Apartment Mewah di Brinchang - Husniey Husain

Friday, 26 October 2018

Apartment Mewah di Brinchang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. 
Moga sihat hendaknya. Kalau anda mengikuti husniey di media sosial seperti facebook dan instagram pasti tahu mengenai percutian husniey pada Ogos lalu di Cameron Highlands. Birthday trip pada 20 Ogos dan turut sambut hari raya Aidiladha disana. Ketika buat carian di google dan baca blog blog lain ramai juga yang suggest untuk menginap di kawasan Tanah Rata atau pun Brinchang. Husniey dan tuan suami memilih untuk menginap di kawasan Brinchang. Okay jugalah masuk je kawasan Brinchang terus nampak bangunan apartment mewah ni.


Nova Highlands Resort & Residence Jadi Pilihan

Memilih menginap di apartment ini sebabnya rasa tertarik hati ni melihat gambar di internet, lawa rekaan dalamannya. Memula tengok dekat aplikasi yang agak popular untuk buat tempahan penginapan; mahal weh dekat RM 1k dua malam,
memang tak mampulah husniey dengan harga sebegitu.. Husniey buat tempahan agak last minute sebenarnya, terasa nak tengok laman Airbnb lama dah tak survey penginapan disitu. Airbnb ini laman web yang anda boleh guna untuk buat tempahan Guesthouse / Rumah Tumpangan / Rumah Percutian. Selalunya rumah yang disediakan diiklankan di Airbnb ini tersangatlah moden, rapi dan bersih. Yang penting harga juga berpatutan dan sesuai bagi semua traveller tak kisahla kalau korang yang jenis travel bersama keluarga, kawan kawan. Sesuai je nak menginap di guesthouse

Ruang tamu yang luas, lega sangat  Suka ruang tamu dalam apartment ni, disediakan sofa yang besar boleh duduk dengan selesa (*tuan suami siap tertidur kat sofa lagi, selesa sangatlah tu). TV juga turut disediakan di ruang tamu


Suka ruang bilik dia boleh tengok ruang tamu, selak je langsir ni. Bilik macam ni comel je untuk pasangan bulan madu. Hihi

Di Nova Residence ni husniey dapat bilik jenis studio, ia menawarkan reka bentuk terkini dengan akses Wi-Fi, dan rumah ini sempurna untuk pasangan dan keluarga kecil. 
Bilik studio ini dilengkapi dengan 1 katil queen, ruang tamu, dapur kecil dan bilik mandi. Dapur dilengkapi dengan peti sejuk, microwave, cerek, pinggan, mangkuk dan cawan. Tak ada dapur disediakan untuk memasak tapi setakat untuk panaskan lauk atau makanan segera boleh guna microwave. Paling penting tempat sejuk seperti cameron ni elok sangatlah hos apartment ni sediakan pengering rambut. Senang nak keringkan rambut. Seterika dan papan seterika juga ada disediakan, tak payahlah susah bawa dari rumah kan. Husniey tengok baru lagi masih berbalut plastik. Datang Cameron Highland tak perlu cari penginapan yang ada aircond, sebab dengan kipas pun dah sejuk gigil tau! Banyak kali kami suami isteri duk on off kipas, terus tutup.

Senang, kesemua kemudahan asas ada disediakan. Syampu, gel, itu razor serta sikat pun ada. Ni kalau tertinggal barang keperluan gini tak perlu resah 

Balkoni  menghadap ke bukit yang kehijauan menjadikan anda menikmati angin pagi yang menakjubkan. Serius best suasana pagi di sini. Bagi anda yang memandu, ruang parking ada banyak tak berebut la dengan tetamu lain. 
Ada restoran dan kafe terletak di dalam pusat membeli-belah, sangatlah dekat hanya beberapa minit jalan kaki dari apartment naik turun lif aje, heee. Kami haritu tak sempat nak tea break dekat Old Town Cafe kat situ, haha. Kami cuma pergi 7 Eleven aje duk cari bekalan makanan dan minuman. 



