Al Kisah Road Trip ke Cameron Highlands - Husniey Husain

Monday, 24 September 2018

Al Kisah Road Trip ke Cameron Highlands



Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Entri kali nak cerita pengalaman husniey dan laluan yang dah dirasai untuk pergi dan balik Cameron Highlands. Dua kali tahun ni kami laki bini ke Cameron dalam masa terdekat. Kali kedua ni disebabkan kerja, tak ada maknanya nak repeat dalam masa terdekat kalau tak ada urusan. Membayangkan jalan tu pun dah nak muntah. Hihi serius mencabar betul jalan jauh ni. Tapi sedikit syukur alhamdulillah jugak sebab dah khatam jalan nak ke sana πŸ˜‚

Jika ingin bertolak dari Kuala Terengganu ke Cameron Highlands, kami akan melalui jalan Kenyir - Aring - Chiku - Gua Musang - Lojing - Cameron Highlands πŸ“

Difficult roads often lead to beautiful destination



Jalan ini akan memakan masa 4 jam 30 minit. Kalau bertolak pagi jam 10 pagi, pukul 3 lebih petang dah tiba di Brinchang. Dinasihatkan isi minyak kereta kasi full dan kereta anda tu pastikan dalam keadaan baik ye sebab laluan sini memang tak jumpa stesen minyak dan bengkel ke apa. Kalau ada kampung pun tak banyak mana yang dekat dengan jalan tu.

Laluan ikut negeri Terengganu - (Gua Musang) Kelantan 

Melalui laluan Kenyir - Felda Aring ni okay cuma ada jugak beberapa jalan yang berliku dan bahaya sikit. Kawasan ni berbukit (dan ada beberapa tempat kesan tanah runtuh). 



Peta Tasik Kenyir, boleh lihat juga view cebisan tasik kenyir semasa lalu sini. Lawa airnya hijau 

Lain cabarannya ialah kawasan ni ada begitu banyak Gajah dan haiwan liar. Malam bahaya woo sini, ayah ceritakan dulu ayah pernah kena bertugas di area Kenyir dan kena lalu sini tengah malam, ayah kata ada Jabatan Perhilitan follow di belakang sampai dekat kawasan tertentu, sebab kawasan ni kawasan gajah bermain main.

Ogos haritu, ke Cameron Highlands balik dari sana lalu kawasan kenyir ni jugak, kami laki bini dua orang je masa tu. Dah lewat petang lalu jalan tu, sejam lagi nak maghrib.. Terkejut jugak serempak dengan sekumpulan gajah liar. Pada mulanya ingatkan sekumpulan lembu yang duk cari makan tepi jalan (dekat hutan tebal), rupanya gajah.. "weh gajah la abang. Seriusss lah gajah!" Comel betul gajah tu, anak mak semua ada tapi itulah terkejut punya pasal tak ada maknanya nak berhenti ambik gambar. Bahayaa tu! Dah nak senja pulak dalam kawasan hutan tebal

Status Facebook husniey pada Ogos lalu 

Unik kan, mesti korang rasa wahh excited nya kalau dapat jumpa gajah liar?
Tapi bahaya sebenarnya. Kalau buatnya dia mengamuk bila nampak kenderaan kita, atau tetiba jumpa sekumpulan gajah terlentang tengah jalan duk tidur macam mana kita nak lalu tu! Bukan lembu ni. Haha. Masa kami sedang lalu hari Jumaat 21 September tu, ayah siap tunjuk dan beritahu haa tuu tahi dia lah tuu..
Banyak betul tahi dia kat tepi jalan, besar pulak tu. Biasa tengok yang lembu je πŸ˜‚

Bila bermusafir secara road trip ni buat kita banyak berfikir tentang kejadian alam semulajadi. Rasa macam SubhanaAllah rupanya sini habitat gajah. See hikmah bila jalan jalan. Dari tak tahu kita jadi ada ilmu baru

Laluan Melalui negeri Pahang

Sambung cerita lagi. Weekend baru ni, 21 September ke Cameron pula. Kali ini bersama mak ayah. Laluan balik kami terpaksa lalu negeri Pahang, memang ronda habis separuh negerinya. Huih jenuh nak sampai ke Kemaman Terengganu (hantar mak ayah balik kampung). Masa bergerak dari Kuala Terengganu tu mak ayah naik bas ke rumah kami. Jarang sekali dapat peluang bersama macam ni masing masing sibuk.

Sg Koyan Lipis - Jerantut Benta - Jengka - Maran - Naik highway di Maran - Exit Chukai Kemaman.

Jalannya agak berliku dan sempit sedikit, kalau laluan Kenyir ada banyak lorong untuk kenderaan memotong, tapi jalan ni tak ada. Kalau ada lori atau kenderaan berat di depan kena follow jela.

Laluan pada 22 September 


View lawa pada hari tu. Ada empangan tapi tak sempat nak snap molek

Nak potong kenderaan ambik masa jugak, sebab jalan berliku dan sempit. Ada jalan yang merupakan kawasan kampung, tak sunyi sangat tapi lama jugak laluan Sg Koyan dan Lipis tu. Kami singgah solat di Masjid di Lipis dan kat luar tu ada kedai makan tengahari. Pukul 2 petang rehat di situ. Dari Cameron Highlands bertolak pukul 12 tengahari.

