Beli Tiket Penerbangan Murah Menggunakan AirAsia Big Points

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Moga anda semua sihat selalu.. Kali ini husniey ingin berkongsi maklumat bagaimana membeli tike...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Moga anda semua sihat selalu..
Kali ini husniey ingin berkongsi maklumat bagaimana membeli tiket penerbangan murah AirAsia walaupun tidak pada musim promosi besar-besaran. Pertamanya pastikan anda telah pun membuka akaun sebagai ahli AirAsia Big dan mempunyai beberapa mata ganjaran. Husniey dah pun mula mengumpul sejak dari tahun 2016 sekarang dah 2018 baru tebus, hehe

Sebenarnya banyak cara untuk kumpulkan mata ganjaran AirAsia Big.. Konsepnya sama seperti Shopback. Klik sini untuk membaca tentang > Shopback <. Walaupun 1000 mata ganjaran dah boleh tebus dan beli tiket penerbangan, juga boleh tebus penginapan hotel terbaik atau hadiah

Cara- Cara Membeli Tiket Murah Menggunakan AirAsia Big Point :


1) Muat turun aplikasi Airasia Big di telefon anda. Kemudian daftar masuk ke akaun anda dari situ akan terus nampak  jumlah mata ganjaran yang sedia ada

2) Klik pada butang search (ada icon kapal terbang). Sila masukkan maklumat penerbangan anda (Destinasi dari mana tujuan ke mana, tarikh anda berlepas, dan bilangan orang). Jika hendak beli tiket sehala je pun boleh. Klik 'Continue with one way'

3) Pada gambar di atas Husniey letakkan destinasi penerbangan dari Lombok ke Kuala Lumpur, untuk dua orang. Ini merupakan penerbangan balik,
sedia maklum selalunya tiket balik mahal sikit daripada tiket pergi


Tapi bila menggunakan cara ini memang dapat lebih murah. Okay bersambung balik.. Selepas itu akan terpapar pada skrin jumlah mata ganjaran yang akan digunakan. Jangan lupa klik pada pilihan tarikh dan waktu yang dikehendaki



4) Kemudian akan dibawa ke paparan seterusnya. Tengok pada gambar jumlah mata yang akan digunakan ialah 6000. Husniey pun tak cukup ada 4160 aje mata ganjaran.
Takpe jangan takut ya, klik aje Continue. Nak tahu macam mana caranya menggunakan mata ganjaran + tunai baca sampai langkah terakhir


5) Traveller's Info. Masukkan informasi diri anda dan teman anda jugak. Seperti contoh gambar di bawah ini. Dah siap buat tetapan klik Save and Select Traveller 2



Jika ada lebih dari dua orang isi lah ye sampai lengkap. Juga boleh lengkapkan alamat email dan nombor telefon traveller yang terlibat tu.
Senangkan, terus kawan anda akan dapat satu salinan tiket dari AirAsia.
Tak perlu dah kita nak forward dua tiga kali 😁


6) Add Ons. Ini terpulanglah jika anda ingin menambahkan makanan, membeli tempat duduk, nak beli bagasi berkilo kilo tu dan lain lain.  Bagi yang pernah beli tiket penerbangan mesti tahu perkara asas ini, selesai buat pilihan terus klik Proceed to Payment



7) Checkout. Haa dekat sini akan keluar pernyataan jumlah mata ganjaran yang digunakan, dan jumlah tunai yang harus dibayar. Ya, mata ganjaran ini hanyalah memberi peluang untuk membeli tiket penerbangan dengan lebih murah tetapi TIDAK BERMAKNA, JUMLAH MATA BANYAK ANDA AKAN TERBANG SECARA PERCUMA. Hehe faham tak? Amboi mana ada benda free sekarang masuk tandas pun dah tiga puluh sen! 😂 Tapi ok lah kan, point ni ada banyak kegunaan. Nak duduk hotel lebih murah tau.

Okay dalam kes husniey pula tiket penerbangan yang dibeli berlepas dari Lombok, Indonesia jadi mata wang yang dipaparkan ialah dalam nilai Rupiah (kena juga terangkan kot ada yang tak faham bila tengok gambar tu)

Itu haa nampak kan
8,260 points & 400,000 IDR
2,260 points itu tambahan makanan
Nasi Lemak Pak Naseer dan Nasi Briyani,
penerbangan 3 jam mestilah lapar tu yang beli makanan!😅

Sudah maklum semua pernyataan tersebut klik pada Make Payment



8) Payment Due. Merupakan langkah terakhir sebelum membuat bayaran, haa kat sinilah anda boleh mengubahsuai tetapan mata ganjaran yang anda ingin gunakan. Contohnya 1000 mata ganjaran, tetapkan sahaja 500 anda akan nampak perubahan harga pada bahagian Cash Top up


9) Card Information.
Isi maklumat pembayaran. Debit Card. Masukkan saja nombor pada kad bank anda. Selesai membuat pembayaran, dalam beberapa minit akan dapat booking number melalui email dari AirAsia. Nampak macam susah tapi sebenarnya senang je. Beli sendiri lagi mudah dan cepat. Husniey tak berani nak guna agen tiket penerbangan yang murah murah tu, ramai yang cakap lambat dapat booking number.. Serius takut nak ambil risiko, tu tak termasuk lagi kalau buatnya kena tipu. Kalau anda guna agent sah tu takpelah kan..

Jumlah Mata Ganjaran yang digunakan ialah 2,300 + Tunai RM 178.93 sahaja tiket sehala dari Lombok ke Kuala Lumpur (dua orang dewasa termasuk makanan)

Terkejut tuan suami bila tahu husniey beli tiket murah gitu. Tiket penerbangan dari KL ke Lombok husniey dah siap beli semasa promosi tahun lepas pada bulan September, tu pun mahal lagi berbanding dari tiket yang ditebus. Sebelum tebus ada tengok dekat laman web AA kalau beli macam biasa tu jumlah tiket sehala berdua belum masuk apa apa tambahan dah RM 400+ 😂

Tunggu apa lagi tu anda semua mesti buat akaun AirAsia Big sebab banyak lagi keistimewaannya tau. Sekian sahaja perkongsian kali ini yang panjang lebar, mudahan bermanfaat ya!😍

Baca sini juga artikel berkaitan : 

You Might Also Like

17 comments