Pengalaman Bersuka Ria di Bukit Gambang Waterpark, Kuantan Pahang - Husniey Husain

Wednesday, 19 September 2018

Pengalaman Bersuka Ria di Bukit Gambang Waterpark, Kuantan Pahang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahukah anda pembaca yang dikasihi sekalian, Bukit Gambang Waterpark dibina di atas tanah berkeluasan 46 ekar dan pernah dianugerahkan ‘Best Waterpark in Malaysia’ pada tahun 2011 oleh MAATFA (MALAYSIAN ASSOCIATION OF AMUSEMENT THEME PARK & FAMILY ATTRACTIONS).
Hari pertama husniey disini bersama sebahagian group Blogger Pantai Timur ialah bermandi manda di Bukit Gambang Waterpark. Nak tahu best tak best kenalah baca sampai ke akhir entri ya. Hihi

JEMPUT BACA ENTRI BERKAITAN:





Pukul 2 petang kami berkumpul di kawasan lobi dan bergerak berjemaah dengan menaiki kemudahan tram untuk ke taman tema air. Jikalau anda ke sini tak usah risau tentang macam mana nak bergerak ke tempat tarikan yang terdapat di dalam Bukit Gambang Resort City, sebabnya dah ada kemudahan tram yang disediakan untuk pengunjung. Sememangnya kemudahan tram ini memudahkan urusan anda untuk bergerak ketika bercuti. Jadinya teruskan menyimpan kereta anda di tempat letak kereta ya. Bukit Gambang Waterpark mempunyai gabungan unik gelongsor air serta kebanyakan kemudahan disediakan terbaik dan ada antaranya permainannya merupakan yang pertama di Malaysia.


  • Longest family raft ride 
  • Longest 6 lancer racer 
  • Largest wave pool capable of generating 8 modes of wave patterns,
  • Children centric Penguin Island where it has the first aqua play structure in Malaysia, 
  • Turbulent lazy river 
  • E- Value / Cashless System 

SISTEM E-VALUE TANPA TUNAI & PERKHIDMATAN SEWA PELAMPUNG

Uniknya di taman tema air Bukit Gambang ini menggunakan sistem E-Value iaitu membolehkan pengunjung menyimpan nilai tunai di dalam gelang tangan (pas masuk), jadi anda tidak perlu membawa apa-apa tunai secara fizikal untuk membeli belah dan berbelanja di dalam taman air. Nilai yang anda nak gunakan boleh ditambah nilai di kaunter yang dsediakan tidak jauh dari tempat bermandi manda. Hebat juga kan dengan adanya sistem E-Value ini, jadi dapatlah mengurangkan kes-kes kehilangan wang. Terdapat juga perkhidmatan menyewa pelampung dengan harga tertentu bersama deposit, jadinya  kena pastikan pelampung yang disewa tu dikembalikan dalam keadaan baik bukan rosak tau! Haa kalau rosak, hanguslah deposit tersebut. Fuh!



Kemudahan yang ada disediakan di dalam taman tema air ini antaranya ialah; tandas dan bilik air (bilik persalinan) untuk membersihkan diri dan menyalin pakaian, tempat penyimpanan beg (loker), surau, restoran Savannah Coffee dan Pizza Time, kaunter menyewa pelampung, serta Cabana untuk anda berehat dan berteduh bersama keluarga.


Cabana ~
Kepada anda yang datang bersama keluarga serta anak – anak kecil haruslah bawa anak bermain air di kawasan Penguin Island. Disini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh diterjah! Seronok sungguh tengok anak - anak blogger pantai timur yang menghabiskan masa bermain di Kids Slide, Penguin Express ada tempat permainan seperti di taman permainan.


Slideshow bergembira di BGWP ~ 

Sini seronok juga, kawasan kanak-kanak ku hentam main, hihi

Sekali datang air yang disimbah kemain mereka bergelak ketawa, haaha. Husniey dan tuan suami pun turut mencuba bermandi manda di kawasan ini, sebab disini antara kawasan yang paling meriah dengan anak-anak kecil. Seronok sesekali kami jadi kanak kanak. Kami bermain di Kids Splash Pool, kemudian bermandi manda di Adult Leisure Pool disini orang dewasa boleh bermandi manda dan airnya juga tidaklah dalam mana.

Kids slide ~ Syok kan tengok
Adult Leisure Pool, kat sini tak boleh guna tube. Untuk orang yang nak berenang
Jangan leka berseronok disini, kan anak – anak dilupakan pula nanti! Hihi kami yang masih berdua ni takpelah. Paling best moment ialah Glacier River, boleh merasai pengalaman menyelusuri kolam tersebut bersama pelampung, terdapat waktu tertentu akan dilepaskan turbulence. Syok juga duk menyelusuri glacier river ni, pengalaman yang menakjubkan.


Masa kami bermain main di Glacier river ni tak ada turbulence, so relaks jela tapi jenuhlah nak gerak


Reaksi lepas keluar gua, haha comel je abang ni kan 

Seterusnya merasai pengalaman bermandi manda di Coco Beach. Sewa pelampung dan layan ombak kat sini, memang best. Heee teruja tengok hebat juga sistem di Bukit Gambang Waterpark ni boleh buat ombak. Untuk pengetahuan anda Coco Beach Wave Pool ini The Largest In Malaysia.





