...

    ReplyDelete
  4. mulut orang mana pernah puas..orang pakai beskal, bising pakai motor..dah pakai motor bising suruh beli kete..dah pakai kete suruh beli kete besor..dah pakai kete besor suruh beli kete yang mewah!!mereka takkan pernah puas!!

    kita buat apa yang kita mampu.janji Allah tahu apa yang kita usahakan.

    btw pakej pulau kak gee pun xsabar nak tahu rege tahun baru ni!hehe

    axia husniey tu lawooo ah!!

    eh!panjang pulok kite komen!kihkih

    ReplyDelete
  5. Perlahan-lahan bina hidup, usah malu dengan kekurangan dan yang penting bahagia... InsyaAllah, layarkan bahtera dengan senyuman selalu ye...

    ReplyDelete
  6. Tahniah babe. Allah bagi lebih rezeki ❤ semoga terus maju lepas ni 😘

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Setiap org ada rezekinya tersendiri. Boleh turun KL sokmo lah lepas ni. :)

    ReplyDelete
  8. tahniah Husniey..semoga bertambah rezeki

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..tahniah husniey. Koho koho rezeki tu.. btw, memang cantik sangat kaler kuning ni.. macam myvi dahhh.. jangan lupa, singgah kuantan deh

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki..xsemestinya ada yg baru..yg lama dilupakan kan..anyway bukak musim nnti update yea..hiihi

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah tahniah dah dapat hidup selesa sikit berbanding sebelum ni. Lepasni boleh lah jalan-jalan sambil sengih senyum lebaq naik kereta baru :D

    ReplyDelete
  12. Tahniah Husniey.. ala abaikan aja kata-kata negatif, orang nie macam-macam.. Kak Sue dan Abang Man pun ada van Nissan Vannette nie tau, siap tukar cat lagi. Sayang sangat nak jual, banyak berjasa..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.