Ayah buka cerita kisah pahlawan hebat Melayu suatu tika dulu

Tapi dalam duk pening lalat tu tetiba tengok dah tiba di Pulau Tawar. Ayah tengah drive (bergilir memandu dengan tuan suami), ayah pun buka cerita kisah sejarah pahlawan kita yang hebat dahulu kala, iaitu Mat Kilau. MasyaAllah hebat betul kisahnya. Ada galerinya disini

Galeri Mat Kilau yang kami lihat dari jalan utama 

Ayah cerita lagi dulu orang ingat Mat Kilau dah tak ada, rupanya dia tak meninggal lagi.. "Dia bawa diri sinilah kampungnya tempat dia meninggal". "Mat Kilau dulu rang tak tahu pun dia tu Mat Kilau". Orang putih cari dia merata nak bunuh dia." panjang lagilah cerita ayah tu. Seronok pulak dengar dari mengantuk pening lalat terus tekun husniey dengar ayah bercerita. Yelah dulu belajar sejarah pun bukan jelas mana kan

Saat musafir beginilah kita kenal alam dan sejarah di sebaliknya yang tersembunyi dan makin ditelan zaman. Mana lagi nak dengar cerita sejarah kalau bukan dari mulut orang tua kan. Allahuakbar, sayu pula membayangkan kisah pahlawan

Nak boleh ke naik highway untuk ke Kemaman, kami lalu jalan kampung yang agak sempit dan langsung tak ada bahu jalan. Mujur follow Google Map tu tak salah. Walaupun internet asyik putus signal lost, husniey tengok still okay je berkhidmat. Sebelum terlupa nak beri tips guna Google maps bila road trip jauh.

Sila set laluan yang anda ingin lalu tu, dan biar je Google maps mulakan kerjanya. Sampai dekat area yang tak ada coverage internet tu, jangan tutup pulak aplikasi tu. Google maps tetap akan bekerjasama walaupun offline πŸ˜„

My beloved parents ❤️

Memori tercipta 


Alhamdulillah Allah permudahkan, ayah kata selalunya dia lalu ikut Temerloh tu jauh sikit, tapi betullah jalan yang Google maps ni bagi, lebih dekat. Hehe. Pejam celik berakhir perjalanan yang meletihkan tu di Kemaman pada pukul 7.15 pm. Rehat di rumah mak, pukul 11 malam baru sambung semula balik ke Kuala Terengganu. 2 jam lebih pula perjalanan.
Kalau naik highway cepat sikit tiba, tapi banyak dah cerita tak best kalau balik tengah malam lalu highway LPT2 tu.. Huhu korang ada pengalaman unik tak masa road trip bersama keluarga dan rakan rakan?
Jom share kat ruang komen 😊


14 comments:

  1. teringin nak ke CH lg. Last pi sana thn 2012.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Molek gi abam kie bawa family jalan jalan, tapi jangan pergi masa cuti sekolah jenuh hadap jem. Heee

      Delete
  2. kita pernah terserempak jgk ngan gajah2 ni..memang excited dan takot!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiih mesti excited tapi dalam masa yang sama rasa seram, hee samalahh kita rasa tuu sis gee

      Delete
  3. niat dihati thun family gathering kat CH tp perancangan Allah lbh baik..buat kat kelantan jgk la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe ada rezeki lain tu CikNor dan keluarga :)

      Delete
  4. Kak PC tak pernah sampai lagi ke CH Husniey..banyak kali rancang tapi saat akhir batal..kawan-kawan yang dah biasa ke CH mereka pesan juga...kena hati-hati..lagi-lagi kalau pertama kali datang atau jarang-jarang naik ke CH..kiranya kakau pertama kali pergi tu jadikan pelajaran dan tuntut ilmu selok belok CH dulu...insyaAllah mgkin satu masa nanti kami sampai juga..aamin.
    Terima kasih perkongsian ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama kak pc, mudahan ada manfaat disebalik kisah ni.. Nak jalan jauh kena cukup rehat dan bagi driver tak bosan masa memandu.. Betul dah tu kata kawan kak pc tuu, jalannya agak bahaya dan berbukit curam..

      Delete
  5. Sama masa perjalanan dari umah Ana. Tp so far jalan ke Cameron melalui simpang pulai ok lagi. Tak pening pun. Ikut tapah je belum lagi sebab katanya jalan dia lagi pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke husniey pernah dengar jugak orang kata jalan belah tapah agak terukk nasiblaa tak kena lalu situu

      Delete
  6. syoknya pergi jalan2 CH bila dapat bercuti gak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom cik ash tahun depan syok jugak :D

      Delete
  7. Wah 4 jam lebih jer CH dari teganu. Cam best jer. Nak ajak suami berjalan ke CH gak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ke CH hanya 4 jam lebih dari Kuala Terengganu lalu kot Aring - Gua Musang, tapi lalu situ kena pastikan kenderaan okay sebab tak ada kemudahan stesen minyak / bengkel. Lekass ajak suami.. heee

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com