9/15/2020 10:00:00 am
7/10/2019 04:28:00 pm
Musim Bunga Bercuti Ke Seoul 2019 | Dongdaemun - Seokchon Lake Park - Gyeongbokgung Palace - Myeondong Shopping Street Memang Cantik!
7/10/2019 04:28:00 pmHari Kedua Di Seoul. Assalamualaikum. Maaf lambat sambung cerita di Seoul South Korea, maklumlah kadang tu penulisan dah siap awal tapi i...
Hari Kedua Di Seoul. Assalamualaikum. Maaf lambat sambung cerita di Seoul South Korea, maklumlah kadang tu penulisan dah siap awal tapi imej pula belum selesai disunting. Gituu, skema je ayat hahaa. Jemput baca sampai ke akhir entri.
Merupakan hari yang berjalan santai; dalam itinerari husniey merancang ingin explore menuju ke destinasi yang ada permandangan indah dan ingin meihat lebih dekat kehidupan masyarakat Seoul. Semasa berada di Seoul pada awal 1 hingga 3 April cherry blossom belum kelihatan mekar. Suhu agak sejuk dengan beranginnya, menggigil jugaklah masa kami keluar jalan-jalan tu. Dengarnya kalau pergi umrah akhir tahun cuaca sejuk juga (Sumber - sukamakanjalan)
From Dongdaemun To Seokchon Lake Park: Misi Layan Permandangan Indah
Bergerak berjalan kaki dari kawasan hotel kami stay di Dongdaemun, menaiki bas di hentian bas yang terletak di hadapan Dongdaemun Design Plaza. Bas bernombor 301 untuk ke Seokchon Lake Park. Perjalanan menaiki bas untuk ke Seokchon Lake park mengambil masa 50 minit lebih.![]() |
Perkenalkan Dongdaemun Design Plaza. Tempat adakan pameran, fashion show yang gah. Husniey stay area sini berdepan tempat ini ada bus stop. So ambil bas dari sini laa |
Ya, agak jauh nak ke Seokchon. Jika anda memilih menaiki subway agak cepat mengambil masa 30 minit lebih je, tapi husniey dah check dekat Google maps inform dekat situ perjalanan menaiki subway lebih banyak berjalan kaki, jadi bagi husniey pilihan terbaik untuk ke area Seokchon adalah dengan menaiki bas lagi pun mudah direct je ke sana, dan kita boleh layan suasana bandar Seoul dari dalam bas. Anggaplah ia tour percuma, haa gitu ~
![]() |
Bus stop here. Memang laluan utama. Yang warna biru route dekat je, hijau jauh sikit. Yang merah lagi jauh perjalanannya. |
![]() |
Look at the skyscrapper! Itu namanya - Lotte World Tower |
![]() |
Turun je dari bas, nampak zebra cross ni tunggu lampu hijau jalan laa ~ |
![]() |
Dah cross tuu lalu sini, ehh sempat minah ni bergambar. Pohon beranting pun kau berkenan eh? |
![]() |
Berjalan masuk ke tasik. Indahnya. Nampak je macam sunyi tapi ramai orang |
![]() |
The view lawa. Macam dalam drama Korea lah. HAHAHA |
![]() |
Itu dia berhadapan dengan kita ni Lotte World Theme Park, dengar weh suara orang menjerit! |
![]() |
Very nice right. Feeling habis kalau merenung diri disini :P |
![]() |
Posing sikit. Asyik belanja gambar view je |
![]() |
Penulis blog - Husnieyhusaindotcom. Jaket baru beli masa hari pertama, hari kedua terus pakai.kah |
Gyeongbokgung Palace; Misi Mencuba Pakaian Tradisional Korea
Selepas tu kami sambung perjalanan bergerak semula ke hentian bas dan menaiki bas lain untuk ke kawasan Gyeongbokgung Palace. Perjalanan agak jauh sebab kami bertolak dari Seokchon, siap kena tukar ke bas lain. Rungsing kejap tapi okay nasib cepat je selesai masalah, all you need is internet connection and do research about route.![]() |
Lawa gila bangunan ini. MEWAH! |
![]() |
Benda pertama yang nak buat. Nak pakai baju Hanbok. Kedai yang lain nampakt sibuk, padat so kita pilih yang ini |
![]() |
Oppa Hanbok Rental. Masuk terus pilih warna pakaian yang anda inginkan. |
![]() |
Acah acah princess gituu ~ |
![]() |
Cantik, hari yang cerah. Bunga belum mekar semasa awal April. |
![]() |
Ada juga pohon yang dah lebat sikit cherry blossom. Lawa bukan? |
![]() |
Suhu 9'c , sejuk gak tapi kental nak bergambar |
![]() |
Tadi macam puteri, ini dayang - dayang jelah :P |
Lebih kurang satu jam kami pusing dalam kawasan istana tersebut, cari port bergambar agak susah ramai juga pengunjung yang datang. Sedang kami mencari jalan untuk keluar tiba-tiba ada sekumpulan pelancong dari Indonesia kot (dengar mereka bercakap bahasa Indonesia), mereka sapa dan minta izin untuk bergambar bersama-sama. Katanya cantik. Hahaha, kelakar pun ada rasanya, feeling artis sangat. Sedar je diri tak cantik tiba pulak ada orang ajak bergambar hahaa, comel sungguh kenangan di Gyeongbokgung Palace.
