Dua Malam di Gili Amor Boutique Resort, Gili Trawangan Lombok - Husniey Husain

Sunday, 23 September 2018

Dua Malam di Gili Amor Boutique Resort, Gili Trawangan Lombok


Assalamualaikum semua kesayangan, semoga sihat selalu ya. Terima kasih kerana selalu menanti dan membaca entri dari blog husniey yang tak seberapa ini. Sebenarnya haritu dah nak sambung kisah bercuti di Lombok, tapi tertangguh dek kerana waktu itu sedang berlaku tragedi gempa bumi yang sangat dahsyat dan menyayat hati di sana. 

So kerana rasa jatuh sayang pada Lombok, husniey tangguhkan sementara daripada update tentang percutian ke Lombok. Yes sedar lambat betul nak habiskan kisah bercuti ketika di sana. Hee bawak bertenang ya.. 
Jom kita sama- sama doakan semoga Lombok cepat bangkit dari tragedi gempa bumi yang mengganas baru baru ini. Kalau tak silap ada banyak sangat gempa susulan. Dan ada gempa tu ada yang capai tahap 6-8 skala ritcher. Nasiblah masa husniey ke sana bulan April lalu semuanya baik saja. Semoga Allah lindung saudara islam kita disana. Mereka semua baik – baik. 

MEMILIH MENGINAP DI SENGIGI DAN GILI TRAWANGAN 

April lalu husniey memilih lokasi Sengigi dan Gili Trawangan sebagai tempat untuk menginap ketika bercuti di Lombok
Di kawasan Sengigi menginap cuma satu malam sahaja. Paling best mestilah di Gili Trawangan. Suasananya lebih meriah dan banyak aktiviti juga boleh dilakukan ketika di Gili. Husniey pilih Gili Amor Boutique Resort ketika membuat carian di Agoda. Berkenan sebab baca review kata tetamu yang datang ke resort ni, lokasinya berdekatan sangat dengan jeti tak sampai 5 minit berjalan kakiLagi pula harga masih dalam bajet kami tak terlalu mahal sangat. 

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI GILI AMOR BOUTIQUE RESORT

Istimewanya resort ini terdapat pelbagai kemudahan yang sangat diperlukan oleh setiap tetamu yang datang menginap disini. Restorannya santai dan dekorasi sangat lawa diperbuat daripada kayu. Pelbagai hidangan yang terdapat di restoran ini, korang nak makan hidangan Asian, Italian, Western Mexican dan lain – lain lagi. 


Menu sarapan pagi kami di resort, sedap! Di sini dihidangkan secara ala carte bukan buffet style

Sedap gabungan maggie goreng Lombok ni bersama keropok dan sate

Ini menu yang unik juga, haa mat salleh sukalah. Hari terakhir di resort, daku pilih ini

Bertambah menarik bila husniey dan suami dijamu dengan segelas welcome drink oleh pekerja resort sebagai tanda selamat datang. Boleh bawa gelas tu ke bilik, tak pun boleh layan permandangan landskap di kawasan kolam renang! Haihh serius best. 


Okay bersambung.. Lagi kemudahan yang boleh didapatkan di resort ini ialah basikal.
Haa basikal ni penting tau antara pengangkutan utama ketika di Gili Trawangan. Boleh disewa di resort. 



Bahagian depan resort 

Antara perkara penting ketika memilih untuk menginap di sesebuah penginapan ialah pastikan penginapan tersebut menyediakan kemudahan asas seperti katil, bilik ada penghawa dingin, bilik air, saiz bilik yang sesuai untuk bilangan orang. Kalau ada disediakan lebih dari itu dikira bonus, contohnya ada disediakan peti keselamatan, seterika dan wifi. 

Ye, sebab tu kalau harga sesebuah penginapan tersebut mahal pastikan ia berbaloi atau tak. 
Gili Amor Resort ni, husniey memang berpuas hati dengan segala kelengkapan yang disediakan di dalam bilik. Kecuali ada satu je benda penting yang tak ada iaitu cerek elektrik, kami laki bini kena minta air panas di cafΓ©. Hihi siap kena sakat dengan pekerjanya “nak air panas ya, ni mesti nak buat kopi kan”. 

Reaksi muka dia tu kelakar dia macam lembut sikit pastu diingat husniey dan tuan suami datang honeymoon konon macam baru kahwin tu kalau pakai inai mesti ingat pengantin baru kot. Haha sabar jela ramah sangat staf Gili Amor ni

Me and husbaby breakfast at Gili Amor Boutique Resort, Lombok [April 2018]

Staf yang ramah dan mukanya ada iras sangat dengan arwah ayah mertua husniey 

Resort ini nampak seperti masih baru, dekorasinya pun kemas dan cantik. 
Paling penting suasananya tenang. 
Husniey kadang agak cerewet dan memang baca review sebelum pilih menginap di kawasan tu, yelah kadang tu ada hotel murah tapi dekat dengan pub atau bar, bising nanti nak istirehat pun tak boleh kang. Tak selesa pulak. Heehe 


Permandangan pantai dekat je dengan resort. Naik basikal 3 minit dah dapat tengok view cantik macam ni

Setibanya di Gili Trawangan (menaiki feri awam) terus ke resort untuk urusan check in. Kalau tengok dari luar nampak biasa je tapi mesti korang tak sangka kat kawasan dalamnya cantik sangatt, sesuai untuk pasangan yang nak honeymoon. 

