TV ALHIJRAH SALURAN PILIHANRAYA - Husniey Husain

08 May 2018

TV ALHIJRAH SALURAN PILIHANRAYA

 
TV ALHIJRAH SALURAN PILIHANRAYA
Kurang 24 jam lagi sebelum seluruh rakyat Malaysia yang layak, keluar untuk menjalankan tanggungjawab mengundi jentera pilihan yang akan mengemudi Malaysia untuk tempoh 5 tahun mendatang.
Ini turut bermakna, TV AlHijrah juga harus kekal relevan di fasa akhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam memainkan peranan selaku agen penyampai maklumat yang bertanggungjawab, komprehensif dan dinamik buat penonton setia stesennya.
Menerusi kempen TV AlHijrah Saluran Pilihanraya’, beberapa strategi dan siri rancangan khas telah disusun dalam memastikan penonton menerima maklumat dan informasi konstruktif serta adil tanpa prejudis mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan berlangsung 9 Mei 2018 akan datang.

SLOGAN IKHLAS, JELAS DAN PANTAS
TV AlHijrah melihat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai satu proses penyatuan ummah. Oleh yang demikian kesemua rancangan yang disusun untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diterbitkan dengan penuh hemah dan menggunakan slogan Ikhlas, Jelas dan Pantas.
Slogan ini amat bertepatan dalam menjelaskan kedudukan TV AlHijrah sebagai stesen yang bersifat neutral dalam mengupas pelbagai isu sepanjang tempoh berkempen. Ia turut mencerminkan kesungguhan stesen ini menjadi stesen paling cekap dan pantas dalam menyebarkan keputusan undian kelak.
Maka, bagi merealisasikan slogan yang dilaung, buat pertama kalinya TV AlHijrah memecah tradisi dengan menjadi satu-satunya stesen televisyen yang menggunakan Teknologi MOJO (Mobile Journalist) dalam laporan berita yang disampaikan.

Menerusi teknologi MOJO kesemua sepuluh wartawan TV AlHijrah yang diketuai oleh bekas wartawan tersohor Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad yang kini menjadi tulang belakang kepada pasukan Berita dan Ehwal Semasa akan menggunakan teknologi telefon pintar serta gabungan aplikasi rangkaian masakini dalam membuat liputan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


REKOD 31 JAM SIARAN LANGSUNG PROGRAM BUAL BICARA TANPA HENTI
Menyemarakkan lagi suasana, TV AlHijrah buat pertama kalinya mencipta kelainan apabila buat pertama kalinya stesen ini mencipta rekod dengan menyiarkan sebuah rancangan bual bicara bertajuk PRU14 : RAPATKAN SAF yang akan bersiaran selama 31 jam tanpa henti.
PRU14 : RAPATKAN SAF akan memulakan siarannya pada jam 6 pagi 9 Mei 2018 hingga 1 petang 10 Mei 2018.
Program PRU-14 RAPATKAN SAF akan memberikan penonton kemaskini serta analisa pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Rancangan ini akan dihoskan oleh barisan selebriti TV AlHijrah seperti Ardi Herman, Adi Akmal Sehrom, Syafinaz Yunus, Raja Sofie Raja Arif, Abdul Hanan sambil ditemani tetamu jemputan di studio.
Antara tajuk-tajuk pilihan perbincangan adalah seperti Tanggungjawab Mengundi, Pemilihan Pemimpin Dalam Islam, Adab Pilihanraya, Analisa Mengundi, Penggal Ini Milik Siapa, Analisis Keputusan Pru14 , Pembentukan Kerajaan dan lain-lain
PORTAL ALHIJRAHMEDIA.COM
Selain teknologi MOJO, stesen yang memenangi anugerah TV Islam Terbaik Asia ini turut membangunkan portal kemaskini Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) khas buat mereka yang sentiasa bergerak dan tidak mempunyai kesempatan untuk berada di hadapan kaca televisyen.
Penonton hanya perlu ke laman sesawang https://pru14.alhijrahmedia.com/ untuk mendapatkan informasi seperti Senarai Calon-Calon Yang Bertanding di Setiap Kerusi Dun dan Parlimen, Trivia dan Fakta Pilihan Raya Umum Ke-14, Keputusan Rasmi Pilihanraya, dan pelbagai maklumat bermanfaat lain.
Jadi, jangan lupa untuk terus bersama dan kekal di saluran TV AlHijrah, Stesen Saluran Pilihan Raya Umum Ke-14 anda dan keluarga

2 comments:

  1. mak kita suka tgk tv alhijrah ni..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga pimpinan yang baru ni akan lebih mmberi kebaikan pada rakyat

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan blogwalking

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com