![]() |
With tourist from Indonesian ~ gambar dari phone tuan suami ![]() |
Myeondong Street; Misi Beli Belah + Food Hunting
Setiap malam sepanjang kami di Seoul pasti akan ke Myeondong. Tak tahu lah kenapa macam tu. Sebenarnya tak adalah istimewa mana di sini tapi ia tempat tumpuan dan pelbagai benda ada disitu. Mudah dicari disitu. Korang nak apa; makanan halal, pakaian, kedai kasut branded tak ada brand pun ada, kedai produk kecantikan yang popular pun ada disini. Sangatlah banyak pilihan. Itu yang tiap malam pergi situ. Malam kedua ni kami masuk ke store Nature Republic, repeat shopping barang skincare yang orang kirim.Keluar aje shopping dari situ kami sambung jalan-jalan di food street sekitar Myeondong. Pertama kali husniey mencuba Bunggeoppang. Sedap. Macam tak cukup je satu. Dia macam roti tapi ala biskut gitu, bestt! Itu sahaja kot cerita di Seoul pada hari Kedua. Fuhhh lambat lagi ke nak lengkapkan entri ke Korea ini? Harapnya tak makan masa lama sangat dah, diri sendiri pun penat juga ambik mood menulis panjang lebar.
💰 Senarai Belanja Day Two #SEOUL
✓ Dongdaemun - Seokchon hasnol hospital 2000+2000won husnizzat RM7.30x2 (bas)✓ Topup Tmoney @ CU = 20k won 2org
✓ Hasnol hosp- bokjeong STT 1200+1200won RM4.35x2 (bas)
✓ Bokjeong - Exp bus terminal
1200+1200won | RM4.35x2
✓ Exp bus terminal- Gyeongbukgung = 1200+1200won | RM 4.35x2
✓ Pepero = 1500won RM5.50
✓ Jagyesa - Myeondong STT = 2400+2400won (bas) RM8.65x2
✓ Nature republic masker = 5k won RM18
✓ Roti inti pisang = 3500won RM12.60
✓ Myeondong - nodeul STT = 1200+1200won (bas) 2org RM4.35x2
✓ Nodeul - usin elementary school = 1200+1200won (bas) 2org RM4.35x2
✓ Usin elementary - dongdaemun = 1200+1200won (bas) 2org RM4.35x2
✓ Emart = 5300won | RM19.08
✓ CU mart = 4300won | RM15.50
💰TOTAL BELANJA DAY TWO
260,400 Won = RM 211 #DuaDewasa.
Nilai semasa itu 10,000 won = RM 37
Okay jumpa lagi di lain entri. Thank you sudi singgah baca. Kongsikan jikalau rasa bermanfaat ❤
Love,
Husnieyhusain
4/11/2019 10:30:00 pm
Cara Menaiki Bas di Bandar Seoul / Busan, South Korea
4/11/2019 10:30:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera, moga korang sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah 8 April haritu maka berakhirlah trip ke Korea Sel...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, moga korang sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah 8 April haritu maka berakhirlah trip ke Korea Selatan. Dari 30 March 2019 husniey berada di Korea. 10 hari. Paling lama setakat ini. Duit pun dah kering. Hahaa. Kali ini mari mulakan kisah mengembara ke Korea dengan informasi tentang pengangkutan bas. Haa molek lah tulis sementara ingatan masih segar lagi ni.
Bila kita mengembara ke negara maju, antara perkara paling penting ialah mengetahui cara hendak berjalan dari satu tempat ke tempat lain. Perkara ini merupakan asas bagi traveller. Seeloknya sebulan dua sebelum mula mengembara anda perlu bersiap sedia dengan melakukan kajian serba sedikit tentang public transport di Korea. Ada banyak information yang kita boleh dapat bila buat research di Google.
Kedua, anda perlu tentukan destinasi yang menjadi arah tujuan. Sila gunakan khidmat google maps untuk melihat penunjuk arah. Setelah membuat carian di Google maps pasti anda akan lihat beberapa pilihan bas berserta nombor bas. Semasa buat carian itu juga ada memberitahu bas akan berhenti dimana dan pada jam berapa ia bergerak, berapa hentian. So anda boleh selidik betul-betul semua tu penting untuk diambil tahu.
