Mudahnya Memasak Menggunakan S&P Serbuk Santan - Husniey Husain

Wednesday, 11 April 2018

Mudahnya Memasak Menggunakan S&P Serbuk Santan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Baru baru ini husniey berkesempatan untuk melawat kilang S&P Food Industri yang terletak di Bagan Datuk semasa lawatan pihak media dengan anjuran Majlis Pelancongan Malaysia tempoh hari. S&P Food mengeluarkan dan menjual serbuk santan dan pelbagai lagi produk jenama mereka sendiri.

Antara produk keluaran S&P ialah; serbuk krim kelapa, kerisik, ketupat nasi. Haa jangan terkejut tau, produk S&P ini turut dipasarkan ke beberapa negara luar

Instant coconut cream powder 

Gift dari S&P semasa lawatan di kilangnya.
 Yeay

Jom kita lihat resepi husniey menggunakan serbuk santan dari S&P ni.. Ia dijamin mudah dan sedap!

Resepi Telur Masak Lemak Kuning Menggunakan Serbuk Santan S&P๐Ÿ’•


Bahan - bahan yang diperlukan;
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih 2 ulas
Kunyit 1 inci
Cili padi ikut suka hati kalau anda suka pedas letak banyaklah kan ☺️
Blend atau tumbuk kesemua bahan diatas

Serai - 1 diketuk
Telur 4 biji

Cara-Cara Menyediakannya 
(*Cara husniey masak*)

Tumis sekejap bahan yang diblend / ditumbuk tu. Masukkan sedikit air dan biarkan menggelegak dan kuahnya agak kering sedikit baru masukkan campuran serbuk santan dan serai. Sedikit serbuk kunyit. Pecahkan telur. Jangan lupakan garam dan sedikit gula jika pedas. Done!

Husniey suka betul serbuk santan dan produk lainnya yang diusahakan oleh S&P Food Industri, serbuk santannya ini sangatlah sesuai dibawa semasa anda travel lagi lagi kalau travel ke negara orang yang kurang orang muslim kan; mana nak cari santan kat Korea Jepun tu haa.. Susah nak jumpa ๐Ÿ˜‚

Kalau ada pun dekat pasaran mesti yang kotak jenis cecair, itu kurang sesuai untuk dibawa travel. Jangan berlapar semasa travel ya, husniey duk membayangkan memasak ketam lemak cili api dekat Jepun pada musim sejuk ๐Ÿคฃ
MasyaAllah terliurnya nak masak sesedap di negara orang

Boleh rujuk sini ya untuk
>> resepi masakan kari ikan <<

Kari Ikan match with sambal belacan, ikan goreng bersambal and pucuk ubi direbus

Tak puas hati lagi? Jemput tonton video dibawah ini husniey tunjukkan cara memasak menggunakan serbuk santan ini ada dua jenis masakan.. Jangan lupa subscribe ya, i will subscribe you back ๐Ÿ˜

- Video masakan menggunakan serbuk santan - 

Semoga post ini bermanfaat ya
Terima kasih sudi singgah sini

15 comments:

  1. mmg mudah lahhh tak pernah try lagi.. salu guna kotak je :D

    ReplyDelete
  2. Alahai, pagi2 baca resipi awak nie membuatkan perut rasa bergelora macam ombak, rasa lapar la pulak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa bertenang kak shikin.. Hehee ๐Ÿ˜‚

      Delete
  3. Boleh beli ni husniey jadikan stok bulan puasa nanti. Nak bawa travel pun senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah stok untuk bulan puasa, seronok sungguh duk mikir menu yang nak dimasak..

      Delete
  4. Ciktie pernah guna.. memang senang sangat nak guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Cik Tie, husniey pertama kali cuba guna yang serbuk ni.. Not bad, best pulak rasa

      Delete
  5. wah mudah aje dgn bahan2 tu kan. dan yang penting semuanya pun lazat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, campakkan aje bahan bahan tu.. Then masukkan serbuk santan ๐Ÿ˜

      Delete
  6. wahhh ada serbuk... selalu duk guna santan kotak jer.. nanti boleh cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah husniey baru tahu dan baru pertama kali jugak ni mencuba.. Rasa dia best je sama macam pakai santan kotak tu cik ash..

      Delete
  7. Mek biasa guna kara je. Nnt bleh try ni jugak. Thanks husniey for sharing

    ReplyDelete
  8. wahhh. cepat dan sedappp.. senang je kan.. jenis serbuk pulak ye. menarik!

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAlla, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com