Bola Sepak Piala Malaysia 2018 Penuh Dramatik! - Husniey Husain

Sunday, 28 October 2018

Bola Sepak Piala Malaysia 2018 Penuh Dramatik!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Moga ceria dan sihat selalu. Semalam 27 Oktober 2018 husniey yakin ramai yang menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Malaysia 2018 di kaca televisyen atau pun hadir di Stadium Shah Alam. 

Pasukan Perak bertembung dengan Terengganu FC 

Perlawanan akhir bagi Piala Malaysia.
Penuh debaran, cabaran dan banyak moment yang tak disangkakan berlaku dan juga tidak kurang dengan pelbagai kontroversi. Serius memang epik gila. 
Walaupun husniey ni perempuan tak bermakna kita tak tahu tentang dunia sukan ni langsung. So tau jugaklah. Untuk Piala Malaysia ini husniey mula ikuti perkembangan masa Separuh Akhir haritu. JDT vs Terengganu di Larkin. Sokong mana? Mestilah husniey sokong Terengganu kan, orang Terengganu hokeii so hastag team penyu team keropok haha.

Antara topik hangat yang menjadi bualan penyokong bagi kedua pihak ialah mutu pengadilan yang grrr tu. Husniey sebagai penyokong Terengganu turut rasa geram dan kecewa sebab kami laki bini tengok memang macam tak berfungsi mana wisel reff tu πŸ˜‚. Rasanya kedua - dua pihak tak kira Terengganu mahu pun Perak rasa tertekan dengan keadaan semalam bila tengok kelakuan reff.

Separuh Masa Pertama yang berpihak kepada Terengganu

Kipre Tchetche yang terkenal dengan sikapnya bersahaja dan banyak kali menjaringkan gol setiap kali dalam perlawanan bola sepak. Masa perlawanan dengan JDT semasa perlawanan Separuh Akhir baru baru ini Kipre adalah penyelamat dan memenangkan TFC. Namun ketika dalam pelawanan semalam nasib tidak baik, Kipre tercedera dan tidak dapat bermain sehingga ke waktu tamat. Menariknya semalam gol yang pertama dijaringkan oleh Kipre tuuu. Tak sampai 50 saat semasa baru dimulakan! Semua terpegun 😍


Husniey tahu ramai juga penyokong Terengganu rasa tak selesa walaupun ia permulaan yang baik, yelah kan awal sangat Terengganu sumbat gol. Mana yang duk kata penyokong Terengganu awal duk berlagak tu haa silaplah. Itu cuma reaksi spontan bila gembira. Oh sebelum tu mestilah antara yang suka dengan kekalahan Terengganu ialah penyokong JDT kan.. Yelah haritu team penyu tumpaskan JDT di Larkin. Sebenarnya sebelum ni pun team Terengganu banyak kali juga kalah di tempat sendiri. Jadi bila dapat menang di tempat pihak lawan tidaklah terlalu meninggi diri. Itulah dinamakan rezeki.

Perak bangkit kejar Terengganu FC pada pusingan kedua, walaupun banyak cabaran pada masa pertama bagi Perak tapi nampaknya team Perak lebih gigih menyerang. 2 gol pada masa pusingan kedua.Gol ketiga bagi Terengganu dijaringkan oleh Faiz Nasir, pemain tempatan Malaysia kecil molek orangnya.
Dari awal diperhatikan Faiz ni beri komitmen penuh. Walaupun diasak teruk dan beberapa kali beliau tergolek jatuh. Tiap kali tengok Faiz dikepung tu aduh kesian betul. Yelah pemain lain semua besar tinggi tegap. Tapi semangat Faiz tidak luntur. Kecil kecil cili padi. Gol ketiga beliau itu buat rakyat Terengganu terharu.. Yang bukan rakyat Terengganu pun pasti tak dapat nak nafikan ketangkasan Faiz Nasir dan kegigihannya. Beri perhatian sepenuhnya dari awal hingga akhir. Bagusnya Faiz Nasir ini


Peluang gol ketiga buat team Perak menang.
Igor Zonjic pemain dari Terengganu FC tersalah masukkan bola di gol milik Terengganu sendiri. Jadinya rezeki telah berpihak kepada Perak. Serius tak pernah husniey lihat perlawanan bola sepak yang begitu lama sehingga 120 minit. Gol ketiga yang jadi buah mulut orang ramai (jadi buka peluang pada Perak untuk ke masa tambahan sebab seri 3-3 kan, 30 minit penalti). Pada masa tu merupakan 2 minit terakhir sebelum masa dijadualkan tamat.

Nasihat 

Akhir kata kedua pihak bermain sehabis baik dan telah pun berusaha. Dinasihatkan kepada pihak yang kalah, kita terimalah kekalahan ini dengan lapang dada. Lagi pun Terengganu FC sudah pun cemerlang. Cuma tak ada rezeki untuk bawa pulang piala. Naib juara okay apa kan. Lagi pun Terengganu sudah banyak lagi pencapaian lain yang boleh dibanggakan. Syukurlah. Teruskan jaga akhlak yang baik seperti yang dinasihatkan oleh pemimpin negeri.




Kepada pihak pemenang pula, jangan terlalu meninggi diri sehingga mengejek ejek pihak lawan dan bergaduh dengan isu tidak sepatutnya. Contohnya dengan membuat tuduhan reff di beli oleh Terengganu. SERIUS? Mampu ke Terengganu nak beli reff. Ini semua soal rezeki. Team menang bersyukurlah dan jaga tingkah laku. Kepada penyokong kedua pihak jangan pertikaikan cara pemain berusaha. Kita tak tahu keadaan mereka yang sebenarnya. Mengejek ini suatu perbuatan yang tidak bermoral. 
Adat pertandingan ada kalah dan menang.
Yang paling best semua pemain dah usahakan yang terbaik. Kiranya tak rugi pun korang beli tiket untuk tonton di stadium tu kan. Permainan sengit dan mencabar, best tu.

Okay salam 3-3
Penalti 4-1
Tahniah Perak Juara Piala Malaysia!
Tahniah Terengganu Naib Juara Piala Malaysia!

Selamat Bercuti kepada rakyat Perak. Selamat Bercuti juga pada rakyat Terengganu. Psstt Terengganu tetap cuti peristiwa sebab MB umum gitu dah sebelum ni.. Terengganu cuti harini. Jumaat Sabtu Ahad. Ahad hari bekerja di Terengganu. 

Sekian, terima kasih baca sampai habis ulasan biasa je dari Husniey Husain, 
Komen yang murni sahaja ☺

5 comments:

  1. Alhamdulillah...semuanya pemenang...semua juara...dan semuanya sentiasa bersemangat..kalah atau menang..ditempat keberapa pun..satu ketika pasti menjadi kenangan,yang penting jadi pemain,ummat dan hamba yang sentiasa meletakkan Tuhan dikedudukkan pertama.

    ReplyDelete
  2. Meriah bola semalam kan.. Dan tahniah juga buat dua2 pasukan sbb dah bg yg terbaik..

    ReplyDelete
  3. Sedihhhh laaaa. Sebak je bila baca huhuhu

    ReplyDelete
  4. Tahniah Perak. Takpe team Terengganu sebab korang tetap hebat di mata kami.

    ReplyDelete
  5. Tak suka tengok bola, sekali tengok kalah pulak lahai..spoil mood betul..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com