Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Izinkan husniey berkongsi pengalaman bersama rakan rakan terjah Movie Animation Park Studios (MAPS). Lokasi maps ini letaknya di Meru Raya, Ipoh tak susah untuk ke sini berdekatan aje dengan lebuhraya. Jika naik bas sila turun di Terminal Bas Amanjaya Ipoh. Hanya 2 minit untuk ke sini. Anda seorang yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar? Haa kenalah cuba permainan yang terdapat di dalam taman tema MAPS ini, ia dibina dengan kos RM 520 juta menempatkan dengan pelbagai jenis permainan dan cabaran mengikut tahap. Pemanduan selama 2 jam jika anda bertolak dari Kuala Lumpur atau Pulau Pinang. Sila masukkan ke dalam senarai, anak anak pasti gembira jika beri kejutan bawa mereka bermain disini. Untuk ketahui harga tiket dan pengalaman sila baca hingga ke penghujung entri ini 😊
Jika anda diberikan kad, sila imbas semasa di bahagian pintu mssuk
Pemeriksaan Sebelum Masuk | Sebelum masuk ke MAPS kena spotcheck terlebih dahulu, pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan, barang berbahaya atau benda tajam masuk ke dalam taman tema. Wajiblah kita patuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pengurusan.
Kena spotcheck dulu ye
Jangan lupa bergambar di pintu masuk. Abaikan gambar kena photobomb tu 😁
Laluan sebelum masuk ke dalam taman tema. Ada tasik buatan.
Setiap permainan ada peraturannya dan jadual ditetapkan. Masa diperuntukkan berada di dalam taman tema Maps ini agak lama, makan masa sehingga 4-5 jam. Yelah takkan nak pulun buat semua aktiviti dalam masa pendek. Permainan yang best dan selalu ramai orang ialah; Space X-plores, Hyper Spin, Asteroid Attack. Selain daripada bermain pelbagai permainan, anda juga dinasihatkan jangan melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan di sekitar MAPS ini. Cantik dan instagramable.
Bahagian depan. Memula masuk akan jumpa kawasan ini
Dah tulis sebelum ini instagramable, sesuai untuk anda yang suka bergambar
Pengalaman Merasai Pelbagai Jenis Aktiviti: 4D Boboiboy Teater | Coral Kingdom | The Smurf Partyland & Thrill Rides
Permainan untuk kanak-kanak juga disediakan. Ada kawasan yang sesuai untuk bermain santai dengan anak anak kecil sambil berehat seperti Coral Kingdom. Bagi yang punyai anak kecil yang minat dengan kartun animasi Boboiboy anda berpeluang melihat 4D Boboiboy Adventure Theatre, serius best walaupun kami suami isteri tidak ada anak kecil tapi enjoy betul layan pertunjukan itu. Terhibur penonton tengok karenah Pappazola. Di slot akhir teater ini akan ditayangkan semula reaksi penonton yang comel. So bila disuruh buat aksi tu korang layan je. haha. 30 minit memakan masa 4D Boboiboy teater, ada 3 slot. The Smurf juga tidak kurang menariknya. Digalakkan masuk bawa anak anak kecil bolehla cuba ride dalam tu.
Sebelum masuk ke dewan teater Boboiboy. Ambil mood anak anak dulu
Beberapa sesi teater. Masa ini best, kelakar
Dalam Coral Kingdom. Boleh biarkan anak anda bermain disini
The Smurf Partyland. Anak anak bawah 3 tahun sesuai masuk sini
Rugilah kalau dah masuk ke MAPS ini tidak mencuba permainan mencabar. Perasaan gementar itu hanyalah sementara. Ada 3 permainan level thrill nya ekstrim iaitu Asteroid attack, hyperspin dan juga space x-plorer. Dalam ketiga tiga ini paling okay dan tak terlalu mencabar ialah space xplorer, rilek je kanak-kanak pun boleh naik.
Syarat untuk permainan Hyper spin (buai pusing), minima berumur 12 tahun ke atas. Thrill level adalah ekstrim
Paling ekstrim, asteroid attack
Space xplorer tak ekstrim mana
Husniey dan tuan suami tidak melepaskan peluang mencuba permainan lain seperti bermain kereta langgar, Adventurers Bumper Blast. Menghiburkan, seronok kami laki bini drift kat dalam tu. Diberi masa dua minit. Boleh ulang kali bermain kalau tak puas hati. Seterusnya kami mencuba permainan tembak menembak, kita diperlukan untuk menaiki keretapi dan menembak sambil kereta api tersebut bergerak perlahan, ada beberapa pintu yang kena masuk. Suasana di dalam bilik permainan ini agak gelap, heee. Kalau jenis penakut macam husniey ni bolehlah naik ride tu berteman ye, pastu tembaklah point yang berwarna hijau di dalam bilik gelap tersebut. Setiap bilik-bilik berbeza suasananya ada potret animasi. Jangan terkejut siap ada sound effect seram, tapi tak adalah seram sangat. Sempat husniey rakamkan video, jemput layan video di bawah ini.
