Nasi Dagang Kak Jah Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu - Husniey Husain

Monday, 22 October 2018

Nasi Dagang Kak Jah Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu






Nasi Dagang Menu Wajib Rasa di Terengganu
Kalau datang bercuti ke Terengganu menu Nasi Dagang antara menu yang kena rasa. Nasi Dagang merupakan menu hidangan pagi di negeri negeri Pantai Timur. Untuk menyediakan menu Nasi Dagang ini agak sukar, selalunya akan banyak jumpa di rumah saudara mara pada Hari Raya sahaja. Pilihan lain untuk merasai Nasi Dagang (selain musim perayaan) ialah makan kat kedai jelah. Hee tapi tak semua kedai ada tau.





Terliur tak tengok nasi dagang ni? ๐Ÿ˜…

Warung Nasi Dagang Kak Jah Bukit Besar menjual menu istimewa ini. Hari minggu dan cuti sekolah merupakan hari dimana orang ramai datang untuk bersarapan pagi di sini. 
Warung ini tidaklah sepopular mana berbanding Nasi Dagang Atas Tol tu, tetapi anda bolehla masukkan dalam list sebab sedap juga nasi dagangnya ni. Sebenarnya husniey ada beberapa kali nak makan di atas tol tapi masyaAllah ramai sungguh orang. Padahal dah sampai sana jam 8 pagi macam tu, penuh pelanggan duk beratur. Heehe tak sanggup nak menunggu lama. 

Rasa Nasi Dagang Kak Jah juga memikat hati. Husniey suka gulai ikan aye (tongkol) dia tuuu, sedap secukup rasa pekat sungguh. Nasi dia pun jadi molek. Lembut je nasi tu walau bersama beras pulut  


Kuah boleh ambil sesuka hati banyak mana pun. 

Keluarga tercinta 

Siap boleh refill kuah gulai tu dan tambahkan cili jika suka lebih pedas. 
Harga nasi dagang dekat warung Kak Jah murah cuma RM 3 kalau tak silap husniey. 
Yang terbaru haritu husniey dan keluarga makan disini kos hangus hanya RM 30+ aje pun. Kami makan tujuh pinggan Nasi Dagang dan bersama air. Seronok jugaklah sesekali dapat belanja keluarga. Kebetulan mak ayah dan adik adik datang jalan jalan ke Kuala Terengganu. 

Ramai juga orang yang datang ke warung ini untuk sarapan pagi. Ada yang siap bungkus banyak kot. Kena beratur jugak konsep kat sini. Beratur dan ambil nasi bila tiba giliran anda. Menu lain yang turut ada ialah Nasi Kunyit dan pilihan lauk pauk yang lainnya juga.

RECOMENDDED:
Sedap, harga yang berpatutan, resepi kuah dan Nasi Dagang yang warisan turun temurun. Servis adakalanya agak lambat (pesanan minuman lambat sikit tiba, bila ramai orang tapi okay boleh ditimbang rasa lagi sebab makanan pure Terengganu). 
Yang berniaga ni orang tua pasangan suami isteri, nice baik orangnya. Suka tengok pak cik tu bantu isterinya di warung. Cool je orangnya. 


Servis
Layan Diri

Waktu Operasi
7.00am - 11 am

Lokasi Premis
1139 Jalan Pasir Panjang 
Kampung Pasir Panjang 21080
Kuala Terengganu 

6 comments:

  1. Sedapnya nasi dagang..dulu masa kak PC masih kerja..kerap makan nasi dagang sebab ada kawan rajin masak nasi dagang ni bawa datang pejabat..untuk satu pejabat dia masak..kalau ada jamuan pun dia akan sukarela pilih menu nasi dagang..

    ReplyDelete
  2. Nanti Diah ke Terengganu Husniey bawa la hhihiihih

    ReplyDelete
  3. nasi dagang memang susoh seket.. nok prepare tu kan ,, tu x semua kedai buat hii.. sedap tu husniey ..

    ReplyDelete
  4. rabia tak pernah makan lagi kat sini kak husniey

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com