Kafe hak milik Gili Amor 


Waktu malam. Suasana romantik! 

Suasana Bilik Yang Luas dan Lengkap 

Teruja lawa sangat dalam biliknya. Barangan perabot seperti katil, almari, ampaian rak tv semua diperbuat daripada kayu. 

Selesa, ada ruang nak solat. Gili Amor Boutiquepunya saiz bilik yang luas ditambah dengan kemudahan yang disediakan, tak payah rungsing dah kalau anda tertinggal tuala ke / sabun, berus gigi, hehe. 


Nice view 


Semua bilik mempunyai balkoni dan penghawa dingin, husniey jemur kain dekat balkoni bilik je, buka aje pintu dah boleh tengok permandangan kolam di bawah. Lawa, tenang betul dapat rehat dengan suami di ruang balkoni bilik tu. Rindu weh resort ni!


Tuan suami berehat seketika minum welcome drink



Pada mulanya husniey buat tempahan resort ini hanya untuk satu malam, sebab malam ketiga husniey tak pasti akan menginap di Gili atau balik ke tanah besar (menginap disana). Kiranya dah check in sini, baru buat keputusan untuk tambahkan lagi satu malam di Gili Amor ini. 

Kemudahan Utama di dalam Bilik
Almari, penyangkut baju, peti sejuk mini juga terdapat disitu. Lebih menarik disertakan peti besi keselamatan untuk anda menyimpan barang berharga. Kemudahan televisyen turut ada, dan mempunyai beberapa saluran yang boleh ditonton (syok lah layan sinetron aje kami, hehe). WiFi pun ada. Lajuu 

Peti sejuk mini 


Review Ikhlas Mengenai Gili Amor Boutique Resort

Paling husniey suka tentang bilik ini ialah saiznya yang luasdekorasinya simple tak padat sangat lepas tu suka dengan perabot semua daripada kayu, nampak gabungan tema klasik dan moden. 

Dua malam kami menginap disini, tapi rasa macam lama je duk sini sebab suasananya nyaman, pekerjanya baik-baik tak sombong, membantu bila kita bertanya. Siap kami terserempak jumpa pekerjanya di kawasan Sunset Beach masa jalan jalan dengan basikal, dia tegurnya kami “eh kamu disini ya jalan jalan”.

Salah sorang pekerjanya ni pernah menetap di Malaysia. Syok bersembang dengar pengalaman. Pendek kata semuanya best, husniey duk 2 malam pun rasa tak puas, salah satu sebab tak berkesempatan mandi manda di kolam renang yang menggoda tu. Itulah sibuk explore pulau tu sangat. Letih naik basikal kehulu kehilir, haha πŸ˜‚ 

Aduhaii sabar jelah kan best kalau dekat. 
Best sangat menginap disini sayang pulak kalau duk sehari je, pekerja disini layan seperti keluarga. Ramah, membantu, ikhlas bertugas. Siap hari akhir tu husniey pesan kat suami untuk berikan mereka tip, bersungguh mereka ucapkan terima kasih dan lambai tangan ucapkan selamat tinggal ketika kami check out tu. Nangis weh masa nak check out tu, tak pernah rasa begitu sebelum ni. Very nice stay here! 

Kalau ada rezeki repeat Lombok nak menginap disini lagi. Harga yang kami dapat ketika buat tempahan di Agoda RM 180 dan tambahkan satu malam lagi bayar tunai dalam matawang rupiah (nilai dalam bentuk ringgit RM 190). Jumlah dua malam menginap di Gili Amor ni RM 390 (Dua malam menginap termasuk sarapan pagi)



Overall husniey beri markah:

4.8 / 5 🌟 🌟 🌟 🌟
Servis terbaik
Kebersihan terbaik
Suasana Bilik, Kelengkapan, Dekorasi terbaik 

14 comments:

  1. Excited baca entri ni. cantik pulak tu. Thanks sharing Husniey mana tahu dapat ke sana nanti one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcomeee kak diah.. Aamiin miga bermanfaat ya

      Delete
  2. cantiklah Husniey hotel ni. konsep dia boutique tu yang lawa kemain tu.. kalo dok sini takyah keluar jalan duduk kat hotel je boleh dak hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aah setuju dengan CT, syok boutique hotel ni reka bentuk dia lawaaaa :D

      Delete
  3. nice place..cantiknta tempatnya.makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer cantik sangat Rabia.. Makanan pun sedap dan unik!

      Delete
  4. cantiknya tempat dia... geramm wesssssssssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangatt cantikk.. Sesuai nak honeymoon :D

      Delete
  5. cantiknya tempat nie..done follow sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya tenang dan cantikk, thank you follow. Salam perkenalan ya kakcha

      Delete
  6. dah 2 blogger stay sini.. tp trip cik en x stay di gili. smua di mantaram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke cik en, hee saya ni tempah kat agoda je. Rujuk kat ruang komen dan tengok rating okay terus booking

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com