Masakan Panas Ala Thai Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu - Husniey Husain

Wednesday, 21 November 2018

Masakan Panas Ala Thai Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua semoga ceria dan sihat selalu hendaknya. Seperti biasa husniey sesekali akan berkongsi tempat makan best di blog ini. Husniey kongsi sini pun untuk rujukan semula bila diperlukan informasi ni nanti sebabnya kawan kawan atau keluarga jenis suka tanya pendapat, kat mana best makan kat Kuala Terengganu ni, hee. Itulah salah satu sebabnya suka berkongsi disini mudahan jadi sumber pahala bila mudahkan urusan orang kan :)

Makan Malam Sedap di Pok Tomyam Kuala Nerus 

Menu di Pok Tomyam jenis ala thai dan betul sedap macam makan dekat Thailand, yang penting ia halal. Owner dan pekerjanya muslim. So tak perlu risau. Kedai pun bersih. Antara menu yang husniey dan tuan suami pesan ialah;
  • Nasi goreng special
  • Nasi putih
  • Tomyam campur
  • Puyuh goreng kunyit
  • Kailan Ikan Masin
  • Teh tarik
  • Teh o ais laici 


Servis terbaik cepat sangat siap makanan yang dipesan. Kurang dari 15 minit semua dah terhidang. Menu menarik hati husniey mestilah masakan panas. Rasa makanan Asli Thailand. Sedap sungguh. Semua secukup rasa. Kalau teringin pulut mangga ke, somtam pun ada. Husniey pernah cuba somtam kat kedai ni, serius sedap semua cukup rasa. Ada 3 kali dah kot mencuba menu disini, lepas yakin betul dengan servis restoran ni barulah berani taip review kat sini, ngee gituu tau.




Nasi goreng special ada isi ayam celup tepung macam ala tempura gitu, makan bersama dengan sup. Nasi goreng ni memang favourite si suami. Dia memang hantu nasi goreng. Nasi putih pula dihidangkan bersama masakan panas ala Thai, wuihhh terangkat kening tau sebab terkejut, terbaiklah menu yang ada di Pok Tomyam ni. Tomyam pekat molek. Rasa masam, pedas semua cukup.
Jumlah belanja makan dekat sini berdua belum pernah cecah RM 30, memang berpatutan. Kalau menu di atas ni husniey cuma hangus RM 27. Kalau pilih makan nasi putih bersama lauk masakan panas mesti akan datang sekali sambal belacan dan ulam timun, husniey tak minta pun dan ia percuma. Bagus betul kedai Pok Tomyam ni!

Kalau korang tak tahu nak makan dekat mana kalau kebetulan berada di sekitar Kuala Nerus dicadangkan makan malam disini, beberapa kilometer jarak dengan institusi pengajian seperti UNISZA, UMT ada jugaklah nampak beberapa pelajar makan sini. Semoga entri ini bermanfaat bagi yang memerlukan.

Alamat:
Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah,
Kampung Banggul Tiang Kulat,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu

13 comments:

  1. boleh cuba nih!! memang best makan kat kedai cepat serve!hehe

    ReplyDelete
  2. Ok masuk dalam list terus sebab service cepat. Harga pun agak murah tu. Ni yg buat x sabar nak balik Ganu 😍

    ReplyDelete
  3. Terpikat dengan tomyamnya tu Husniey..bawah RM30 kos tu ok sangat la.

    ReplyDelete
  4. Adui..bakpo masa dok ganu dlu xdok kdai ni..:)

    ReplyDelete
  5. Kat belah mana ni kak? Kalau ingat nama kampung ni ira failed sikit hehe kalau ada benchmark boleh aim kot kat mana tempatnya

    ReplyDelete
  6. sedapnya menu dia... lapar la pulak ni hahahaha

    ReplyDelete
  7. fuhh tempting nampak tu husnieyy akak mmang suka ni masakan thai2 hii

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Boleh try ni.hehehe..nampak sedapppp semuanya makanan dekat situ

    ReplyDelete
  10. Sedapnya dapat makan ala carte mcm ni... tomyam tuuuuuu...tempting sgt

    ReplyDelete
  11. aduhh sedapnyaa. boleh masuk dalam list ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com