Tonton sini video di YouTube Channel
Masa inilah peluang terbaik untuk langgar bumper kereta kawan anda😜
Lupa nama permainan ini, naik train dan tembak
Saksikan persembahan nyanyian dan tarian di Centre Stage.
Pengalaman Seram Masuk Ke Rumah Hantu di MAPS Sudah pasti kena rasai pengalaman masuk ke rumah hantu di MMaps. Bercampur aduk perasaan ketika masuk ke rumah hantu (takutlah😜). Kata tuan suami rumah hantu ini bagi jalan banyak dan buat kita buntu untuk jumpa jalan keluar. Dengan keadaan yang gelap dan ditemani sound effects yang kuat serta menyeramkan, terdapat pelbagai jenis hantu ada seperti pocong, langsuir, hantu cina, zombie. Si hantu zombie tu siap panggil "abang pusinglah belakang", duk ulang ulang panggil. Si suami buat tak layan kerana banyak lagi laluan yang mencabar di depan sana. Bagi anda yang belum pernah merasai pengalaman masuk ke rumah hantu bolehla cuba. Tahap takut, seram, mencabar tu rating dalam 7/10. Hantu kat dalam ni tak sentuh pengunjung. Cuma diusik takut-takutkan kita (haha memang kerja dia macam tu kan).
Kemudahan yang terdapat di MAPS Perak
Taman tema ini santai, lengkap dengan kemudahan penting seperti tandas, surau, premis perniagaan dan banyak bangku disediakan jikalau penat berjalan anda boleh berehat. Tidak lagi perlu risau bila semua kemudahan itu berada di sekeliling kita. Paling menarik perhatian ialah kemudahan seperti kafe / restoran. Banyak restoran dan kafe menarik dibina di dalam MAPS ini. Paling husniey suka tengok ialah Starship Cafe dan La Cremeria Cafe.
Starship Cafe
Cantik kan kapal terbang ni
La Cremeria Cafe
Di kafe ini ada jual ice cream
Tak ketinggalan, ada beberapa premis untuk beli belah souvenirs
Unik dan sangatlah besar Starship, tak sangka ada kafe di dalam kapal terbang. Suka betul lihat reka bentuk dan hiasan dalamannya. Selain itu tak perlu risau kerana tersedianya kemudahan seperti surau berserta telekung (bagi perempuan nak solat tak jadi masalah). Nak tahu best ke tidak, kena datang sendiri rasai pengalaman jelajah taman tema ini. Ada juga beberapa permainan yang masih dalam proses pembinaan, akan datang bakal dibuka kepada umum. Semoga entri ini bermanfaat.
Harga tiket promosi 4 orang dewasa atau kanak-kanak RM 220. 5 orang harga berjumlah RM 250. Untuk pembelian tiket sila terus layari website.
Maklumat lanjut rujuk dan klik di bawah. MAPS Ipoh, Perak
aida lom jejaki sini lagi. will one day, husniey. legoland pun lom masuk. memang niat nak tunggu Izzat besar skit jer lagi. agar dia boleh explore the whole theme park :)
Husniey Husain - I'm Malaysian. Writing and sharing about my experience, travel ke dalam negara dan luar negara, review products, tempat makan, and also writing about random thoughts. Any collaboration, invitation, events please email me at husnieyg@gmail.com
About Me
Husniey Husain - I'm Malaysian. Writing and sharing about my experience, travel ke dalam negara
dan luar negara, review products, tempat makan, and also writing about random thoughts.
Any collaboration, invitation, events please email me at husnieyg@gmail.com
Bestnya husniey, tmpt pun nmpk cantik dan menarik sgt...boleh la k lin sggh otw nak blk kg nanti...
ReplyDeletebest oiiii !
ReplyDeleteKitorang masuk main sampai lupa nak amek gambar..sakan main, nak buat artikel krik..krik je la. Haha..
ReplyDeleteYeahhh kalau ada rezeki nak g sini next week. Nak bawa syafi g tgk boboiboy tu semua. Hehe
ReplyDeleteaida lom jejaki sini lagi.
ReplyDeletewill one day, husniey.
legoland pun lom masuk.
memang niat nak tunggu Izzat besar skit jer lagi.
agar dia boleh explore the whole theme park :)