Pergi ke hentian bas. Tunggu di perhentian bas. Untuk memastikan bahawa, ia betul ke tidak, rujuk pada nombor bas yang tiba. Anda juga boleh bertanya pada orang awam. Di Korea setakat pengalaman husniey mengembara bersama suami, ramai orangnya cuba membantu bila kita bertanya arah. Siap ada yang cuba bantu searching juga, walaupun perbualan antara kami agak terbatas. Dah macam ayam itik bercakap 😂. Kalau orang tua (ahjussi ahjumma) yang berumur sikit macam takut takut nak bantu. Orang muda okay. Oppa Noona sporting! 😍
Haa satu lagi tiba je di hentian bas, sila rujuk pada information board dekat situ. Nota kaki, jangan tertukar bas. Adakalanya kita tengok betul dah nombor 507, tapi bila naik dia menghala ke lain. Maknanya itu route yang berlawanan. Kalau jadi situasi seperti itu, sila cepat turun dan ke hentian bas yang bertentangan jalan.
Bila bas tiba, imbas T Money dahulu di mesin dekat pemandu. Kena cepat dan standby kad dah di tangan, kalau baru tercari cari kad masa naik tu, mahu kena pandang sinis.. Pemandu bas memang kejar masa. Dia akan tengok setiap orang dah bayar belum. Heee. Untuk bayar hanya imbas sekali je. Kalau tengok K Drama ada juga yang imbas kad T money masa nak turun bas tuh kan, itu hanya untuk check balance 😊
Semasa dalam bas, sila dengar pengumuman yang dibuat dalam bas tentang destinasi seterusnya yang bakal dia berhenti. Sesetengah bas tidak ada translate dalam bahasa Inggeris. So kena bersedialah buka Google maps dan rujuk. Kena try and error, lama kelamaan pasti cekap! Seronok tengok karenah Korean dalam bas. Dapat juga layan permandangan sekitar bandar.
Sedikit maklumat penting. Husniey difahamkan bas di Korea ada banyak warna. Paling murah bas berwarna biru. Bas yang berwarna hijau serta berwarna merah (selalunya pergi lebih jauh dan tambang agak mahal sedikit). Yang nak pergi dekat ni selalunya warna biru. Tambang bermula sekitar 1,200 won sehala. T Money boleh ditambah nilai di semua convenience store. Anda boleh tambah nilai ikut kemampuan. Husniey selalu tambah nilai 5,000 - 10,000 won. Kalau dari airport Incheon tu nak ke tengah bandar, tambah nilai 10,000 won sekejap je guna, dah nak habis.
Rumusan? Best ke husniey naik bas. Tak renyah ke. Best je. Kalau korang pernah rasa naik bas rapid. Macam bas bandar tu, haa sama je konsepnya. Tak susah pun. Cuma kena study jelah sikit. Baru mudah urusan dan kurang buat silap. Semoga perkongsian ini bermanfaat.. Doakan husniey mood okay dapat siapkan entri cerita travel ke Korea secepat mungkin 😂
Antara Pengangkutan Utama di Korea
Kalau tahun 2017 husniey travel di Jepun dengan menaiki keretapi. Manakala kini di Korea, husniey mencuba menaiki bas awam pula. Terdapat sangat banyak jenis bas dapat dilihat jika anda ke Korea. Husniey mula buat perbandingan kelebihan dan kekurangan naik bas, nampaknya menaiki bas di Korea juga pilihan terbaik dan efisien selain bergerak dengan menaiki metro (subway). Bas akan berhenti terus di hadapan destinasi kita nak pergi. Kalau naik subway kena gigih sikit banyak guna tenaga untuk naik turun tangga.. 😂
Bas di Korea ini berjadual dan sangat tepati masa. Boleh dikatakan kurang 10 minit pasti muncul bas di setiap hentian bas. Tak perlu nak angkat tangan macam kat kita, di Korea bas pasti berhenti pada hentian. Dari Seoul ke Busan dan juga ke wilayah lain pasti ada pengangkutan bas awam. Rakyat tempatan Korea juga menggunakannya.
