Masakan Panas Sedap Recommended | Marang Terengganu - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Saturday, 4 May 2019

Masakan Panas Sedap Recommended | Marang Terengganu

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua semoga ceria dan sihat selalu hendaknya. Seperti biasa husniey sesekali akan berkongsi tempat makan best di blog ini.

Tujuan husniey kongsi disini untuk rujukan semula bila diperlukan informasi ni nanti sebabnya kawan kawan atau keluarga jenis suka tanya pendapat, "dekat mana best makan kat Terengganu ni". Itulah salah satu sebabnya suka berkongsi disini mudahan jadi sumber pahala bila memudahkan urusan orang :)

Menu makanan ada banyak juga dan yang penting ia halal. Owner dan pekerjanya muslim.. Suka dengan layanan pelayan seorang remaja adik lelaki ni, jujur cekap orangnya. Kalau pesan minuman air kelapa dia yang tolong kopekkan kelapa, dan siap inform samada punya isi kelapa atau tidak. Antara menu makanan yang husniey dan tuan suami pernah mencuba di restoran ini ialah;



Nasi goreng biasa + telur mata
Nasi putih
Tomyam campur
Bihun sup 
Char Kuey teow


Minuman yang selalu dipesan: Air kelapa (Coconut shake). Servis terbaik cepat siap makanan yang dipesan. Kurang dari 15 minit semua dah terhidang. Menu makanan yang disediakan banyak yang sedap. Semua secukup rasa. Portion yang besar, confirm lepas makan rasa kenyang betul. Lebih kurang 3 kali dah kot mencuba menu disini, lepas yakin betul dengan servis dan rasa makanan di restoran barulah berani taip review kat sini.


Tomyam dekat sini penuh semangkuk besar. Isi pun banyak boleh makan untuk dua orang. Yang best ada rasa masam, pedas semua cukup. Jumlah belanja makan dekat sini berdua tak pernah cecah RM 30


Kalau korang tak tahu nak makan dekat mana jika kebetulan berada di sekitar Marang Terengganu, nah husniey cadangkan makan malam disini, lokasi berjarak beberapa ratus meter dari Medan Selera Kelulut (selepas medan selera). Kedai berdekatan pantai. Warung Farah Syafira Ala Thai | 20 km dari Kuala Terengganu. 
30 minit lebih untuk kesini.


📍 Warong Farah Syafira Ala Thai
21600 Marang, Terengganu
https://maps.app.goo.gl/DTwQxgEpCCWobELc8

13 comments:

  1. yes definitely one of the best choice to make. i'd go with nasi putih for sure

    ReplyDelete
  2. Tempat yang ok tak salah dikongsikan kan Husniey..memudahkan urusan orang...membantu peniaga juga..moga Allah sentiasa limpahkan rezeki Husniey sekeluarga ya...aamiin.

    ReplyDelete
  3. Takpe teruskan je sharing without justification. Memang kadangkala kita tak terfikir pon akan beri manfaat padahal membantu orang lain.. tengok pagi-pagi buat dah lapo

    ReplyDelete
  4. next month nk g ganu lagi. boleh cuba kt sini kalau lalu.

    ReplyDelete
  5. yakkkk, poso poso ni tgk tomyam pulokk dohhh. sedapnyo

    ReplyDelete
  6. Marang is not merang right? Sorry my geography is so bad haha

    ReplyDelete
  7. bukak blog masakan time ni mmg menduga hihihi..tomyam tu fav kak liez

    ReplyDelete
  8. kalau dia memasak dari hati, pasti lazat dan sedap. pelanggan pun puas hati!

    ReplyDelete
  9. tq for recommending, husniey.
    aida lom pernah stay or makan2 di marang.
    lalu lalang jer kalau naik turun ke t'ganu.
    yg pasti, confirm akan beli sata & lekor di marang.
    sedap!!!

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.