Operasi X Filem Siasatan Jenayah Yang Sesuai Ditonton Umum - Husniey Husain

Tuesday, 6 November 2018

Operasi X Filem Siasatan Jenayah Yang Sesuai Ditonton Umum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Baru baru ini husniey dan tuan suami berkesempatan menonton filem baru ditayangkan di pawagam pada hari pertama November lalu. Nak tahu best tak best kena baca sampai habis entri ini :)


Filem Operasi X yang mengisahkan tentang kehidupan ASP Redzuan yang kehilangan rakannya semasa bertugas dan manakala Belut sebagai ketua penjenayah juga kehilangan adiknya pada masa yang sama. Pelakon utama dalam filem ini ialah Aaron Aziz wataknya sebagai ASP Redzuan yang mengambil cuti rehat dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau. Di pulau tersebut ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pada keindahan pulau itu. Dan di situlah dia bertemu dengan seorang gadis cantik manis, 
Cikgu Ayu.


Belut dikenali The King of Smugglers. Seorang ketua penjenayah yang tampak garang tapi beliau agak kelakar dan amat sayangkan arwah adiknya, Mat Bong. Banyak juga ayat yang kelakar dalam lakonan Dato Awie ni. Not bad. Dah lama tak tengok beliau berlakon filem, eh silap sebenarnya jarang sekali dapat lihat beliau berlakon dalam filem aksi sebegini. Belut berdendam dengan polis kerana menyangka pihak polis yang menembak adiknya Mat Bong sehingga mati.


Barisan pelakon hebat Filem Operasi X:
  1. Dato' Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan
  2. Dato' Awie sebagai Belut
  3. Datuk Yusof Haslam sebagai Dato Mokthar
  4. Hanna Aqeela sebagai Ayu
  5. Hairul Azreen sebagai Pablo
  6. Hefny Sahad sebagai Ali Mat
  7. Hairi Safwan sebagai Inspektor Aman
  8. Shima Aris sebagai Lady Lion
  9. Amerul Affendi sebagai Mat Bong
  10. Nashra sebagai Nash
  11. Nasir Bilal Khan sebagai Bashah
  12. Rahhim Omar sebagai DSP Anwar
  13. GBob sebagai Janggut
  14. Azzahra Ahmad sebagai Aishah
  15. Zaidi Omar sebagai Wak Doyok

Sinopsis Ringkas Filem Operasi X


ASP Redzuan, seorang anggota polis yang meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman di hadapan matanya sendiri. Sehinggalah pada suatu hari, ASP Redzuan dikunjungi oleh Dato' Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana mengesyaki sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. 

Kehadiran Dato' Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah bagi mengetuai operasi menumpaskan Geng Belut yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa. 






Rumusan Tentang Filem Operasi X dan Review Jujur

Kesimpulan yang boleh dapat dari filem ini ialah kita tak boleh letakkan kepercayaan penuh pada seseorang walaupun seseorang itu telah rapat dengan kita dalam tempoh yang lama. Kesimpulan kedua, jadilah seseorang yang gigih dan bertanggungjawab dalam menjalankan setiap tugas yang diberikan kepada kita. 


Betul ke pihak polis yang telah menembak adiknya Belut?
Selamatkah ASP Redzuan dalam menyelesaikan misi Operasi X? Husniey suka watak yang menghidupkan dan menguatkan filem ini iaitu rakan rakan seperjuangan ASP Redzuan bertungkus lumus menjejak Geng Belut. Canggih. Boleh trace penjenayah dari nombor telefon je. Semua pelakon memainkan peranan dengan baik dalam filem ini. Cuma jalan cerita tak berapa kuat, mungkin perlu fokuskan juga kepada misi operasi tu dan tekankan sedikit lagi scene pada aktiviti Geng Belut. Itu je komen husniey, yang lain semua okay. 

Maaf ya, Husniey tak mahu berikan komen tentang ending nanti spoil mood pulak kan. Filem ini okay, tak ada aksi berat dan best sebab ada elemen kelakar. Sesuai ditonton bersama keluarga dan anak anak. Suami husniey asyik tergelak dengan lakonan Dato Awie, mukanya serius tapi lawak. 7/10 rating diberikan, moga lebih banyak filem best di Malaysia. 2018 ini menyaksikan banyak filem Malaysia yang ada nilai. Good job! 

8 comments:

  1. Kalau Awie je mesti kelakar kan, hehe, last tengok lakonan Awie masa hantu kak limah haritu.

    ReplyDelete
  2. Gabungan pelakon-pelakon hebat ni Husniey..

    ReplyDelete
  3. pelakon 2 yang hebat semua tu.. bila dapat tengok wayang ni

    ReplyDelete
  4. movie date ke tu hehehe, macam ebst je nak kena p tengok la ni

    ReplyDelete
  5. Wah gandingan AA dgn awie rupanya. Confirm gempak habis citer ni kan. Nak tgk juga lah nanti.

    ReplyDelete
  6. patutnya watak Asp redzuan dilakonkan oleh hairul azreen, aaron dah tua, tak sesuai, aaron watak cameo okla!

    ReplyDelete
  7. Waaa... Mmg best cerita ni Kan x rugi tgk kt pawagam

    ReplyDelete
  8. Husband duk tengok trailer Operasi X ni semalam, tak sempat pulak akak nak join contest..kalau tak boleh tengok free..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com