Baca disini artikel menarik:
Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci dan Pelembap dari Hansaegee Nature (Made In Korea)
Cara Menjadi Pemandu Berhemah
Pengalaman Bawa Adik Umur Bawah 18 Tahun Travel Ke Luar Negara Tanpa Ibu Bapa
Baca disini artikel menarik:
Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci dan Pelembap dari Hansaegee Nature (Made In Korea)
Cara Menjadi Pemandu Berhemah
Pengalaman Bawa Adik Umur Bawah 18 Tahun Travel Ke Luar Negara Tanpa Ibu Bapa
Langkah Menaiki Bas di Korea:
Pertama sekali, penting bagi anda memiliki kad T- MONEY (ia seperti kad touch n go). Boleh dibeli kat convenient store seperti CU, 7E, GS25 bila anda tiba di Korea. Dalam airport ada juga kedai macam ni. Macam husniey dapat kad T Money itu secara percuma sebab menjawab survey Discover Korea Your Way, yang dikelola oleh Korea Tourism Organization, (KTO). Nak bayar tambang bas secara tunai pun boleh, tapi guna kad T MONEY tu lagi senang, juga lebih murah tambang bas.![]() |
Contoh carian menggunakan Google Maps |
Pergi ke hentian bas. Tunggu di perhentian bas. Untuk memastikan bahawa, ia betul ke tidak, rujuk pada nombor bas yang tiba. Anda juga boleh bertanya pada orang awam. Di Korea setakat pengalaman husniey mengembara bersama suami, ramai orangnya cuba membantu bila kita bertanya arah. Siap ada yang cuba bantu searching juga, walaupun perbualan antara kami agak terbatas. Dah macam ayam itik bercakap 😂. Kalau orang tua (ahjussi ahjumma) yang berumur sikit macam takut takut nak bantu. Orang muda okay. Oppa Noona sporting! 😍
![]() |
Informasi pasal perjalanan bas ikut nombor |
Semasa dalam bas, sila dengar pengumuman yang dibuat dalam bas tentang destinasi seterusnya yang bakal dia berhenti. Sesetengah bas tidak ada translate dalam bahasa Inggeris. So kena bersedialah buka Google maps dan rujuk. Kena try and error, lama kelamaan pasti cekap! Seronok tengok karenah Korean dalam bas. Dapat juga layan permandangan sekitar bandar.
![]() |
Permandangan di Gamcheon Cultural Village |
Rumusan? Best ke husniey naik bas. Tak renyah ke. Best je. Kalau korang pernah rasa naik bas rapid. Macam bas bandar tu, haa sama je konsepnya. Tak susah pun. Cuma kena study jelah sikit. Baru mudah urusan dan kurang buat silap. Semoga perkongsian ini bermanfaat.. Doakan husniey mood okay dapat siapkan entri cerita travel ke Korea secepat mungkin 😂
3/02/2019 08:31:00 am
Pengalaman Guna Kad Watson Untuk Bayar Tambang Naik LRT, MRT
3/02/2019 08:31:00 amAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Disini husniey mengambil kesempatan dan peluang untuk bercerita tentang pengalaman menggunakan kad wa...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Disini husniey mengambil kesempatan dan peluang untuk bercerita tentang pengalaman menggunakan kad watson untuk tujuan menaiki pengangkutan awam seperti MRT dan LRT di sekitar kawasan ibu kota. Sekarang ini kan penggunaan kad touch n go agak meluas dan semakin mendapat perhatian di negara yang sedang maju.
15 Februari lalu husniey serta tuan suami punya urusan di Kuala Lumpur. Urusan cuma dua hari satu malam di ibu kota. Kebiasaannya kami memilih menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur. Setibanya kami di ibu kota, memang akan bergerak dengan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan. Senang. Tak perlu pening dah nak kena fikir pasal kos parking, tol.
BACA SINI JUGA ARTIKEL MENARIK:
Aktiviti Best Di Melaka: Lihat Hidupan Marine
Tak lama lagi Matta Fair, Disini Ada Tips Untuk Anda Bercuti Ke Pulau Dengan Harga Berpatutan
Cara Menggunakan Kad Watson Touch N Go di Stesen LRT / MRT
- Langkah pertama ialah anda perlu tambah nilai kad tersebut. Ia boleh dilakukan di mesin berwarna biru putih yang tersedia di stesen. Senang aje langkah ini. Letakkan kad watson mula sentuh dan klik pada skrin. Pilih Touch N Go: Touch N Go Card.
- Klik pada Reload. Masukkan note wang kertas. Minima untuk anda tambah nilai ialah RM 10. Selesai masukkan wang. Tunggu ia memproses. Transaksi berjaya dan akan dipaparkan di skrin jumlah baki di dalam kad.
- Setelah itu dah terus boleh guna, haa senang bukan? Macamana nak guna.. Imbas saja seperti biasa. Pengalaman husniey, rasa mudah betul kalau dulu pernah guna yang token tu macam susah juga kecil je saiznya risiko hilang atau tercicir tu tinggi
- Self service kiosk ini menawarkan kepad pengguna untuk tambah nilai kad, semak baki kad, dan juga di mesin ini anda boleh membeli kad touch n go. Not kertas yang diterima RM 10, RM 20, RM 50, RM 100. Jangan lupa cuba gunakan kad watson (jika ada). Lagi mudah dan rasa berguna betul kad watson, 2 in 1. Shopping boleh, nak guna untuk pengangkutan awam pun sesuai.
Tonton video disini
Terima kasih sudi membaca sehingga ke akhir entri ini. Semoga bermanfaat ya