View dari balkoni awal pagi. Indah sungguh๐Ÿ˜


Di kawasan luar apartment. Walking distance

Apartment ini dekat juga dengan tempat tarikan lain seperti Bee Farm, Butterfly Farm, Strawberry Farm, Orchid & Rose Garden dan Kea Farm Fresh Vegetable. Tempat tarikan yang popular dengan lokasi penggambaran filem atau drama tu terletak dekat je dengan kawasan apartment. Hari kedua barulah kami perasan, hee nak pergi ke Boh Sungai Palas tu beria duk rujuk guna Google maps sekali tengok lorongnya tu depan bangunan kami menginap ni je.. Kelakar betul bila ingat balik reaksi kami masa tu.. "Oh kiranya BOH Sungai Palas ni simpang nak masuk tu dekat depan bangunan apartment ni je, laa ingatkan jauh" - Suamiku Izzat berkata 

Kemudahan yang disediakan dalam apartment

  • Peti sejuk mini
  • Cerek elektrik
  • Perkakas dapur asas (pinggan, mangkuk, sudu, gelas)
  • 1 katil saiz queen, 2 bantal dan 1 selimut
  • 1 bilik mandi dengan pemanas air
  • Almari dengan hanger
  • 2 Tuala (tuala tambahan dikenakan cas)
  • Gel mandian & Syampu, Razor, Sikat 
  • Pengering rambut
  • Kipas siling (Kawasan ruang tamu)
  • Kipas Berdiri (di Bilik)
  • Kemudahan lif
  • Tempat parkir kereta percuma


Husniey suka kawasan ni permandangan dari balkoni rumah ni boleh buat kita tenang sebab nampak berkabus dan ada kehijauan serta udara segar masuk dari pimtu balkoni. 
Rasa menyesal husniey tak bawa laptop, bukan lupa tapi fikir 'arghh malaslaa berat nanti banyak barang'. 

Harga yang husniey dapat ketika buat tempahan last minute RM 199 semalaman, dua malam jumlahnya RM 398 kan, itu belum termasuk cleaning fee dengan service fee yang dicas oleh Airbnb tu.. Total bersih dua malam menginap termasuk pelbagai kemudahan dan servis cas RM 486Haa tak adalah mahal sangat nak dibandingkan dengan website lain yang husniey survey cecah RM 1K huuihh :D

Rujuk sini harganya 

So rumusan tentang penginapan ini husniey beri 9/10 bintang. Servis hos pun okay sangat, nak check in pun senangCollect je kunci nanti hos tu beritahu semua maklumat selepas buat pembayaran tempahan. Kalau diberi peluang serius rasa nak duduk lama je apartment ni, luas dan selesa. Lengkap dengan pelbagai kemudahan penting. Boleh masuk dua dewasa dan dua kanak - kanak. Ini kali keempat husniey menggunakan khidmat Airbnb, 
setakat ni harga masih berpatutan. 


Harga mungkin berubah ubah mengikut musim. Jika musim weekend, cuti sekolah jadi mahal. Mana mana website pun macam tu sebenarnya. Lagi best di Airbnb kita boleh dapatkan penginapan yang terlihat mewah dan lengkap tapi harga biasa je. Kalau rasa mahal boleh cuba chat direct owner atau host untuk diskaun. Jemput tau tengok video di bawah ini, jangan cakap husniey tak payung pula kan ๐Ÿ˜„



Alamat Lokasi
Nova Highlands Resort and Residence
The Square, Jalan Aranda Nova, Darul Makmur, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
 


10 comments:

  1. selalu juga guna khidmat airbnb ni...

    ReplyDelete
  2. cantiklah apartment dia... modenn suka tengok living room tu hii

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Husniey perkongsian..ini ilmu sebenarnya.Menjadi rujukkan dan memudahkan urusan orang lain.Alhamdulillah.
    Setuju...nampak mewah tapi harga mampu untuk dilaburkan.

    ReplyDelete
  4. Recommended stay dkt sini. Ana yg Hotel dan apartment 2-2 dah rasa. Mmg puas hati.

    ReplyDelete
  5. cantik lahhh, harga pun kira okey lah gitu!

    ReplyDelete
  6. Mmg nampak puas hati dgn appartment ni, harga pun berbaloi...dapat tgk view yg cantik dari dlm bilik jugak kan

    ReplyDelete
  7. waaa yg penting ada wifi hahahhahaa..
    haii awk salam perkenalan done follow ur blog..jemput singgah my blog ya

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com