Ramadan Preview Juadah Warisan @ Pacific Regency Hotel KL - Husniey Husain

07 May 2018

Ramadan Preview Juadah Warisan @ Pacific Regency Hotel KL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sedar tak sedar sekarang sudah berada pada bulan Syaaban, lagi beberapa hari kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia lagi indah. Setahun cuma sekali. Baru-baru ini husniey dan juga rakan media yang lainnya berpeluang menghadiri Ramadhan Preview Buffet at Pacific Regency Hotel Suite, hotel ini terletak di kawasan strategik kerana berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur, berhadapan pula dengan KL Tower. Panoramanya cantik! 


Scenic View ~


Bagi warga sekitar Kuala Lumpur anda berpeluang merasai pengalaman berbuka puasa dengan menikmati pelbagai aneka Juadah Warisan di Restoran Soi 23, Pacific Regency Hotel Suites ini. Aneka juadah yang tersedia berkonsepkan masakan tradisional ala kampung. Haa mesti anda yang berada di kota ni akan terubat rindu pada masakan kampung. Bufet Juadah Warisan ini diketuai oleh Chef Zairul dan rakan-rakan chef yang lainnya

Aneka juadah warisan @ Pacific Regency Hotel Suites KL
Aneka juadah warisan @ Pacific Regency Hotel Suites KL

Aneka juadah warisan @ Pacific Regency Hotel Suites KL


 Aneka masakan kampung yang tersedia bagi bufet Juadah Warisan ini, lebih 100 jenis hidangan kesemuanya. Jom tengok senarai menu lauk pauk utama ialah; Nasi kukus, Mee Hoon Cangkuk Manis, Rendang Tok Wan, Ayam Beriani Johor, Ayam Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi, Ikan Asam Pedas, Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi, Gulai Kembang, Masak Tempoyak Timun Tua, Ikan Goreng Pedas Bumbu Acar, Gulai Lemak Pisang Muda dan lain-lain lagi. Masakan kampung ini enak digandingkan bersama ulaman kampung serta Aneka Kerabu Pak Mat Tempe

Aneka Kerabu Pak Mat Tempe 

Ulaman kampung 
Gandingan hebat turut ada disediakan iaitu sambal belacan, cencaluk, dan lain-lain jenis sambal yang menarik untuk dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk warisan melayu asli. Wahh, sedapnya bila husniey teringat balik menunya!

Aneka Sambal
Paling husniey suka menu utamanya iaitu Udang Bakar Sambal Petai, Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api. 
Bagi anda yang teringin nak merasai Bubur Lambuk, turut ada disediakan. Haaa tidak juga ketinggalan juga menu yang boleh dikatakan sentiasa hits dimana-mana sekarang ni, iaitu Nasi Briyani Pak Arab bersama Kambing Golek Bakar dan Ayam Percik



Kalau anda terasa nak berbuka puasa dengan menikmati makanan berasaskan sup, mee, laksa juga ada stesennya. Boleh layan diri di Warung Sup. Paling menarik kan, anda tak payah tunggu hari raya Aidilfitri untuk jamu selera dengan aneka sate dan lemang, kerana disini turut tersedia gerai Sate Kajang Sahmuri (sate ayam dan daging) serta Otak Otak Muar, juga terdapat kuih muih yang dinamakan Jemput Jemput Bonzer Dato’ Keramat 


Sate Kajang Sahmuri


Bagi wanita yang mengandung mengidam terasa nak makan benda masam, haa turut tersedia stesen Jeruk Jeruk Nyonya Bibik Masdo (Jeruk Basah dan Kering), pelbagai aneka pencuci mulut yang dimulai dengan buah-buahan tempatan, semanis nusantara seantero dunia: yang menghidangkan pelbagai aneka kek seperti kek coklat, cheesecake, dan biskut raya moden


Jeruk Nyonya Bibik Masdor

Buah-buahan tempatan

Aneka pencuci mulut. Biskut dan kek

Memang confirm anda semua akan bertambah banyak kali sebab pencuci mulutnya ada banyak pilihan dan sedap sedap belaka!

Ada apa dalam Periuk Belanga

ADA APA DALAM PERIUK BELANGA? Haa bulan puasa sangat sinonim dengan menu ini juga iaitu; murtabak dan roti jala, kari ikan berserta gulai kawah
Akhir sekali, disajikan dengan stesen 
Ais Kacang Kacang, ABC dilengkapi dengan pelbagai jenis hiasan dan perisa. Stesen ini dinamakan 'Jangan Terkejut', memang sesuai nama tu, sebab husniey terkejut jugalah banyak betul topping hiasannya tu.. hehehe sedapnya layan ABC!
Jangan terkejut
Minuman yang ada disediakan; minuman panas seperti teh tarik, kopi o, dan minuman sejuk sirap limau (sunquick). Husniey suka pada teh tariknya memang menjadi, berkali-kali refill air tu.. hehee tak cukup guna cawan kecil ditukarkan gelas besar terus :D

Last but not least berbuka puasa di sini sangatlah dicadangkan untuk warga kota KL, ianya sesuai untuk dijadikan tempat pilihan anda berbuka puasa
Restorannya luas dan selesa turut ada kemudahan surau tidak jauh dari restoran, masih berada di tingkat yang sama. Nak tempah dan maklumat lanjut baca dibawah ya. sila buat tempahan awal sebab dengar kata tiap tahun asyik full house aje


Harga Bufet Juadah Warisan: 
→ Dewasa RM 98++
→ Kanak- Kanak & 
Warga Emas RM 49++


MAKLUMAT LANJUT MENGENAI TEMPAHAN

Bertempat: Pacific Regency Hotel Suites Jalan Punchak Off Jalan P. Ramlee, KL
Pertanyaan & Tempahan: 011-16951974 (Ashlee) | 012-2040210 (Rohini)
Hubungi : +603-2332 7788
Email: fnbadmin@pacific-regency.com


7 comments:

  1. Antara tempat yang menarik untuk berbuka. Harga pun reasonable. Menu pun banyak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Recommended satay dengan rendang dekat sini.

      Delete
    2. Kan Ana.. Berbaloi sangat dah tu.. Suka jugak satay dia dan rendang.. Fuhh lambat nak boleh move on

      Delete
  2. Sedapnyaaaa menu semua. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. Memang dijamin sedap ๐Ÿ‘๐Ÿ˜

      Delete
  3. Sedapnya. Siap ada jeruk yang tak tahan tu. Harganya pun berbaloi. Bolehlah masuk list nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeruk tu memang sedap, sesuailah buat penggemarnya ๐Ÿ‘Œ

      Silakan Kinah.. Heee

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan blogwalking

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com