The Train Hotel, Hatyai Thailand dekat nak akses keretapi! - Husniey Husain

Friday, 24 August 2018

The Train Hotel, Hatyai Thailand dekat nak akses keretapi!


Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera. Percutian di Hatyai pada June haritu husniey telah memilih untuk menginap di The Train Hotel.
Dua hari satu malam berada di Bandar Hatyai. Apapun tujuan anda melawat HatYai, The Train Hotel Hatyai adalah penginapan yang okay untuk dimasukkan dalam senarai

Baca entri sebelum ini 
>>Misi Jalan Jalan Cari Makan di Hatyai<< 

Lokasinya yang strategik dan banyak tuktuk yang ada diluar bangunan hotel. Kalau anda rajin jalan kaki pun boleh, sekitar 10 minit dah sampai di kawasan city centre seperti Lee Garden Plaza.
Cuma nak nasihatkan nak naik tuktuk tu adakalanya pemandu akan cuba sapa kita dulu (mungkin weekday kurang pelancong), so bila dia tegur tu cubalah negotiate harga, pandailah korang kawtim harga kalau nak dibawa jalan jalan ke tempat yang lebih jauh.

Kemudahan yang terdapat di The Train Hotel
Pertama kali menjejak masuk ke dalam bilik hotel ini, terkejut jugalah besar rupanya bilik dia. Husniey tengok dekat Agoda nampak macam biasa je.








Biliknya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti tuala, barang mandian, air mineral, cerek elektrik, peti sejuk mini, almari, televisyen dan biliknya juga mempunyai penghawa dingin. Socket plug pun ada banyak tersediakan, korang jangan lupa bawa universal travel adapter kang tak dapat nak cas telefon, kamera dan segala mak nenek gajet πŸ˜‚








Faktor utama husniey memilih menginap disini ialah lokasi hotel ini dekat sangat dengan stesen keretapi Hatyai, memang dah merancang untuk menaiki keretapi semasa perjalanan balik dari Hatyai dan teruskan mengembara ke belah Utara Malaysia. Lagi pun memilih penginapan yang dekat dengan kemudahan awam ni antara bahagian paling utama ketika kita keluar mengembara di negara orang.

Harga satu malam menginap di The Train Hotel ini RM 129, sebenarnya macam mahal sikit tapi masih okay (tidak melebihi bajet).

Ada pilihan harga yang lagi murah, ini mungkin sebab husniey ada tambahkan AirAsia Big Points 😁. Kalau korang tak tambah apa apa harga bagi bilik standard ni sekitar RM 98. Bilik dorm pun ada tersediakan disini, senang kalau travel dengan kawan kawan lagi jimat menginap di bilik bujang kan? Harga yang husniey lihat di Agoda dari RM 34


Nak cari sarapan pagi pun tak payah, berjalan kaki sahaja dan akan jumpa kedai makan diluar kawasan hotel. Hanya 5 minit berjalan kaki dah jumpa kedai makan muslim Thai.


Lokasi The Train Hotel dan Lokasi Berhampirannya 


Suka dengan pekerja kaunter depan, orang Muslim Thailand dapat bertutur Bahasa Melayu, slang belah Kelantan. Husniey pada mulanya bertutur guna bahasa Inggeris, tapi di respon dalam bahasa Melayu. Wahh kagum dengan kemampuannya yang dapat bertutur banyak bahasa 😍

Semoga entri ini bermanfaat. 

18 comments:

  1. Replies
    1. Iya, menarik sebab dekat sangat dengan keretapi

      Delete
  2. Tempat penginapan yang dekat dengan tempat makan...tempat membeli belah dan pengangkutan sering menjadi pilihankan Husniey....memudahkan pergerakkan...terbaiklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak PC, pilihan yang begini memudahkan urusan traveller. Nak booking hotel pun banyak benda nak kena kaji dulu kawasan sekeliling

      Delete
  3. Replies
    1. Masa ada peluang duit cukup baru on, minat begini dah sejak remaja tapi lepas kahwin baru ada rezeki jalan² jauh sikit

      Delete
  4. bagi CT harga tu okay. dengan kemudahan dekat dengan train dan bilik besar. not bad lah kan hehe.. lokasi public transport mmg penting laaa bab2 nak berjalan ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah okay je harga tu sebenarnya.. Tu pun sebab masukkan pilihan nak tambah big points hee

      Kan penting sangat cari penginapan nak kena dekat dengan public transport

      Delete
  5. teringinnya nak ke Hat Yai ni tapi tak berani nk pergi mcm backpackers, kena join geng travel..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sampai lah tu nanti CR. Okay je backpackers, tapi kena banyak buat kajian. Kadang husniey pun malas nak jalan sendiri guna travel agent jugak. Heehe

      Delete
  6. Dah masuk dalam list hotel ni husniey. Tq bg info. Kalau xtahun ni tahun dpn nak ke hat yai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh, welcome Ana.. Semoga bermanfaat dan dipermudahkan urusan nak bercuti ke Hatyai nanti

      Delete
  7. wahhh bestnyaa. bila lah busyra nk smpai ke sini ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestt. Makan makan paling terbaik di Hatyai 😍

      Delete
  8. Kitorang suka tempah hotel dengan Traveloka sebab promosi dia kadang2 buat harga hotel jadi lebih murah dari apps lain. Last aritu pi Kuantan, asalnya lebih mahal dari agoda tapi bila applied RM10 promosi jadi lebih murah. Walaupun beza RM7 rasanya, asalkan duit..berjimatla :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tahu traveloka lebih jimat, terima kasih kongsi diruang komen. Husniey guna semua apps yang ada bila travel. Kadang airbnb, booking dot com, agoda. Semua apps ada pro and cons..

      Macam sis nak jimat kan sebab tu pilih traveloka, macam saya pilih nak tambahkan AirAsia big points dan dapatkan cashback di Shopback so Agoda jadi pilihan

      Delete
  9. Bila la mak liez nak jejak kaki ke hatyai ni...

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com