PIZZA TIME – WAJIB RASAI PIZZA TERSEDAP DI BUKIT GAMBANG WATERPARK!
Penat bermain air mesti terasa lapar kan, perut pula minta diisi. Kami sempat merasa pizza di Pizza Time. Serius sedap sangat! Anda yang datang ke sini patut cuba, harga ditawarkan juga berpatutan. Sedap lagi dari pizza yang popular di luar sana. Heee jujur ni husniey beri pujian.
Ini bukan edit, saiz pizza tu memang besar.
Wajib cuba kalau mandi manda di Bukit Gambang Waterpark

Lawa pulak Pizza time ni kan, harga berpatutan saiz besar sangat!


Semoga Pizza Time mengekalkan rasanya yang unik dan sedap tu! Tak pernah jumpa lagi pizza sesedap itu. Tengah taip ni pun boleh terliur tau


SUKAKAN CABARAN? CUBA TREE TOP HILLS SLIDES!
Ini sesuai untuk orang dewasa, di kawasan tree top hills slides ini terdapat banyak sangat gelongsor yang tinggi. Kalau korang nak mencuba bermain bersama rakan-rakan dan keluarga bolehla cuba, gila best dan terbaik!

6 Lanes Racer tu palng panjang di Malaysia, hebat bukan? Husniey tak berkesempatan bermain dengan gelongsor terpanjang tu, kejap je masa bergerak pejam celik dah nak petang dah. Nanti kalau berpeluang bercuti ke Bukit Gambang Resort City, aktiviti ini yang pertama husniey nak mencubanya bersama keluarga! Yeayy cepat tolong aminkan moga murah rezeki nak bawa family jalan jalan sini pulak.

Review ringkas mengenai Bukit Gambang Waterpark, husniey suka semua permainan yang disediakan. Part tak berapa suka sebab besar sangat, haha tak sempat nak explore kesemuanya. Letih dah. Kalau anda yang jenis sukakan cabaran pun turut ada yang sesuai disini. Perkara yang tak perlu dirisaukan ialah tentang pakaian sebabnya di BGWP ini anda boleh memakai T shirt, seluar pendek, swimming suit, muslimah swimming suit, aerobic suit. Jangan berkebaya sudah datang mandi manda. Untuk kanak-kanak sila pakaikan pakaian yang sesuai jangan korang bagi pakai pampers je pulak. Parking pun senang, kalau tidur kat Arabian Bay Resort cuma guna tram aje nak ke taman tema air tu. Nanti nak repeat lagi!

VIDEO PADA HARI KEJADIAN BERGEMBIRA DI BUKIT GAMBANG WATERPARK



WAKTU OPERASI
  • Isnin, Rabu, Khamis - 11 pagi hingga 6 petang
  • Jumaat Sabtu Ahad & Cuti Sekolah - 9.30 pagi hingga 6.30 petang
  • Ditutup pada setiap hari Selasa; kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah

HARGA TIKET MASUK KE BUKIT GAMBANG WATERPARK
  • Dewasa RM 33
  • Kanak-kanak (90 cm - 12 tahun) RM 23
  • Senior Citizen (60 tahun ke atas) RM 23  
  • Kanak - kanak bawah 90 cm PERCUMA 


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI;
Website: bgrc.com.my
Hotline: 016 - 9984768

17 comments:

  1. Baru smlm survey² tempat bercuti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh syok tu, nanti masukkan Bukit Gambang Waterpark ni dalam list sekali πŸ™Š

      Delete
  2. macam best je ni, kalau g bercuti dengan family. besar betul pizza tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best, suasananya memang sesuai untuk family. Aah pizza tu memang besar 😍
      Puashati

      Delete
    2. Aah sesuai tempat ni untuk family bercuti.. Pizza tu memang besar, puashati dapat makan

      Delete
  3. Seronoknya cuti2 dlm group.. kak liez suka cuti2 dgn family members.. sbb seronok lagi..lama rsnya tak buat family day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Husniey pun memang suka kalau dapat bercuti dengan family members, tapi susah nak dapat peluang itu.. Mudahan satu hari nanti bolehlah bawak mak ayah adik adik bercuti ke tempat yang mewah sikit πŸ™Š

      Delete
  4. Bestnye... Seronok kan kalau dapat cuti-cuti reramai ni.. Leya pun dari dulu memang akan plan bercuti ramai-ramai with family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat leya..lagi best kalau dapat kumpul dengan ahli keluarga

      Delete
  5. mandi..mandi pastu stop makan...pastu mandi lagi..makan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa macam mana akak boleh tahu ni, syok tu kami duk penat mandi lepas tu makan πŸ˜‚

      Delete
  6. CT suka juga lepak waterpark. suka brendam main2 air ni. tapi kalo slides yang extreme ni seram jugakla. kot2 terlajak ke Kuantan sana bleh singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa samalahh CT,
      husniey jenis spesis seram jugak nak try permainan ekstrim, gayat takut air dalam tu semuanya lengkap.. tapi kadang kadang ada jugak tetiba berani rasa nak cuba lawan takut tu. Heee

      Delete
  7. Alahai seronoknya Couple ni bersuka ria main air. Lama ana tak ke waterpark ni. Rindu pula. Jom Husniey teman Ana ke Gambang ni. Boleh sama2 jadi kanak2 ribena. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha alhamdulillah seronok, first time ke waterpark ni dengan Izzat πŸ˜™

      Haaa jom Ana

      Delete
  8. salam singgah. menariknya. tak pernah lagi berkesempatan ke sini. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah.. Menarik sangat Bukit Gambang ni kena datang sis bawa family

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com